BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan MADANI Catat Rekod Terbaik Selesai Sembilan Tuntutan MA63 Dalam Tiga Tahun - Mustapha

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kerajaan MADANI Catat Rekod Terbaik Selesai Sembilan Tuntutan MA63 Dalam Tiga Tahun - Mustapha​

71af29d90f6236ffc8245d3ae6797d40697755cb1963b

Datuk Mustapha Sakmud

Kerajaan MADANI berjaya melakar rekod terbaik dalam sejarah negara apabila menyelesaikan sembilan perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam tempoh hanya tiga tahun pentadbiran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata pencapaian itu mengatasi rekod pentadbiran terdahulu yang hanya menyelesaikan empat perkara dalam tempoh lebih lama.

Beliau berkata daripada keseluruhan 29 tuntutan, sebanyak 13 perkara kini telah diselesaikan menerusi Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sembilan perkara telah kita selesaikan dalam masa tiga tahun bersama kedua-dua kerajaan negeri dengan kehadiran Premier Sarawak dan juga Ketua Menteri Sabah. Ini adalah perundingan antara tiga wilayah penting yang telah membentuk Malaysia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Perwakilan Pakatan Harapan (PH) Sabah pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Mustapha berkata antara kejayaan utama ialah pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah serta Sarawak sebagai jabatan teknikal, pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memasukkan wakil wilayah tersebut, serta pengukuhan badan kehakiman.

Selain itu, beliau turut menekankan komitmen luar biasa Kerajaan MADANI dalam menyalurkan peruntukan khas interim yang kini melonjak kepada RM600 juta bagi setiap wilayah, berbanding hanya RM125.6 juta pada 2022.

“Mana lagi mahu cari kerajaan seperti ini? Kerajaan MADANI bukan sahaja komited dalam kata-kata, tetapi menunaikan manifesto termasuk melantik Timbalan Perdana Menteri dari Borneo buat kali pertama dalam sejarah,” katanya.

Menurutnya peruntukan pembangunan bagi Sabah juga terus meningkat daripada RM5.2 bilion pada 2022 kepada RM6.9 bilion dalam belanjawan tahun ini bagi memastikan projek infrastruktur kritikal seperti Lebuhraya Pan Borneo dapat dipercepat.

 
Back
Top
Log in Register