BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

apa itu ISLAM ?

cara beribadat dan menentukan hukum dalam beragama macam ASWJ dan Syiah selagi tidak bercanggah dgn perlembagaan tertinggi kita boleh amalkan, ke guane pak pubin?:D

setuju dan maka itu umat Islam kenalah baca dan faham al-Quran
supaya semua tahu sendiri secara pasti mana yang tidak bercanggah dengan al-Quran..
supaya semua orang menentukan nasibnya sendiri di Padang Masyar
kalau tak, jadi pak turut jerlah.. pastu orang lain pula tentukan nasib kita

dan jelas2 kita dapat lihat banyak umat Islam yang bantah kat sini sebenarnya tak baca al-Quran pun.. ikut orang jer
yang mengaji agama atau pondok, bukan belajar al-Quran pun
jengok sikit2 jer, pastu belajar kitab... blaja syair dan nyanyian
satu habuk pun tak faham, dan al-Quran dijadikan sebagai "Buku Muzik" dan "Buku Jampi"
adoih sebab tu ler takleh nak counter balik

Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair
amatlah sedikit kamu beriman
Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang
amatlah sedikit kamu mengambil peringatan
69.41-42​

padahal al-Quran adalah surat yang Allah tulis kat kita semua
takkan ler kita tak nak baca dan fahami betul-betul..
sombong nyerrrrr... Tuhan Sekalian Alam tulis surat pun tak nak baca
kalau dapat surat dari Ratu Cantik Dunia baca tak? :eek:

jadi umat Islam kenalah baca dan fahami al-Quran betul2...

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu
Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya
untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya
dan untuk orang-orang yang berakal sempurna
beringat mengambil iktibar
38.29​

dan jangan risau, Allah tak tak tanya pasal kitab-kitab lain masa kat Padang Masyar
Allah tanya pasal Kitab al-Quran jer... baca atau tidak, patuh atau bantah
 
Last edited:
Islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup (way of life) yang boleh dan akan diterima oleh semua lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan negara. Asas ajaran Islam sangat-sangat mudah ia itu “Lailaha Illallah , Muhammadar Rasullullah”, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad Itu pesuruh Allah. Islam ialah asal dan asas kehidupan setiap orang manusia. Untuk mengenali Islam , kita hanya perlu mengenal siapa diri kita dan untuk apakah kehidupan ini . Ramai manusia termasuk orang yang merasa diri mereka Islam tetapi tidak dapat menerima Islam dengan sepenuh hati mereka kerana mereka tidak mengenal apa itu Islam.

Sebenarnya ! Tiada sebarang ajaran khas di dalam Islam. Islam bukanlah sebuah agama atau falsafah ; Islam hanyalah sebuah cara dan kaedah hidup yang mudah , selamat dan sempurna. Jika kita ingin terangkan Islam dalam sebaris perkataan ia boleh dikatakan sebegini , “Islam ialah sebuah gaya dan cara hidup yang bersih, seimbang, mudah, suci dan selamat bagi setiap orang manusia”.

Motif utama semua agama di dunia ini ialah untuk menyelamatkan semua manusia dari dunia ini dan membawanya ke dunia berikut dengan selamat. Semua agama di dunia ini memberikan peringatan, amaran dan mengajar manusia tentang dunia ini dan asal manusia supaya dia menyedari tentang dirinya serta keadilan dan membuat persediaan untuk meninggalkan dunia ini dan maju ke dunia berikutnya.

Islam hanya mengajar manusia tentang dunia berikut sahaja, Islam tidak mengajar manusia tentang rahsia dunia ini kehidupan ini kerana seorang pesakit hanya perlu mengetahui sedikit tentang penyakitnya dan rawatan yang diberikan. Dia tidak perlu mengetahui secara mendalam dan secara saintifik tentang asal usul penyakit dan rawatan tersebut. Kalau pun diterangkan , sudah pasti tidak akan faham. Hanya doktor yang perlu mengetahui segala-galanya tentang penyakit dan perubatan bukan pesakit. Kalau pesakit tahu cara mencegah penyakit sudah memandai.

Allah Maha mengetahui, Dia kenal segala jenis penyakit dan kelemahan manusia keseluruhannya, Dia terus memberikan ubat dan mengajar cara-cara mencegah penyakit. Seorang yang membeli atau membawa kereta tidak perlu belajar cara membina enjin , gear box dan sebagainya. Dia hanya perlu belajar cara memandu dan menjaga kereta tersebut sahaja. Pembinaan kereta, membaiki kereta dan sebagainya akan diuruskan oleh seseorang khas yang ada kebolehan untuknya.

Katakanlah:”Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri”. (Aali Imraan: 84)

cara beribadat dan menentukan hukum dalam beragama macam ASWJ dan Syiah selagi tidak bercanggah dgn perlembagaan tertinggi kita boleh amalkan, ke guane pak pubin?:D

salam bro..
nak mencelah sikit..huhuhu

kat malaysia ni ada beribu2 doktor..mekanik berjuta2 ..pekerja kilang wat kereta..engineer berlambak2.
ambo nak jd doktor bila besau nanti..bini ambo pun doktor..anak2 ambo nanti ambo nak suruh jadi doktor..begitu juga keturunan ambo..kalau tak boleh, ambo nak depa semua jd mekanik.

setakat tau sakit ape and ambik ubat je and tau drive jer ape class....huhuhuhu
 
jawapan standard orang yang tak berakal fikiran ..
pattern sama jer, biarpun beribu yang datang berhujah
takda fakta, takda authority.. :eek:
 
jawapan standard orang yang tak berakal fikiran ..
pattern sama jer, biarpun beribu yang datang berhujah
takda fakta, takda authority.. :eek:

setuju....:)cgrock

tuan tak tidur ka?, boleh kena darah tinggi....:D
 
setuju....:)cgrock

tuan tak tidur ka?, boleh kena darah tinggi....:D

Darah tinggi?...kaaahhh

:eek::eek::eek::eek::eek:

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Al-Baqarah 2:257)


Berimankah kamu pada ayat di atas?
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
(Al-Baqarah 2:8)
 
kita kasi kena darah rendah pula, baru seimbang.. :))

kalau kita adil pada badan kita banyak manfaat dari Allah. Benda ni sebut dalam buku kesihatan, Allah terima juga sebab sebahagian ilmu darinya.

makan teratur
tidur teratur
solat teratur
mandi teratur.

peraturan tu kita boleh tetap pada diri kita juga. Islam ni bukan fokus pada amalan solat sahaja bahkan ibadat lain untuk keharmonian diri. :D
 
kalau kita adil pada badan kita banyak manfaat dari Allah. Benda ni sebut dalam buku kesihatan, Allah terima juga sebab sebahagian ilmu darinya.

makan teratur
tidur teratur
solat teratur
mandi teratur.

peraturan tu kita boleh tetap pada diri kita juga. Islam ni bukan fokus pada amalan solat sahaja bahkan ibadat lain untuk keharmonian diri. :D

betul tu dan keadilan tersebut mestilah mengikut kesesuaian keadaan dalam satu-satu masa...

dan yang dikatakan beribadah di dalam Islam adalah "cara atau sistem kehidupan" kita..
kita ambik contoh yang paling simple
kita ambik situasi "lantai berhabuk" dan kotor

images


perhatikan lantai rumah kita dan tanya kenapa Allah jadikan "habuk" ?
salah satu nyer kerana untuk "mengotorkan lantai"

kenapa Allah berkehendak "lantai menjadi kotor" ?
tujuannya ialah untuk kita bertanggung-jawab membersihkan lantai

see? Allah jadikan keburukan (azab)
supaya kita menjadi bertanggung-jawab bertindak mengikut kehendaknya... iaitu Sunnatullah

Katakanlah: “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana)
dari sebelah atas kamu
atau dari bawah kaki kamu
atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak
dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain”
Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan dengan berbagai cara
supaya mereka memahaminya

[Al-An’am:65]​

tetapi kalau masih tetap berdegil.. maka kita berhadapan dengan Sunnatullah yang lain pula..
iaitu..terjatuh kepada dua pilihan

1. membiarkan lantai kotor -> dapat penyakit
2. membersihkan lantai -> kehidupan sihat​

inilah yang dikatakan "deen", dyn, hutang -> kehidupan yang bertanggung-jawab
dan Allah akan jadikan "macam-macam habuk" (ujian) dalam dunia supaya kehidupan kita selari dengan Sunnatullah
supaya kita menjadi manusia

dan dalam pada kita membersihkan lantai
kita pula merasa udara yang aman dan segar..
kita diberikan "nikmat"..

atas ukuran "nikmat" pula.. .
di situlah kita menyaksikan keadilan Allah..
kita menyaksikan Allah itu Maha Adil

contoh nyer, orang kaya dengan orang miskin makan udang galah..
siapa yang dapat nikmat lebih?
see? orang kaya tiap2 hari makan sedap sampai nikmat makan udang galah pun dah takda... miskin dia nie! :eek:

jadi.. tak perlu bersedih dengan azab dan ujian Allah
di situ ada pengajaran dan nikmat
nikmat inilah yang membawa kita kepada kesyukuran

Segala puji tertentu bagi Allah <- nikmat & rasa bersyukur
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
1.2​

jadi perlu sentiasa bersedekah dan buat macam2 untuk jaga "nikmat"
kalau dah tak rasa "nikmat", bagi jer penyakit "darah tinggi".. kut2 lepas tu boleh rasa "nikmat"
kalau tak hargai "nikmat" juga, bagi padam terus..
biar level utk jaga "nikmat" peringkat akhirat pula yang handle .. takleh nak repair dah! :eek:
 
jawapan standard orang yang tak berakal fikiran ..
pattern sama jer, biarpun beribu yang datang berhujah
takda fakta, takda authority.. :eek:

tak berakal fikiran tu bagus sebenarnye. tak kena hukum. ko je tak tau...sebab ko ni banyak akaiii..huhuhu
 
tak berakal fikiran tu bagus sebenarnye. tak kena hukum. ko je tak tau...sebab ko ni banyak akaiii..huhuhu

ikut agama Syiah Sejati nkoranglah.. Tokong nkorang memang ajar tak guna akal.. :eek:

sorry, aku tak faham ajaran Tokong nkorang, dan aku ikut Quran..

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi Allah
ialah orang-orang yang pekak lagi bisu
yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)
8.22

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya?
Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu
hanyalah orang-orang yang berakal sempurna
13.19

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya
Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu
maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran
melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya
2.269

 
Last edited:
Back
Top
Log in Register