BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JKPK Diberi Tiga Bulan Teliti RUU Kebebasan Maklumat, RUU Admiralti 2026 - Azalina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

JKPK Diberi Tiga Bulan Teliti RUU Kebebasan Maklumat, RUU Admiralti 2026 - Azalina​

195521d0dffd8159b2d5aa6a0c75143b6911faf45fd7c

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said

Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen diberi tempoh tiga bulan bagi melaksanakan penelitian menyeluruh terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat 2026 dan RUU Bidang Kuasa Admiralti 2026 sebelum mengemukakan syor penambahbaikan kepada Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penelitian melalui JKPK itu menterjemahkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh agenda reformasi perundangan secara telus dan inklusif berpaksikan penelitian Parlimen.

“Kedua-dua Jawatankuasa diberi tempoh tiga bulan bagi melaksanakan penelitian menyeluruh terhadap beberapa aspek dan skop bagi setiap cadangan perundangan tersebut melalui beberapa siri mesyuarat yang bermula hari ini.

“Dalam proses ini, Jawatankuasa akan mengadakan libat urus bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk kementerian, agensi kerajaan, pakar perundangan, ahli akademik, badan profesional, pemain industri, Majlis Peguam Malaysia serta wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina berkata beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama kedua-dua JKPK berkenaan hari ini, susulan persetujuan Dewan Rakyat pada sidang Julai lepas untuk membawa kedua-dua RUU berkenaan bagi penelitian lanjut.

Beliau berkata penggubalan RUU Kebebasan Maklumat 2026 bertujuan memperkukuh hak rakyat terhadap akses kepada maklumat melalui kerangka perundangan yang seimbang, telus dan bertanggungjawab.

RUU Bidang Kuasa Admiralti 2026 pula katanya, dirangka bagi memodenkan kerangka perundangan maritim negara selaras dengan amalan terbaik antarabangsa untuk memperkukuh daya saing serta kedudukan Malaysia sebagai hab maritim global.

Azalina berkata laporan akhir penelitian serta syor penambahbaikan daripada kedua-dua JKPK itu dijangka dikemukakan kepada Parlimen pada sidang akan datang.

 
Back
Top
Log in Register