BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Polis Maut Kemalangan Di Jalan Cheras

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
482baf7525bf84da6d2a133cab6c217769a1c0ef74128

ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa

Seorang anggota polis maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Cheras, dari arah Taman Midah menghala ke Taman Connaught di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata dalam kejadian pada 1.10 tengah hari itu, mangsa yang berusia 34 tahun sedang menunggang motosikal Yamaha 135LC.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang bertugas di Urus Setia KPN Bukit Aman dipercayai mencelah di antara dua lorong ketika aliran trafik sesak sebelum sebuah kenderaan di hadapannya membrek secara mengejut.

“Kejadian menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikal lalu terjatuh dan termasuk ke bawah sebuah lori Sinotruk Howo yang sedang bergerak di lorong kiri.

“Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.06 petang.

Beliau berkata pemandu lori berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ujian alkohol terhadap pemandu didapati negatif manakala pemeriksaan saringan air kencing akan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata terdapat sebuah lagi kenderaan yang masih belum dikenal pasti dipercayai turut terlibat dalam kemalangan itu.

 
Back
Top
Log in Register