BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar Lancar Malaysia Digital 2030, Sasar 30 Peratus Sumbangan Ekonomi Digital Kepada KDNK

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

PM Anwar Lancar Malaysia Digital 2030, Sasar 30 Peratus Sumbangan Ekonomi Digital Kepada KDNK​

bb8a41ef7e8e8973897c8236970b2ad46a41f2589d703


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Malaysia Digital 2030 (MD2030), satu rangka tindakan nasional bagi tempoh 2026-2030, yang menandakan peralihan drastik fokus negara daripada pengguna teknologi kepada pengeluar inovasi tempatan.

Majlis pelancaran turut dihadiri Menteri Digital Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menurut kenyataan Kementerian Digital, rangka tindakan itu menggariskan sasaran nasional yang komprehensif menjelang 2030, iaitu 30 peratus sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK); 500,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam ekonomi digital; penjimatan RM4.5 bilion bagi sektor awam hasil pendigitalan, dan 95 peratus perkhidmatan kerajaan disediakan secara dalam talian dari hujung ke hujung.

Kementerian Digital dilantik sebagai kementerian peneraju yang bertanggungjawab memandu hala tuju strategik negara bagi merealisasikan agenda ke arah Negara AI 2030.

Menurut kementerian, MD2030 digerakkan melalui tujuh bidang utama, iaitu kerajaan, ekonomi, infrastruktur, bakat, masyarakat, kepercayaan dan keselamatan serta inovasi, dengan setiap teras diterajui kementerian berkaitan bagi memastikan pelaksanaan bersepadu melalui pendekatan menyeluruh kerajaan.

Setiap teras akan diketuai seorang Ketua Kluster, antaranya Teras Kerajaan diterajui oleh Shamsul Azri, Teras Ekonomi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Teras Infrastruktur (Fahmi); Teras Bakat (Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R.Ramanan); Teras Masyarakat (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri); Teras Kepercayaan dan Keselamatan (Gobind) dan Teras Inovasi (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang).

Di bawah Teras Kerajaan, tumpuan diberikan kepada memperkenalkan dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam melalui penubuhan GovTech Malaysia.

Teras Ekonomi pula menumpukan usaha memacu Malaysia sebagai hab inovasi dan perdagangan digital serantau melalui produk “Made by Malaysia”, adaptasi teknologi dalam Sektor Pertumbuhan dan Nilai Tinggi (HGHV), serta merealisasikan potensi data, aset digital dan Harta Intelek (IP).

Teras Infrastruktur pula memberikan fokus kepada ketersambungan Internet yang berkualiti di seluruh negara serta membangunkan infrastruktur digital masa hadapan yang mampan, termasuk pusat data, pengkomputeran awan, dan bandar pintar.

 
Back
Top
Log in Register