combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,139
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,139
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kerajaan Belum Muktamad Aplikasi AI Untuk Program Akses Percuma - Gobind
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bergambar kenangan bersama murid
pada Majlis Peluncuran AI Malaysia di Menara Cyber Axis, hari ini.
Turut kelihatan Menteri Digital Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan masih dalam perbincangan dengan pihak berkaitan berhubung aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang akan ditawarkan di bawah program akses percuma untuk 100,000 belia Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Beliau berkata perincian mengenai aplikasi AI yang terlibat masih belum dimuktamadkan kerana perbincangan masih berlangsung dan pengumuman berkaitan perkara itu akan dibuat sebaik sahaja perkara itu disahkan.
“Kami dalam proses perbincangan dan akan membuat pengumuman apabila sudah dimuktamadkan.
“Saya tidak mahu mengatakan sesuatu dan kemudian keadaan berubah. Beri saya dua minggu untuk perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran AI Malaysia di sini hari ini.
Inisiatif itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menawarkan akses kepada aplikasi AI secara percuma selama tiga bulan kepada belia berusia 18 hingga 30 tahun yang berjaya melengkapkan modul kursus di bawah platform Rakyat Digital bermula 31 Ogos.
Gobind berkata program itu sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mempromosikan kesedaran, akses dan penggunaan AI dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beliau berkata Kementerian Digital menumpukan kepada tiga perkara itu bagi memastikan orang awam memahami teknologi AI yang tersedia, dapat mengakses dan akhirnya menggunakannya dalam aktiviti harian mereka.
“Mengetahui kewujudan teknologi sahaja tidak mencukupi. Jika tiada akses, ia menimbulkan masalah kerana tidak boleh menggunakannya. Selepas itu, kita perlu memastikan rakyat Malaysia benar-benar menggunakan teknologi tersebut,” katanya.
Gobind berkata kementerian itu sedang membangunkan beberapa modul pendek dan praktikal di bawah program AI Untuk Rakyat, merangkumi bidang seperti AI, keselamatan siber, teknologi awan dan aspek lain berkaitan transformasi digital.