BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alat baharu janaan AI bantu pesakit kenal pasti ubat, pastikan dos tepat

Bob_SG

Fun Poster
Messages
720
Joined
Jun 14, 2025
Messages
720
Reaction score
2
Points
25

Alat baharu janaan AI bantu pesakit kenal pasti ubat, pastikan dos tepat​

screenshot_2026-09-13_191045.jpg

PillPix dilancarkan secara rasmi pada 13 September 2026 di Karnival Farmasi Pertubuhan Perubatan NUS yang julung kali diadakan. (Gambar: NUHS)

SINGAPURA: Para pesakit yang sukar mengurus dan memantau pelbagai ubat preskripsi boleh mendapat bantuan daripada kecerdasan buatan (AI) tidak lama lagi.

Sebuah alat baharu yang dicipta oleh Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) boleh mengenal pasti pil berdasarkan gambar dan menyediakan arahan dos dalam empat bahasa.

IKLAN

Ia bertujuan untuk membantu warga emas mengurus rutin-rutin kompleks mereka.

PillPix diuji di Poliklinik Universiti Nasional dan pasukan jagaan masyarakat NUHS sejak Februari.

Ia membolehkan pasukan jagaan kesihatan untuk menyatukan semua ubat preskripsi seorang pesakit daripada pelbagai rekod dalam sebuah senarai tunggal.

Para pesakit yang terlibat dalam projek rintis ini rata-rata perlu mengambil sekitar sembilan jenis ubat.

Ahli farmasi kanan di Farmasi NUHS, Wong Hong Yun berkata: "Kebanyakan penjaga mahupun pesakit sendiri mendapati sukar untuk mengurus (ubat-ubatan) kerana banyak perubahan dari segi bungkusan. Jadi saiz atau warna ubat boleh berubah meskipun ia ubat yang sama.

IKLAN

"Sesetengah pesakit mungkin mengambil salah ubat atau dengan cara yang salah atau mengambil dua kali dos sekiranya mereka tidak boleh mengenal pasti ubat itu sebenarnya yang sama seperti bungkusan baharu yang mereka terima."

 
Back
Top
Log in Register