BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar ada nombor lagi

Rundingan kerusi dalam PH sudah bermula, tak tolak kerjasama Umno
PH telah memulakan proses rundingan kerusi bagi menghadapi PRU akan datang, kata pengerusinya Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, PH turut mengambil kira kerusi untuk parti-parti sekutu lain.

"Majlis Presiden PH telah putuskan beberapa perkara, termasuk kerjasama jentera pilihan raya dan untuk memulakan rundingan kerusi melibatkan parti komponen PH terutamanya, dan juga mengambil kira peruntukan untuk parti rakan yang lain.

"Tetapi pada tahap ini, kita akan lantik seorang jurucakap," katanya ketika sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Sidang media diadakan sempena pelancaran inisiatif baru PKR bagi membantu wanita yang berdepan masalah, sempena Hari Wanita Antarabangsa hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata rundingan kerusi antara parti komponen PH telah mencapai "peringkat selanjutnya" (advanced stage).

Pada tahap ini, mereka memberi tumpuan kepada parti dalam PH sebelum mengadakan perbincangan dengan parti pembangkang lain, katanya lagi.

522ed6f24055c8d925bb95fb329394f2.jpg
Fahmi Fadzil
Kedua-duanya juga tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Umno dalam PRU akan datang.

Ia susulan keputusan Umno minggu lalu untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU akan datang.

"Soal kerjasama dengan mana-mana pihak tak berbangkit setakat ini, walaupun kita jelas...kita dukung siapa saja yang boleh terima yang kita (PH) dukung tadbir urus yang baik, tolak rasuah, tolak segala bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa dan jaga (hak) orang Melayu, Bumiputera dan semua kaum," kata Anwar.

Fahmi ketika ditanya media pagi ini pula berkata, kerjasama seumpama itu tidak mustahil dan pernah dilakukan PKR sebelum ini.

"Saya rasa itu bukan perkara mustahil, tapi garis panduan yang diberikan, contohnya oleh Anwar, sangat jelas.

"Kita ada prinsip dan pegangan dan tidak akan melanggarnya. Kita boleh kerjasama dengan semua pihak.

"Malah sebelum ini kita kerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad, dan (kerjasama seumpama itu) perlu berlandaskan prinsip dan pegangan," katanya lagi.

Malaysiakini turut bertanya berkenaan insiden mutakhir ini, berkenaan persamaan dalam kenyataan media yang dikeluarkan PH dan BN.

Berikut adalah jawapan Fahmi: "Saya tak nafikan ramai berasa gusar melihat ada perenggan yang serupa, dan orang yang paling gusar sekarang ini adalah Annuar Musa.

"Dia yang paling terkesan sebab saya rasa dia mungkin risau hilang jawatan," katanya.

setelah sekian lama BN dan PH jadi musuh, kini dua2 ada misi yg sama, meruntuhkan kerajaan lompat katak.. haha..
 
Anwar Ibrahim sahkan wujud rundingan PKR dengan UMNO
Anwar Ibrahim sahkan wujud rundingan PKR dengan UMNO

KUALA LUMPUR: Desas-desus bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkemungkinan menjalin kerjasama dengan ‘seterunya’ UMNO semakin kuat selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan telah wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti itu.

Menerusi temu bual bersama Mingguan Malaysia terbitan Ahad, Presiden PKR itu berkata, perbincangan awal itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan perkembangan positif.

“(Perbincangan) dengan pimpinan parti dan ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (UMNO) dan mereka lebih faham kita,” katanya memetik laporan tersebut.

BACA: PKR tidak sekat kerjasama dengan UMNO - Fuziah
Mengulas lanjut, Anwar yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO berkata, kerjasama tersebut tidak mustahil berlaku sekiranya ia berlandaskan kepada idealisme dan bukan semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan ‘menteri’ UMNO.

Jelas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, perbincangan itu juga bukan soal saling menerima, tetapi apa yang penting adalah naratif baharu politik yang merangkul semua aspek termasuk melibatkan perpaduan gabungan tersebut.

“Kalau konteks ini difahami, maka kalau kemungkinan kerjasama kita, yang kita lakukan dengan Amanah dan DAP dan kini dengan UMNO yang sehaluan ini, bukan sebab kita nak pertahankan kuasa serta suara-suara pihak tertentu dalam UMNO yang nak pertahankan kedudukan menteri-menteri dia at all cost, sampai boleh meninggalkan pimpinan dan semangat perjuangan parti.

“Tapi kalau mereka terima landasan ini, ia landasan berteraskan idealisme,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada Anwar tidak takut sekiranya percaturan UMNO itu hanya satu strategi politik yang kelak akan memakan diri dan parti, beliau berkata, masih belum ada sebarang keputusan dibuat dan pihaknya masih memberikan ruang.

“Kita lihat beberapa kenyataan pimpinan UMNO agak lebih tegas dalam hal menyelamatkan ekonomi negara dan menolak kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tak sah ini.

“Pada masa sama dasar ekonomi yang seharusnya pro rakyat, itu harus diketengahkan, itu semua nampak selari (antara dua parti ini).

“Sehinggakan DAP pun ambil pendekatan yang lebih lunak terhadap kemungkinan kerjasama ini dalam hal-hal yang kita sepakati,” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, bekas timbalan Perdana Menteri itu turut mengulas mengenai kenyataan komponen Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang kerap melabel UMNO sebagai perasuah, sekiranya kerjasama tersebut benar-benar berlaku.

Kata pemimpin politik berusia 73 tahun itu, pendakwa hanya membuat tuduhan sebaliknya yang menjatuhkan hukuman adalah hakim.

“Rasuah ini, yang menghukum ialah hakim bukan pendakwa. Pendakwa ini buat tuduhan saja, tapi yang menghukum, hakim. Maksudnya, hakim yang bebas (tertawa).

"Jadi kita harus terangkan, isu apa sebenarnya kerjasama PKR-UMNO ini,” katanya.

Justeru, tambah Anwar, apa yang lebih penting adalah untuk semua pihak memahami tujuan sebenar kerjasama PKR-UMNO termasuk memastikan tadbir urus kerajaan yang baik.

“Kedua, isu pemacuan ekonomi atau mempercepatkan proses perubahan ekonomi yang sangat diperlukan oleh negara. Jadi bagi saya kalau kita berpakat untuk selamatkan negara, yang majoritinya orang Melayu dan bumiputera, maka itu diharuskan.”

“Saya tak kira ada suara yang keras menentang. Misalnya, Ronnie Liu dari DAP pun, dia sudah ubah sikit pandangannya. Saya tengok ada kenyataan, dia sebut kita harus sedia bekerjasama asalkan jangan meninggalkan prinsip dan idealisme,” tambah Anwar lagi.

Sehubungan itu, Anwar memberi jaminan akan membuat penjelasan kepada akar umbi dan anggota PKR bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul dalam rancangan kerjasama dengan UMNO.

“Di pihak UMNO, tentulah pimpinan UMNO harus selesaikan.

“Kalau PKR pula, saya boleh jelaskan kepada akar umbi. Sampai bila kita nak taksub dengan parti, seolah-olah parti sahaja, sedangkan parti itu sebenarnya hanya satu landasan atau wahana (perantaraan) sahaja,” katanya.
 
Bang nuar caya lg ka ngn umno brp kali dh kena kencing ngn depa nie

Janji jadi PM apa pun bole haha...

Ni lah masanya Anwar nak balas dendam kat DAP & Amanah sbb awal2 dulu tak sokong dia jadi calon PM. Amanah dah tak diperlukan bila dah ada UMNO. Takkan UMNO & Amanah nak bertanding dlm kawasan yg sama. UMNO mcm biasalah bagi alasan nak kerusi tradisi utk bolot semua. DAP pulak akan lemah tanpa Amanah.
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak Media dijemput hadir ke *Sidang Media Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim* yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Mac 2021 (Selasa)
Masa : 4.30 petang
Tempat : Eastin Hotel, Petaling Jaya

*Hanya DUA orang sahaja dibenarkan bagi setiap agensi media dan sila patuhi segala SOP KKM & MKN*

Sekian, terima kasih.

Ni pe cte?
 
Back
Top
Log in Register