BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ANTEDILUVIAN: Era Sebelum Banjir Besar Zaman Nabi Nuh A.S

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
FB_IMG_1592195031083.jpg

ANTEDILUVIAN :: BAHAGIAN PERTAMA (PART I)


Artikel Oleh :: #RVKXIV


Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama aku untuk menulis artikel tentang bab Era Antediluvian kerana sepanjang aku menyusuri sumber sumber dari luar dan dalam, tajuk Antediluvian ini sangat rapat dikaitkan dengan zaman garismasa mengandungi zaman Nabi Adam diturunkan ke bumi, kisah pembunuhan pertama didunia oleh Qabil terhadap Habil, digantikan Kematian Habil dengan Kelahiran Nabi Syith, penyembahan berhala pertama didunia oleh Qabil yang bersetuju dengan syarat perjanjian oleh iblis, tercetusnya perang antara bani Adam yang dipimpin oleh Nabi Syith memerangi golongan Qabil terang-terangan yang mungkar, kisah tentang perjalanan hidup Nabi Idris yang mencipta bahasa, pakaian dan pendiri kota kota purba pertama didunia sehinggalah ditutupi era Antediluvian ini dengan kisah Banjir besar yang terjadi di zaman Nabi Nuh iaitu azab yang diturunkan oleh Allah keatas umatnya yang mungkar dengan perbuatan menyembah berhala itu.

Sumber mengenai Era Zaman Antediluvian atau zaman Bani Adam ini sangat sukar untuk aku cari sumber yang kukuh kerana kebanyakan sumber mengenai era zaman ini terkandung didalam bahan yang berasal dan Nasrani dan didalam jilid Genesis oleh Israeliyyat sekarang. Demi keinginan aku tetap teruskan menyusuri sumber-sumber ini dengan cara berhati-hati supaya tidak tersilap mengambil langkah. Pada pandangan aku, Era Antediluvian ini ibarat seperti dari alam berlainan yang sangat terasing dengan suasana keadaan dunia yang kita lihat sekarang ini, akibat kemungkaran yang diamalkan oleh umat Nabi Nuh maka Allah telah menurunkan azab banjir besar yang menenggelamkan seluruh daratan atas dunia yang bermula dari air memancar dari isi perut bumi disusuli dengan ribut hujan tanpa henti yang lebat. Bahtera Nuh pula aku berpendapat ia adalah simbolik kepada "jambatan" yang menjadi penghubung kepada kesinambungan manusia sejagat seperti berpindah alam. Asbab kepada penghubung inilah yang terkandung sel DNA didalam diri kita yang diwarisi semenjak dari zaman selepas banjir besar dahulu.

==================================================

Dimulai ketika zaman Nabi Nuh berdakwah kepada umatnya. Selama 960 tahun hayat Nabi Nuh terus menerus berdakwah kepada umatnya. Tetapi hasilnya tidak banyak berubah kerana umatnya masih meneruskan kemungkaran dengan penyembahan berhala Wadd, Suwa, Yaghuts, Ya'uq Dan Nashr. Sejarah awal asal usul empat berhala ini dahulu adalah anak anak keturunan Nabi Adam yang menjadi tokoh disegani dan dihormati oleh umat bani Adam. Tetapi lama kelamaannya Iblis mula perlahan-lahan menghasut golongan Bani Adam pada mulanya sekadar menghormati 4 orang anak Adam ini kemudian bertukar kepada pembinaan berhala-berhala menyerupai mereka lalu diakhirnya mereka menyembah empat patung berhala ini.

Salah seorang nabi dari lima Rasul Ulul Azmi, Nabi Nuh sangat menyesali diatas kemungkaran perbuatan keturunan Bani Adam ini, Nabi Nuh berdoa kepada Allah agar diturunkan azab yang pedih keatas umatnya dan Allah menyakini Nabi Nuh adalah pesuruh yang benar. Dari sumber Israeliyat mengatakan bahawa rupa bahtera milik Nabi Nuh berupa seperti tabut berbentuk segi empat tepat, berlainan seperti rupa sebenar bahtera yang disebutkan didalam Al Quran.

- Diangkat menjadi Rasul ketika berumur 420 tahun, Nabi Nuh berdakwah kepada umatnya lebih dari 600 tahun ,disebutkan didalam surah Hud ayat 27 hingga 51. Tetapi kemungkaran mereka masih tidak dapat dibendung. Allah memakbulkan Doa Nabi Nuh yang benar. Bermulanya air dari perut bumi keluar memancar dari rumah anak Nabi Nuh bernama Sam. Ada yang mendakwa air mula memancar bermula dari wilayah Kufah ,Iraq disusuli air dari perut bumi memancar keluar di serata dunia.

- Sewaktu Nabi Nuh berdoa, Allah telah turunkan wahyu kepadanya agar dibina satu bahtera besar yang disebut oleh Allah sebagai As-Safinati didalam surah Al-Ankabut ayat 15 dan surah Al-Qamar ayat 13 membawa maksud "bahtera dari papan dan paku". Awal kejadian banjir tersebut, air keluar memancar dari perut bumi dan turunnya ribut hujan sangat lebat tanpa henti selama dua minggu sewaktu sedang terjadi banjir akhirnya menenggelamkan seluruh kawasan daratan dunia dan menjadi azab kepada seluruh umat Nabi Nuh yang mungkar itu.

- Al-Baidawi menjelaskan bahtera As Safinati ini berukuran 300 hasta (50x30), ditingkat bawah adalah ruangan untuk haiwan-haiwan, tingkat tengah adalah untuk Nabi Nuh dan anak anaknya dan tingkat atas adalah untuk unggas burung tinggal. Tiap-tiap tingkat bahtera terdapat lembaran kayu yang terukir tiga nama nabi sewaktu zaman sebelum kejadian banjir. Didalam bahtera juga dibawa naik adalah satu raksasa yang bernama Uj bin Unuq dari Mesir yang diizinkan dan terselamat dari banjir. Di tingkat tengah bahtera, para lelaki dan wanita telah dipisahkan oleh tubuh Nabi adam Alaihisalam yang dibawa naik ke bahtera. Maka naiklah hidupan tiap-tiap jenis haiwan yang berpasangan keatas bahtera seperti disebutkan didalam surah Hud ayat ke-40 didalam Al-Quran.

- Perjalanan mula Bahtera Nabi Nuh bersama pengikutnya telah dikatakan bermula dari Kufah ,Iraq sewaktu banjir melanda, Nabi Nuh membawa bersama dengan tiga anak lelaki bernama Sam, Ham dan Yafet bersama pasangan masing masing. Tetapi isteri dan anak sulungnya yang bernama Kanaan enggan naik ke bahtera selepas Nabi Nuh mengajaknya naik keatas bahtera ketika banjir, maka lemaslah Kanaan didalam gelombang banjir bersama isterinya. Bahtera belayar dari Kufah menuju ke kawasan kota Mekah, melakukan tawaf keatas Kaabah sebelum ia mendarat di lereng bukit Judi akhirnya .lokasi bukit judi juga dikatakan terletak di wilayah Mosul, Iraq dizaman sekarang.

- Fungsi bahtera Nuh ketika belayar menurut dari penulisan Abdullah Bin Umar Al-Baidawi menyatakan ketika abad ke 13 bahawa ketika bahtera ingin begerak belayar, Nabi Nuh hanya memberi arahan supaya bergerak dan apabila ingin berhenti, hanya perlu disuruh oleh Nuh supaya berhenti. Ketika terjadinya air mula naik ke daratan, Nabi Nuh telah berteriak kepada golongan 70 yang dianggarkan mereka yang tediri daripada lelaki dan wanita penyembah berhala supaya lekas menaiki bahteranya dengan syarat supaya golongan penyembah itu bersetuju jika enggan mati lemas dan Nabi Nuh meminta kepada mereka supaya bertaubat kepada Allah maka mereka menerima taubat dan dipelawa untuk menaiki keatas Bahtera kemudian .dikhabarkan kesemua orang bersama Nuh diatas bahtera itu adalah seramai 78 orang (70 orang penyembah bersama ahli keluarga Nuh).

- Dikhabarkan Nabi Nuh belayar bersama bahteranya selama lima atau enam bulan sebelum air mula surut. Dikirimkan seekor burung gagak untuk memantau perkembangan kawasan dunia oleh Nabi Nuh tetapi gagak tersebut telah alpa apabila asyik memakan bangkai hidupan yang telah mati akibat banjir besar. Daripada peristiwa itulah Nabi Nuh telah mengutuk gagak sehingga ke hari kiamat. Kemudian dikirimkan burung Merpati oleh Nuh untuk memantau perkembangan kawasan yang mula surut. Setelah menunggu akhirnya merpati tersebut pulang berterbangan dari langit disambil segenggam daun zaitun dan pokok gandum yang terdapat di belah kedua-dua genggaman kaki burung merpati itu. Maka merpati menjadi simbolik bermakna kepada manusia yang sering membawa mesej keamanan sehingga sekarang.

- Al-Masudi menulis didalam penulisannya bahawa, Allah telah memerintahkan supaya dunia menyerap semula airnya kedalam yang telah membanjiri daratan. Maka secara perlahan lahan dan berperingkat air mula diserap turun semula, ada yang awal, ada yang lewat dan ada yang kekal sehingga kini (jadi tasik sehingga sekarang). Pada tanggal 10 muharram, Nabi Nuh bersama pengikutnya telah selamat berlabuh ke daratan turun selepas didalam tempoh yang panjang menaiki bahtera itu di lereng gunung judi kemudiannya mereka telah membangunkan kota yang dinamakan "Tsamanin" bermaksud lapan puluh simbolik kepada jumlah golongan mereka itu. Nabi Nuh telah "Mengunci" bahteranya di lereng Judi dan "Kunci" bahtera didalam simpanan oleh anaknya bernama Sam Bin Nuh.

- Sehingga kini ramai pengkaji antarabangsa sedang berusaha mengesan bahtera Nuh itu dilereng bukit Judi-Gunung Ararat. Yaqut Al-Hamawi (1179-1229) telah menyatakannya pernah menyaksikan tentang sebuah masjid yang dibina oleh Nabi Nuh ketika hayatnya dan Ibnu Battutah juga pernah menziarahi tempat berlabuhnya Bahtera Nuh itu dahulu pada abad ke-14. Sehingga kini masih tiada petunjuk untuk mengesan sebenar benar keberadaan Bahtera itu tetapi ramai masih menyakininya ia masih lagi terletak di lereng gunung Judi.

=============================================

Kisah mengenai Bahtera Nabi Nuh ini juga bukan sahaja disebutkan didalam Al Quran malah juga terdapat kisahnya yang hampir sama disebutkan didalam jilid Genesis oleh kaum Yahudi, didalam kitab Bible oleh penganut Kristian, didalam kitab Avesta oleh golongan Zoroaster dan Druze di Parsi, didalam tablet epik Gilgamesh, tablet Atra-Hasis kisah Ziusudra of Shurrupak, didalam tablet yang bernama Utnapihsti dari tamadun Mesopotamia dan paganisme Annunaki dan didalam teks hindu purba didalam Vedas.

Didalam tablet Ziusudra pula mengenai seorang Raja Sumer yang bernama Ziusudra memerintah kota Shuruppak di Mesopotamia pada tahun 2900 Sebelum Masehi itu telah diarahkan oleh dewa Enki untuk membangunkan sebuah kapal yang besar setelah mengetahui ancaman tentang kehadiran banjir besar yang bakal menenggelamkan dunia ketika itu. Setelah selamat berlabuhnya Bahtera di gunung Judi seperti apa yang diceritakan didalam Al Quran kemudiannya golongan umat Nabi Nuh bersama keluarganya mendirikan sebuah Kota Tsamanin yang menjadikan titik permulaan semula manusia memulakan lembaran kehidupan mereka yang baharu selepas menyesali dengan kemungkaran yang pernah diamalkan oleh umat terdahulu. Dari Kota Tsamanin inilah bermulanya titik permulaan konsep 3 ras bangsa yang dibawa oleh pemula keturunan Sam, Ham Dan Yafet bertebaran keseluruh pelusuk dunia untuk menyuburkan kembali kesinambungan selaku Hamba Allah yang sentiasa dapat mengekalkan ketaatan kepada Maha Pencipta.

Sebenarnya aku cuba memulakan topik Antediluvian ini dengan cara berbeza dari sepatutnya kerana permulaan yang aku mulakan melalui artikel ini dari zaman sewaktu Banjir Besar Nabi Nuh menginjak satu persatu kehadapan. Mungkin untuk bahagian kedua aku dapat mengisahkan tentang kisah Nabi Idris yang menjadi penasihat kepada seorang raja yang bernama Saurid ibnu Saulhaq mengenai mimpi ramalannya iaitu petunjuk kepada datangnya kejadian Banjir besar yang melanda keatas keturunan Bani Nabi Adam nanti dan mencari kebenaran tentang 5 berhala yang bernama Wadd, Suwa, Yaghut, Yauq dan Nashr kaitannya dengan 5 dewa utama kepercayaan Annunaki dizaman awal Tamadun Mesopotamia.


Terima kasih saya ucapkan kepada Mohd Haniff Bin Ramli kerana sanggup memberikan isi bahan untuk artikel saya ini dapat disempurnakan.


Sumber :

1) Surah Nuh ayat 21 hingga 25
2) Surah Al-Ankabut ayat 14
2) Islamic literature in Jewish Encyclopedia : Ark of Nuh
3) Jewish Encyclopedia : Nuh3


Radz Von Koenigstraud Xiv
 
Last edited:
103775835_183176089824685_3118814838066241636_o.jpg

Era Antediluvian - Koloni awal doonia

Bahagian 2


Sekadar nak kongsi sahaja, tetapi percaya jangan sebab ini adalah teori secara kasar dari aku sahaja.

Pada Artikel kali ini, Aku mahu berkongsikan teori ini mengenai penempatan paling terawal didunia. Seperti diketahui bahawa di Iraq kini ibarat seperti "gula" yang dihurung oleh berpuluh-puluh badan pengkaji antarabangsa setelah pendedahan tentang Annunaki dahulu. Serupa seperti di Giza yang mengorek tentang Tamadun Mesir Purba, begitu juga di Mesopotamia ini dan beberapa tahun dahulu terdapat banyak kajian yang mereka cuba mengaitkan dengan kisah kehidupan manusia pertama didunia iaitu Adam dan Hawa.

Dikenali sebagai Tiamat oleh kepercayaan Annunaki Mesopotamia dimana Dewa Marduk mendiaminya.

Dikenali sebagai Havilah Oleh Israeliyyat bermaksud "Tanah Emas" dimana tanah yang mengalirkan Gihon "sungai"

Dikenali sebagai Garden Of Eden oleh Kristian dimana tempat asal Adam dan Eve pernah menetap.

Aku perincikan maksud tempat ini dari sudut sejarah Mesopotamia. Terletaknya di tanah paling selatan Iraq yang kini diketahui didalam negara Kuwait. Dimana pertemuan dua sungai Purba yang bernama sungai Tikrit dan Sungai Furat.

Dahulunya, dari berbagai teks purba dan tablet2 Cuineform bahawa tanah ini sebenarnya ada 4 empat kesemuanya yang mana tanah ini dikenali sebagai "dua sungai mengalir dari duniawi, dua sungai lagi mengalir dari bawah sorga"

Ia pernah wujud dahulu sewaktu Era Antediluvian ,kesemuanya ada 4 iaitu ::

-Sungai Furat
-Sungai Tikrit
-Sungai Chidekel
-Sungai Phiroth

Tanah yang digambarkan sebagai berpaya, digelenangi air, suasana berkabus, sangat subur tanahnya, menjadi tumpuan para hidupan haiwan dan manusia mendiaminya.

Tetapi ramai pengkaji mempercayai bahawa kejadian Banjir Besar Nuh telah menyebabkan dua batang sungai yang bernama Chidekel dan Phiroth ini telah "dilenyapkan" menjadi dataran, tinggalah berbaki lagi dua sungai purba yang bernama Tikrit dan Furat sekarang. Ada juga pengkaji mempercayai bahawa dua sungai misteri ini sekarang mungkin berada dibawah tanah masih kekal di Mesopotamia sekarang.

Menurut dari Teori aku, tanah yang digelar Havilah, Tiamat, Euthopia atau Eden ini sememangnya wujud tetapi bukanlah tempat asal Adam dan Hawa pernah berada didalam sorga itu tetapi Eden ini adalah tempat mereka membina keluarga pertama manusia didunia, disamping anak mereka yang bernama Habil dan Qabil sebenarnya.

Baiklah, aku akan sambungkan ke bahagian kedua tentang Era Antediluvian ini


Radz Von Koenigstraud Xiv
 
Back
Top
Log in Register