BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Angkat MA63 Sebagai Agenda Nasional Bukti Keterbukaan Kerajaan MADANI - Mustapha

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
53aa265b2fca181414eccbf6926261b16991b9f148c96

Datuk Mustapha Sakmud

Komitmen berterusan Kerajaan MADANI melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terbukti apabila perjanjian itu kini diangkat sebagai agenda nasional dan bukan lagi isu wilayah semata-mata, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Malah, kata beliau titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa pembukaan sidang Dewan Rakyat sebelum ini secara spesifik menyatakan MA63 ialah tulang belakang pembentukan negara, sekali gus memperkukuh kedudukannya dalam wacana nasional.

Mustapha berkata perkembangan positif itu juga jelas apabila Ahli Parlimen dari Semenanjung turut mengambil bahagian secara aktif dalam perbahasan berkaitan MA63 di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, selain mengemukakan soalan berkaitan pelaksanaannya.

Beliau berkata sebelum ini, ramai yang melihat isu MA63 seolah-olah hanya isu wilayah yang membabitkan negeri Sabah dan Sarawak sahaja dan kurang menjiwai sejarah di sebalik perjanjian itu yang merupakan sebahagian daripada sejarah penting pembentukan Malaysia itu sendiri.

“Apabila kita angkat isu ini (sebagai agenda nasional), rakyat mula sedar bahawa Sabah dan Sarawak bukan ‘masuk’ Malaysia, sebaliknya kita bersama-sama membentuk Malaysia ini dan ada syarat-syaratnya. Syarat-syarat itulah sebenarnya yang menjadi polemik hingga sekarang.

“Jadi, ada pelbagai interpretasi. Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab (Hal Ehwal Sabah dan Srawak) cuba mengharmonikan pandangan (Sabah dan Sarawak) dan Kerajaan Persekutuan ini untuk mencari titik-titik persamaan,” katanya semasa temu bual khas bersama Bernama.

Mustapha berkata semua pihak perlu menghormati adab-adab perbezaan pandangan dan berharap perbezaan pandangan itu dapat dirungkai dengan fokus utamanya adalah untuk mencari kebenaran dan bukannya memecahbelahkan.

Beliau berkata walaupun ada pihak tertentu memilih pendekatan mahkamah bagi menyuarakan antaranya tuntutan 40 peratus hasil Sabah, beliau menegaskan bahawa kaedah rundingan menerusi Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) kekal sebagai saluran utama penyelesaian.

 
Back
Top
Log in Register