BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IRGC beri amaran keras terhadap kapal tentera cuba melintasi Selat Hormuz

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
3488852.webp

Selat Hormuz merupakan laluan perairan penting dunia yang mengendalikan sebahagian besar penghantaran minyak dan gas global

TEHERAN - Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap mana-mana kapal ketenteraan yang cuba melintasi Selat Hormuz tanpa kebenaran.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh agensi berita separa rasmi Tasnim, IRGC berkata, pihaknya mempunyai kuasa penuh untuk mengawal laluan perairan strategik itu.

Menurut kenyataan berkenaan, hanya kapal awam dibenarkan melalui selat tersebut tertakluk kepada syarat tertentu.

“IRGC mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan Selat Hormuz secara berhemah.

"Sebarang kapal ketenteraan yang cuba melintasi laluan ini akan ditangani dengan tindakan keras,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, IRGC turut menafikan dakwaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini bahawa dua kapal tentera lautnya telah melalui Selat Hormuz.

Selat Hormuz merupakan laluan perairan penting dunia yang mengendalikan sebahagian besar penghantaran minyak dan gas global, dan kekal sebagai titik pertikaian utama di tengah ketegangan berterusan antara Iran dan AS.  - Awani

 
Back
Top
Log in Register