BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inisiatif Friends Of BHESS Dilancar Bantu Perkukuh MA63 Sebagai Naratif Nasional - Mustapha

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Inisiatif Friends Of BHESS Dilancar Bantu Perkukuh MA63 Sebagai Naratif Nasional - Mustapha​

9852f97263c2ca4e5d7ea691ecba92f16991a6b2747b4

Datuk Mustapha Sakmud

Friends of Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), yang antara lain bertujuan menjadi wadah untuk memperluas perbincangan serta perkongsian maklumat dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat dan Senator, bakal dilancar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata inisiatif itu dilaksanakan BHESS dengan kerjasama Kaukus Backbenchers Kerajaan (BBC) Parlimen Malaysia.

“Langkah ini juga selari dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan pengumuman beliau bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip terhadap penambahan jumlah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dengan mengambil kira nisbah perwakilan kedua-dua wilayah dalam keseluruhan komposisi Dewan Rakyat.

“Usaha untuk merealisasikan perkara ini memerlukan proses perundangan dan sokongan yang mencukupi di Parlimen. Justeru, ia tidak boleh digalas oleh wakil rakyat Sabah dan Sarawak sahaja, sebaliknya memerlukan dukungan bersama Ahli Parlimen dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penubuhan Friends of BHESS diharap dapat membantu membina kefahaman dengan menyediakan ruang perbincangan yang lebih terbuka dan konstruktif merentasi wilayah serta politik kepartian.

Mustapha juga berkata pengukuhan hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak secara langsung akan memperkukuh kestabilan dan kedaulatan Persekutuan Malaysia secara keseluruhannya.

“Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk memastikan semangat pembentukan Malaysia terus diterjemahkan melalui tindakan dengan matlamat besar untuk mempertahankan kedaulatan dan perpaduan negara,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mahu pelaksanaan MA63 dijadikan naratif nasional serta tidak dilihat sebagai isu khusus membabitkan Sabah dan Sarawak semata-mata.

Anwar berkata kerajaan juga bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak melebihi kadar semasa selaras dengan semangat MA63.

 
Back
Top
Log in Register