silibug
Active Member
- Messages
- 1,557
- Joined
- Nov 13, 2010
- Messages
- 1,557
- Reaction score
- 14
- Points
- 25
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi amaran keras kepada Timbalan Presiden badan induk itu, Tan Sri Annuar Musa agar tidak terus melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak.
FAM mengeluarkan amaran tersebut selepas Annuar didapati melanggar kod etika Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu apabila menghadiri majlis perasmian penjualan tiket final Piala FA dan pelancaran album Dikir Warriors di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu, Isnin lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak (gambar kecil) berkata, FAM akan mengenakan tindakan lebih berat jika Annuar masih terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak pada peringkat nasional mahupun antarabangsa.
“Perkara ini diputuskan selepas kami menerima banyak rungutan dan pandangan daripada pihak luar berkaitan penglibatan beliau (Annuar) dalam aktiviti bola sepak pada peringkat negeri.
“Perkara 6.11.15 telah menetapkan yang beliau tidak dibenarkan sama sekali terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak,” kata Taufik kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Pada 4 April lalu, FAM memutuskan Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) digantung dua tahun enam bulan daripada seba- rang aktiviti bola sepak peringkat nasional dan antarabangsa.
Annuar didapati bersalah melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, yang mana hanya Presiden FAM boleh memberi komen berkenaan sku- ad kebangsaan.
Beliau juga didakwa melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebarkan kepada pihak media.
Menurut Taufik, sekiranya Annuar mengulangi kesalahan yang sama, FAM tidak teragak-agak untuk melucutkan jawatannya dalam badan induk itu.
“Perkara ini sebenarnya mudah yang mana Annuar harus mengikuti pelaksanaan hukuman sebagaimana yang ditetapkan, bukan melanggar (hukuman tersebut) yang akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Taufik turut mengumumkan hukuman penggantungan empat perlawanan tanpa penonton di Stadium Negeri, Kuching yang dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) ditarik balik.
Bagaimanapun, hukuman itu bersyarat apabila FAM terlebih dahulu akan menghantar ‘peninjau’ ketika Sarawak menentang Selangor pada 16 Jun depan.
“FAS perlu memastikan yang insiden sama (pergaduhan dan kekasaran penonton) tidak berulang lagi dan keperluan keselamatan memenuhi syarat yang ditetapkan FAM.
“Kami akan menghantar wakil untuk membuat pemerhatian dan seandainya FAM berpuas hati terhadap semua aspek, maka dua penggantungan perlawanan seterusnya juga akan ditarik balik,” katanya.
Sumber
langsung xleh join mane2 event... mcm ada konspirasi nk menjatuhkan dia dr arena bolasepak jer..