BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anugerah Thailand Kepada Sharifah Hapsah Serlah Sumbangan Besar Wanita Malaysia - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Anugerah Thailand Kepada Sharifah Hapsah Serlah Sumbangan Besar Wanita Malaysia - Anwar​

76169fd2a96b8297bb9c9c014a3711fc6a71c593bb623

--kredit FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Profesor Emerita Tan Sri Datuk Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin atas pengurniaan Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang bagi Pembangunan Sosial.

Anwar berkata pengiktirafan yang dikurniakan oleh Raja Permaisuri Thailand Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana itu bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah menyerlahkan ketokohan, keupayaan serta sumbangan besar wanita negara ini yang terus mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa.

“Semoga pengiktirafan ini menjadi ilham kepada lebih ramai wanita untuk terus menyumbang dengan ilmu, kepimpinan dan nilai ihsan dalam membina masyarakat serta menjayakan agenda Malaysia MADANI, “ kata beliau menerusi hantaran dalam X.

Perdana Menteri berkata kerajaan MADANI akan terus berusaha memartabatkan peranan wanita, memperluas peluang penyertaan mereka dalam pelbagai bidang, serta memastikan bakat, kepimpinan dan potensi wanita terus diperkasakan sebagai antara tunjang utama pembangunan negara.

 
Back
Top
Log in Register