BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar ada nombor lagi

Alahai lobai walaunn tak habis habis nak mengadu domba.
DSAI berjuang mana pernah tahu erti kegagalan.
Lobai Pas berjuang semua fake. Berjuang untuk hudud tu semua fake fake fake.
Ruu 355 tu mana lobai??

Lobai dah tahu tiada perjuangan Islam dalam Pas. Kihkihkihkihkihkihkihkihkih. Tapi lobai masih berharap.

Kaki goyang : mana perjuangan BMF lobai?
@bell&ross @thehornbill agak2 bila nombor nak kena?
10 tahun berjuang main nombor tak pernah tahu erti kegagalan. Hebat-hebat 👏
:ROFLMAO:
 
@bell&ross @thehornbill agak2 bila nombor nak kena?
10 tahun berjuang main nombor tak pernah tahu erti kegagalan. Hebat-hebat 👏
:ROFLMAO:

Kena Jumpa bomoh doremi kot
IMG_20210130_184457.jpg
 
Dua Ahli Parlimen berpaling tadah, Anwar tetap dakwa ada jumlah majoriti

51613568449_AnwarIbrahim.jpg

KUALA LUMPUR: Selepas dua Ahli Parlimennya meninggalkan parti dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mendakwa gabungan pembangkang masih memiliki jumlah sokongan yang diperlukan.

Anwar juga mendakwa, Pakatan Harapan (PH) yang diterajuinya mempunyai jumlah sokongan yang melebihi berbanding PN.

"Dengan dua yang lompat ini dia masih minoriti. Saya nak tekankan jangan salah faham, dia masih minoriti, jauh jumlahnya kecil banding dengan kita," katanya kepada pemberita di Port Dickson, pada Selasa.

Ahad lalu, dua wakil rakyat PKR, Larry Sng dan Steven Choong, masing-masing Ahli Parlimen Julau dan Ahli Parlimen Tebrau berpaling tadah dan menyatakan sokongan terhadap PN.

Sokongan Larry dan Steven itu menggantikan dua Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Jazlan Yaakob yang menarik sokongan terhadap PN pada bulan Januari.

Anwar mendakwa, pihak kerajaan memberi tekanan dan ugutan untuk menarik sokongan Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

"Ada tekanan-tekanan lain. Saya dapat maklumat, jutaan ringgit digunakan tetapi kalau nampak tidak boleh guna agensi penguatkuasa.

"Saya nak tekankan, tidak ada masalah kalau SPRM atau LHDN berhak untuk meneruskan tindakan kepada pembangkang dan kerajaan.

"Tetapi menteri-menteri yang mewah pun begitu rupa yang kita tahu cukup mewah kehidupannya kenapa tidak disentuh?

"Jangan guna ini sebagai tarik tali untuk menekan mereka supaya melompat kepada parti lain, ini paling tidak beretika," katanya lagi.

September lalu, Anwar mendakwa mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan untuk membentuk kerajaan.

Biar betul. Lazat betul ada nombor ni..
 
Berapa kali ada nombor ni. Dari 2008 lagi ni
 
Dia cakap orang mewah.... dia tinggal rumah teres 500k k
 
Annuar terdesak, mahu jaga jawatan menteri, kata Anwar
NORAFIDAH ASSAN | | 07 Mac 2021
992975.jpg

Anwar ketika sidang akhbar selepas selesai program berkenaan pada malam Sabtu.
PORT DICKSON - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa UMNO kini seperti sudah berada di bawah pengaruhnya sebagai tindakan terdesak.
Menurutnya, dakwaan Ahli Parlimen Ketereh itu hanya bertujuan untuk menjaga kedudukannya sebagai menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Annuar Musa ini saya tidak tahu dia ini mewakili siapa dan maklumat dari mana, dia nampak terdesak. Dia nak jaga jawatan dia, dia jagalah, tetapi jangan sentuh dan ganggu orang lain.
"Saya ingat politik dia itu hanya nak jaga jawatan menteri dia, dia tak peduli parti dia. Dia tidak peduli cakap benar atau tidak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai Retreat Kepimpinan Keadilan Negeri Sembilan di Ancasa Residences Port Dickson pada malam Sabtu.
Hadir sama, Pengerusi PKR Negeri Sembilan yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
ARTIKEL BERKAITAN: Annuar dakwa UMNO kini bawah pengaruh Anwar
Annuar sebelum ini mendakwa UMNO kini seperti sudah berada di bawah pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, kenyataan media terbaru Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan bukti bahawa UMNO kini dikuasai Pakatan Harapan (PH).
Sementara itu, Anwar menyambut baik kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bersedia melakukan siasatan terhadap dakwaan beberapa individu cuba menyogok ahli Parlimen seperti tular dalam media sosial.
"Itu kenyataan umum, saya percaya SPRM boleh telus jalankan tugas, orang-orang ini dipanggil oleh orang-orang tertentu dan diberikan maklumat dan percubaan untuk menyogok, saya tidak fikir SPRM cuba berikan alasan untuk keluar dari masalah ini.
"Saya ucapkan terima kasih atas kepekaan SPRM yang mengukuhkan pandangan bahawa mereka itu bertindak secara profesional tapi saya nak ini dibuktikan dengan tindakan yang tidak memilih bulu sama ada pembangkang atau kerajaan," katanya.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Rundingan kerusi dalam PH sudah bermula, tak tolak kerjasama Umno
PH telah memulakan proses rundingan kerusi bagi menghadapi PRU akan datang, kata pengerusinya Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, PH turut mengambil kira kerusi untuk parti-parti sekutu lain.

"Majlis Presiden PH telah putuskan beberapa perkara, termasuk kerjasama jentera pilihan raya dan untuk memulakan rundingan kerusi melibatkan parti komponen PH terutamanya, dan juga mengambil kira peruntukan untuk parti rakan yang lain.

"Tetapi pada tahap ini, kita akan lantik seorang jurucakap," katanya ketika sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Sidang media diadakan sempena pelancaran inisiatif baru PKR bagi membantu wanita yang berdepan masalah, sempena Hari Wanita Antarabangsa hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata rundingan kerusi antara parti komponen PH telah mencapai "peringkat selanjutnya" (advanced stage).

Pada tahap ini, mereka memberi tumpuan kepada parti dalam PH sebelum mengadakan perbincangan dengan parti pembangkang lain, katanya lagi.

522ed6f24055c8d925bb95fb329394f2.jpg
Fahmi Fadzil
Kedua-duanya juga tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Umno dalam PRU akan datang.

Ia susulan keputusan Umno minggu lalu untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU akan datang.

"Soal kerjasama dengan mana-mana pihak tak berbangkit setakat ini, walaupun kita jelas...kita dukung siapa saja yang boleh terima yang kita (PH) dukung tadbir urus yang baik, tolak rasuah, tolak segala bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa dan jaga (hak) orang Melayu, Bumiputera dan semua kaum," kata Anwar.

Fahmi ketika ditanya media pagi ini pula berkata, kerjasama seumpama itu tidak mustahil dan pernah dilakukan PKR sebelum ini.

"Saya rasa itu bukan perkara mustahil, tapi garis panduan yang diberikan, contohnya oleh Anwar, sangat jelas.

"Kita ada prinsip dan pegangan dan tidak akan melanggarnya. Kita boleh kerjasama dengan semua pihak.

"Malah sebelum ini kita kerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad, dan (kerjasama seumpama itu) perlu berlandaskan prinsip dan pegangan," katanya lagi.

Malaysiakini turut bertanya berkenaan insiden mutakhir ini, berkenaan persamaan dalam kenyataan media yang dikeluarkan PH dan BN.

Berikut adalah jawapan Fahmi: "Saya tak nafikan ramai berasa gusar melihat ada perenggan yang serupa, dan orang yang paling gusar sekarang ini adalah Annuar Musa.

"Dia yang paling terkesan sebab saya rasa dia mungkin risau hilang jawatan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register