BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aplikasi Mudah Alih MyGOV Malaysia Dilancarkan Bulan Depan - Gobind

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
54c901d54711e1b9ec911fbc04f19d9e685a6e975d490


Gerbang digital tunggal negara bagi perkhidmatan awam atau MyGOV Malaysia akan dilancarkan bulan depan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Gobind berkata aplikasi mudah alih itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Teknologi Kerajaan (GovTech) negara yang bertujuan memudahkan rakyat negara ini mengakses pelbagai agensi kerajaan dengan mudah.

“Perkara ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara digital.

“Sudah tiba masanya kita menyediakan satu platform tunggal yang membolehkan rakyat berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan secara lancar dan bersepadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memperincikan mengenai MyGOV Malaysia, beliau berkata aplikasi mudah alih itu memfokuskan kepada tujuh perkhidmatan utama, iaitu perjalanan (urusan pasport); pendaftaran (kelahiran dan kewarganegaraan); pemanduan (cukai jalan dan lesen memandu) serta kesihatan (janji temu perubatan dan rekod kesihatan).

Gobind berkata aplikasi itu turut melibatkan perkhidmatan saman (semakan dan bayaran); perumahan (cukai tanah dan cukai taksiran) serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Lebih banyak ciri tambahan akan diperkenalkan dalam masa terdekat bagi memperkasakan fungsi aplikasi ini. MyGOV Malaysia akan diintegrasikan dengan MyDigital ID bagi memperkemas akses kepada perkhidmatan kerajaan menerusi satu platform yang selamat dan bersepadu,” katanya.

Beliau berkata pengguna akan dapat mengesahkan identiti dan mengakses pelbagai perkhidmatan secara terus melalui MyGOV Malaysia dengan menggunakan maklumat pengenalan MyDigital ID masing-masing.

“Setakat semalam, sebanyak 2.6 juta pendaftaran MyDigital ID telah direkodkan. Integrasi log masuk tunggal ini akan melibatkan 34 sistem utama perkhidmatan kerajaan dan lebih banyak perkhidmatan akan ditambah dari semasa ke semasa,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register