BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Polis Maut, Tercampak Selepas Kereta Terbabas Di Pasir Puteh

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Anggota Polis Maut, Tercampak Selepas Kereta Terbabas Di Pasir Puteh​

d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Seorang anggota polis maut selepas tercampak keluar daripada kereta yang dipandunya apabila kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 30, Jalan Persekutuan Pasir Puteh-Kota Bharu berhampiran Simpang Kampung Banir Belikong, Pasir Puteh, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Saari Yaacob berkata dalam kejadian pada 11.50 malam itu, mangsa berusia 28 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Terengganu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pasir Puteh dari arah Kota Bharu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Akibat impak kemalangan itu, mangsa tercampak keluar daripada kenderaan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saari berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Pasir Puteh Insp Abdul Munir Mohd Fauzi di talian 013-987 2579 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

 
Back
Top
Log in Register