BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar ada nombor lagi

biomedik2

Super Active Member
gem
Messages
6,101
Joined
Jan 19, 2020
Messages
6,101
Reaction score
2,036
Points
211
Anwar dakwa miliki jumlah kerusi mencukupi bentuk kerajaan

23 Januari 2021



1611407944192.png


Anwar ketika dalam Program Bicara Negarawan bertajuk ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) pada Sabtu.


SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi di Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun, Anwar menyatakan perkara berkenaan perlu menunggu atas ihsan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat makluman berikutnya.
“Bagi saya, kalau tanya saya sekarang jumlah mencukupi,” katanya dalam Program Bicara Negarawan bertajuk ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ anjuran Majlis Profesor Negara (MPN).

Program berkenaan disiarkan secara langsung menerusi Facebook MPN pada Sabtu dan ia dikendalikan oleh Felo MPN, Dr Muhammad Asri Mohd Ali sebagai moderator. Turut sama dalam bicara berkenaan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose.

Ini bukan kali pertama Anwar mendakwa bahawa beliau mempunyai jumlah majoriti yang mencukupi daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Pada September 2008, Anwar pernah menyatakan memperoleh sokongan untuk membentuk kerajaan selepas Pakatan Rakyat tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang diadakan pada Mac tahun sama.

Anwar juga pernah membuat dakwaan sama pada 23 September tahun lalu bahawa beliau mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu pada masa sama mendakwa, bahawa jumlah ahli Parlimen menolak darurat yang dicadangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) 'lebih dari mencukupi'

“Kita sudah mencecah 114 atau 115 ahli Parlimen yang menolak usul kerajaan Perikatan Nasional (pimpinan) Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini tidak boleh disangkal. Apakah jumlah itu cukup? Itu lebih dari mencukupi,” katanya.

Menurut Anwar, dengan jumlah berkenaan, beliau akan menyampaikannya kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mempertimbangkan usul berkenaan dan memanggil sidang khas Parlimen.

“Ternyata tidak boleh disangkal jumlah setakat ini yang menolak pandangan Perikatan Nasional berhubung perkara darurat dan penggantungan ditolak oleh majoriti ahli Parlimen.

“Sekarang Gabungan Parti Sarawak juga sedang membincangkannya. Saya tak tahu apakah keputusannya tetapi ternyata kalau ini berlaku maknanya yang komited mendokong darurat dan penggantungan Parlimen itu tak mungkin sampai 90 ahli Parlimen atau jauh lebih kurang,” dakwanya.

Dalam bicara berkenaan, Anwar turut ditanya mengenai apakah reaksi DAP mengenai kenyataan dibuatnya sebelum ini bahawa Kabinetnya akan dikuasai oleh muslim.

“Malaysia ini masih majoriti Melayu Bumiputera maka seeloknya (dan) seafdalnya negara juga diwarnai oleh pimpinan yang mewakili hasrat dan inspirasi rakyat seluruhnya.
“Apakah sikap DAP setakat ini? DAP memahami, itu berbeza sentimen kita terhadap DAP. Saya berunding terus dengan mereka,” katanya.

Anwar berkata, pimpinan DAP tidak menimbulkan apa-apa masalah mengenai kenyataan dibuatnya itu.
 
Nombor je ada... SD takde... Tu pun bukan nombor YB PD jadi PM..
 
tak sudah sudah DSAI ni
mula mula strong convincing formidable numbers setelah mengadap Agong

pastu cukup numbers pulak utk buat sidang parlimen dlm masa darurat
aduuh la

Agong nak break dulu time time covid dan banjir ni
selesai covid nanti mengadap la Agong aduuhai
 
Nombor nak jatuhkn yidin memang cukup.
Cuma nombor nk up kan ko jd pm yg tak cukup. Dia ingat zahid n geng umno nk sangat dia pm ke? Sama saja dlm mulut buaya dgn mulut rimau.

Dia ni tak reti bahasa ke, buat2 tak reti @ saja nk huru hara negara
 
tak sudah sudah DSAI ni
mula mula strong convincing formidable numbers setelah mengadap Agong

pastu cukup numbers pulak utk buat sidang parlimen dlm masa darurat
aduuh la

Agong nak break dulu time time covid dan banjir ni
selesai covid nanti mengadap la Agong aduuhai

nak senyapkan nuar ni senang je cmm, YDPA panggil je sidang parlimen khas buat undi percaya pm.. satu hari sidang pun cukup, padan muka nuar.. buat sekali live kat tv3, sibuk sgt nuar ni dgn number dia..
 
nak senyapkan nuar ni senang je cmm, YDPA panggil je sidang parlimen khas buat undi percaya pm.. satu hari sidang pun cukup, padan muka nuar.. buat sekali live kat tv3, sibuk sgt nuar ni dgn number dia..

Tak paham situasi ke. Sekarang ni bukan isu siapa pm. Sekarang isu covid.
YDPA lebih bijak dari kau. Kau bodoh.
 
So far tarikh scam Anwar


16.9.2008
23.9.2020
24.1.2021
 
Back
Top
Log in Register