BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Agentic AI Perkasa MyGOV Malaysia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Agentic AI Perkasa MyGOV Malaysia​

5342217a4e6a2e74ea70f7f26ddf165667af321d0fefc


Kementerian Digital terus memperkukuh agenda transformasi digital sektor awam menerusi penerapan kecerdasan buatan berejen (Agentic AI) dalam aplikasi MyGOV Malaysia bagi mewujudkan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang lebih pintar, proaktif, responsif dan berpusatkan rakyat.

Kementerian itu memaklumkan penerapan teknologi berkenaan membolehkan MyGOV Malaysia berkembang daripada sekadar platform yang menghimpunkan perkhidmatan kerajaan kepada pembantu digital yang membantu rakyat menyelesaikan urusan dengan lebih mudah, pantas dan tersusun.

"Agentic AI merupakan evolusi dalam penggunaan kecerdasan buatan yang berupaya meningkatkan cara rakyat berinteraksi dengan perkhidmatan digital kerajaan secara lebih pintar dan proaktif.

"Berbeza dengan AI konvensional yang lazimnya memberikan respons berdasarkan arahan pengguna, Agentic AI berupaya memahami konteks, merancang tindakan yang bersesuaian serta membantu melaksanakan tugasan merentasi pelbagai perkhidmatan digital, tertakluk kepada kebenaran, tadbir urus dan kawalan yang ditetapkan," menurut Kementerian Digital dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu memaklumkan menerusi Agentic AI, rakyat tidak lagi perlu mengetahui terlebih dahulu agensi atau sistem kerajaan yang perlu dilayari.

Pengguna boleh menyatakan keperluan mereka dalam bahasa mudah dan sistem berasaskan Agentic AI boleh membantu mengenal pasti perkhidmatan berkaitan, memberikan panduan langkah demi langkah serta apabila tersedia dan mendapat kebenaran pengguna, membantu melaksanakan tindakan yang diperlukan melalui sistem kerajaan berkaitan.

"Sebagai contoh, semakan saman polis melalui Agentic AI menyediakan pengalaman baharu kepada rakyat dengan membantu pengguna mengakses menu pembayaran saman sehingga urusan selesai," menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian, pendekatan itu menyokong aspirasi kerajaan untuk mengurangkan kerumitan birokrasi digital dan mewujudkan pengalaman perkhidmatan awam yang lebih mesra pengguna, berorientasikan serta berpaksikan rakyat.

Kenyataan itu memaklumkan pendekatan secara bertanggungjawab itu telah mengambil kira aspek keselamatan, privasi data, ketepatan maklumat, tadbir urus AI, ketelusan serta kawalan manusia berdasarkan Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam.

 
Back
Top
Log in Register