BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar ada nombor lagi

Umno memang sokong PH sekarang ni. Cuma TSMY tak letak jawatan je. Jika TSMY letak jawatan, umno masuk PH jadi kerajaan dah lama lah. Anwar PM.
Tunggu masa je ni. Asalkan bukan Umno bak kata @midi2020
 
Bakal logo baru
1615821762856.png

1615821745763.png

Cantik logo ni. Lazat dan berketrampilan.
 
PRU13 PKR+DAP+PAS vs UMNo/BN
PRU14 PKR+DAP+AMANAH+BERSATU vs UMNO/BN
14.5 PKR+DAP+AMANAH vs UMNO/BN+PAS+BERSATU
PRU15 PKR+DAP+AMANAH+UMNO/BN+PAS+BERSATU+PEJUANG+MUDA vs bebas .. :p

sesedap rasa je puak2 atas ni main catur atas nama mandat rakyat kononnya..
betul2 takleh bayangkan UMNO bekerjasama ngn PKR dan DAP ..buang abis prinsip dan perjuangan selama ni..
UMNO kluster mahkamah nak gunakan anwar, tp sebenarnya anwarlah nk gunakan UMNO
 
PRU13 PKR+DAP+PAS vs UMNo/BN
PRU14 PKR+DAP+AMANAH+BERSATU vs UMNO/BN
14.5 PKR+DAP+AMANAH vs UMNO/BN+PAS+BERSATU
PRU15 PKR+DAP+AMANAH+UMNO/BN+PAS+BERSATU+PEJUANG+MUDA vs bebas .. :p

sesedap rasa je puak2 atas ni main catur atas nama mandat rakyat kononnya..
betul2 takleh bayangkan UMNO bekerjasama ngn PKR dan DAP ..buang abis prinsip dan perjuangan selama ni..
UMNO kluster mahkamah nak gunakan anwar, tp sebenarnya anwarlah nk gunakan UMNO

Anwar jadi PM pun takpe janji geng2 penyamun tak masuk penjara. Nanti dah lepas dari penjara pikirkan pulak camne nak tikam belakang Anwar utk rampas jawatan PM. Mcm tak biasa itulah nature UMNO turun temurun.
 
Anwar jadi PM pun takpe janji geng2 penyamun tak masuk penjara. Nanti dah lepas dari penjara pikirkan pulak camne nak tikam belakang Anwar utk rampas jawatan PM. Mcm tak biasa itulah nature UMNO turun temurun.

itu la
skrg sape pun PM xkisah
JANJI XMASUK PENJARA
stakat ni anwar je ade pengalaman lepas penjara, senang nak kautim dah ade pengalaman
bontot sendiri kene jaga
 
1615868217250.png


Anwar sahkan perbincangan Umno-PKR, buat sidang media petang ini
Diterbitkan 16 Mar 2021, 10:48 am

Dikemaskini 10:51 am



Presiden PKR Anwar Ibrahim mengatakan bahawa terdapat perbincangan tidak rasmi antara partinya dan Umno mengenai kemungkinan kerjasama untuk pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Anwar mengumumkan bahawa dia akan mengadakan sidang media hari ini pada pukul 4.30 petang di mana dia dijangka akan menyentuh isu tersebut.

Dia juga dijangka mengulas mengenai tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti baru-baru ini.
Sumber parti mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua pihak telah diadakan.

Difahamkan, kedua-dua parti tidak berpuas hati dengan parti Bersatu yang diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menerima penyertaan sejumlah anggota parlimen yang berpaling tadah dari Umno dan PKR.
Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia baru-baru ini, Anwar berkata bahawa kerjasama itu tidak lebih daripada sekadar untuk menyelamatkan negara daripada kebobrokan.

Dia menekankan bahawa dalam beberapa siri perbincangan tidak rasmi yang diadakan antara kedua-dua pihak menunjukkan perkembangan "positif" dan kedua-duanya berjaya mencapai persefahaman.
Anwar juga berkata bahawa objektif kerjasama untuk menubuhkan kerajaan baru di mana fokus kepada isu pemacuan ekonomi yang memberi manfaat kepada rakyat.

Dia berkata bahawa kenyataan beberapa pemimpin Umno agak lebih tegas dalam hal menyelamatkan ekonomi negara dan menolak kerajaan PN. Namun, dia tidak mendedahkan nama pemimpin-pemimpin Umno itu.
"Saya telah bersama Umno selama bertahun-tahun, mengapa? Kerana saya yakin dengan idealisme. Jadi jika kita meletakkan idealisme ini di landasan, saya rasa tidak akan ada masalah," katanya.

fa00197ffb85f551b30410d5510d22a7.jpg


Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan bagaimanapun berkata bahawa dia tidak maklum mengenai perbincangan antara Umno dan PKR.
"Itu saya tak tahu, saya tak ada dan saya tak tahu," katanya secara ringkas kepada pemberita di Alor Gajah, semalam.

Ini selepas dia menghadiri mesyuarat tertutup bersama pimpinan Umno Melaka yang turut dihadiri presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
Spekulasi mengenai kerjasama PKR-Umno bukan isu baru. Pada bulan Januari, Annuar Musa, yang dipecat dari jawatan setiausaha agung BN, mendakwa bahawa Zahid secara "hitam putih" menyokong Anwar dalam usaha menjatuhkan kerajaan.

Selain itu, Annuar juga menuduh Zahid bersekongkol dengan DAP dalam usaha untuk membentuk gabungan politik baru.
Awal bulan ini, DAP yang merupakan sekutu PKR dalam Pakatan Harapan telah menegaskan bahawa tidak akan ada kerjasama antara parti itu dan Umno.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu konsisten dengan pendiriannya tetapi bersedia untuk bekerjasama dengan Umno sekiranya memberi manfaat kepada rakyat.
"Selagi ia memberi manfaat kepada masyarakat, kami bersedia menyokong. Untuk tujuan tertentu berkaitan dengan kepentingan rakyat," kata Lim.


 
Anwar jadi PM pun takpe janji geng2 penyamun tak masuk penjara. Nanti dah lepas dari penjara pikirkan pulak camne nak tikam belakang Anwar utk rampas jawatan PM. Mcm tak biasa itulah nature UMNO turun temurun.

Lepas ni kira hampir semua parti dah kena kencing menjejer-jejer dengan UMNO.
Tinggal DAP kot belum rasa lagi.
 
Dua Ahli Parlimen berpaling tadah, Anwar tetap dakwa ada jumlah majoriti

51613568449_AnwarIbrahim.jpg



KUALA LUMPUR: Selepas dua Ahli Parlimennya meninggalkan parti dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mendakwa gabungan pembangkang masih memiliki jumlah sokongan yang diperlukan.

Anwar juga mendakwa, Pakatan Harapan (PH) yang diterajuinya mempunyai jumlah sokongan yang melebihi berbanding PN.

"Dengan dua yang lompat ini dia masih minoriti. Saya nak tekankan jangan salah faham, dia masih minoriti, jauh jumlahnya kecil banding dengan kita," katanya kepada pemberita di Port Dickson, pada Selasa.

Ahad lalu, dua wakil rakyat PKR, Larry Sng dan Steven Choong, masing-masing Ahli Parlimen Julau dan Ahli Parlimen Tebrau berpaling tadah dan menyatakan sokongan terhadap PN.

Sokongan Larry dan Steven itu menggantikan dua Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Jazlan Yaakob yang menarik sokongan terhadap PN pada bulan Januari.

Anwar mendakwa, pihak kerajaan memberi tekanan dan ugutan untuk menarik sokongan Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

"Ada tekanan-tekanan lain. Saya dapat maklumat, jutaan ringgit digunakan tetapi kalau nampak tidak boleh guna agensi penguatkuasa.

"Saya nak tekankan, tidak ada masalah kalau SPRM atau LHDN berhak untuk meneruskan tindakan kepada pembangkang dan kerajaan.

"Tetapi menteri-menteri yang mewah pun begitu rupa yang kita tahu cukup mewah kehidupannya kenapa tidak disentuh?

"Jangan guna ini sebagai tarik tali untuk menekan mereka supaya melompat kepada parti lain, ini paling tidak beretika," katanya lagi.

September lalu, Anwar mendakwa mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan untuk membentuk kerajaan.

https://www.astroawani.com/berita-p...-anwar-tetap-dakwa-ada-jumlah-majoriti-285612
 
anwar masih buat kira2 lagi tu, bekas ketua polis negara dah warning pasal isu rasuah dalam politik kerajaan PN.. tapi takkan kerajaan PN nak siasat kerajaan PN kan.. tambahan pula sekarang ketua polis negara adalah 'budak2' PN sendiri.. hahaha
 
Back
Top
Log in Register