BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga El Salvador Maut Dipercayai Akibat Langgar Lari Di Pasir Puteh

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,776
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,776
Reaction score
289
Points
146

Warga El Salvador Maut Dipercayai Akibat Langgar Lari Di Pasir Puteh​

e5facd6a2204dd04fae876625d2408a65eafe1098208a


Seorang pelancong lelaki warga Republik El Salvador maut dalam kemalangan disyaki kejadian langgar lari di Kilometer 24.5 Jalan Persekutuan Melawi-Kuala Besut di Pasir Puteh malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Saari Yaacob berkata kejadian berlaku kira-kira 9.44 malam ketika mangsa yang berusia 29 tahun dipercayai berjalan kaki di bahu jalan berhampiran Hotel Sal D’Bali Inn menghala ke Kuala Besut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti kenderaan serta pemandu yang terbabit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Inspektor Abdul Munir Mohd Fauzi di talian 013-9872579.

 
Back
Top
Log in Register