BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga pengemis 'katak' dicekup, diberi amaran

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,277
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,277
Reaction score
1,665
Points
201
376581-376581.jpg


Tiga pengemis 'katak' dicekup, diberi amaran


Unit Penguatkuasa Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengadakan operasi khas maskot mulai jam 10 pagi hingga 9.30 malam semalam.

Katanya, lokasi tumpuan operasi itu adalah di persimpangan lampu isyarat Plaza Angsana di sini dan di Jalan Paid Emas 1, Johor Bahru.

Menurutnya, tujuan operasi berkenaan diadakan adalah susulan tularnya peningkatan pengemis mengambil kesempatan dengan menggunakan pakaian maskot karektor kartun untuk meraih simpati orang awam.

Menurutnya, operasi berkenaan memberi tumpuan juga kepada peminta sedekah yang menjadikan bazar Ramadan sebagai tempat untuk meraih simpati dari orang awam yang berbelanja untuk membeli makanan berbuka puasa.

"Tiga lelaki dengan maskot 'katak' ditemukan di lokasi persimpangan lampu isyarat dan di bahagian tengah pembahagi jalan.

"Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru dan diambil maklumat latar belakang," katanya menerusi perkongsian di Facebook, hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesemua mereka dibebaskan dengan amaran lisan dan bertulis.

"Tindakan di bawah Akta Orang Papa 1977 boleh diambil sekiranya mereka mengulangi perbuatan sama selepas aku janji ditandatangani di hadapan Pegawai Penguat Kuasa JKM," katanya.

Kelmarin akhbar ini mendedahkan kumpulan pengemis dikesan memakai maskot katak bagi menagih simpati mendapatkan wang secara mudah terutama sepanjang Ramadan.

Kredit➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register