BTC USD 84,499.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anda Forex dan GJ*

huhu.............. GJ ni mcm tak cukup inersia jer. Dia nak kumpul Tenaga Keupayaan dulu kot................
 
....
Ini adalah satu cara beranalisa.
Dalam trading kita kadang2 berada di dalam 'hope/wish mode'.
Oleh kerana kita telah mengambil posisi sama ada long/short dan position tersebut floats, kita sentiasa berharap agar 'losing position at current time dapat close dengan profit.
Contohnya kita telah short GJ pada area 209/210..namun price sekarang berada di 211, kita mengharapkan agar trend reverse dan follow our direction.Wish mode ini tidak disertai dengan apa2 analisa namun kita mengharapkan ia berlaku sedemikian.Ini racun dalam trading.Ataupun kita telah long di area 212/213 dan float,lantas kita harap price up semula.

Dengan menganalisis (pada masa sekarang), kita mengharapkan analisa kita betul dan dpt mengambil posisi baru/menutup posisi yang lose..atau bertahan lebih lama.Walaupun ini murni, 'bias tetap bersama-sama kebanyakan kita.Berilah apa saja chart/pattern/indi ...bila kita inginkan sesuatu kita akan hanya melihat direction yang kita mahukan.

Salah satu cara adalah ikhlas dalam menganalisis.Cara yang lain adalah melihat chart dengan cara terbalik.Chart kosong yang saya sertakan adalah chart GJ 1H, yang telah dirotate 180 degree dan support telah diberikan warna merah /resistance pada warna biru.

Jika anda melihat chart GJ 1H dan melihat pattern atau indi serta membuat rumusan ianya berpeluang up atau down/ terbalikkan chart tersebut dan lihat semula sama ada pandangan anda berubah.

Contohnya jika anda lihat chart GJ 1H ,anda rasa lebih cenderung ke atas..dan bila melihat chart yg terbalik tersebut anda masih melihat ianya akan ke bawah..maka nilai bias telah dikurangkan.Jika jawapan anda pada vote tadi adalah up/down atau down/up...anda tiada bias dlm rumusan anda.Jika jawapannya up/up atau down/down...mungkin anda bias.

Jika tiada bias maka, prediction anda lebih tepat.,namun disini juga timbul masalah sama ada prediction anda betul atau salah...dengan pergerakan market yang akan datang.Namun disinilah real enjoyment of the game,mistakes then you learn, right than you earn.

Terdapatkata-kata hikmah 'Trade what You see, dont ever predict the market'

Pandangan yang bagus... 20% IQ + 80% EQ = Successful Trader.. Berperang dengan minda sendiri tanpa FALSAFAH yang kuat memang susah nak menang... Salah satu cara terbaik ialah Risk Control.. Money at Risk Per Trade only 2%.. Sekiranya current position at 2%.. No more new position until price HIT SL.. Jika current position only at risk 1%.. then you can enter ur current position another 1%... Lupakan semua position yang dah masuk TRADE.. Tunggu samada hit SL or TP.. Or Lock profit sekiranya trade sedang Green..

Masalah utama trader; walaupun dia risk 2%.. tapi hatinya tak willing to lose that money.. end up; adjust position & mind.. Semua nie create bad habit as trader... So kalau risk 2% rasanya banyak.. Only risk 1% per trade... Bila enter; just wait until Hit SL or TP... tok sah dok adjust... Loss (then learn why loss).. Win (then learn why win)..

Permulaan trading risk 2% = 10 USD... Bila dah konsisten dalam trading without BAD HABIT.. Risk 2% = 1000 USD... Start slow but steady.. Minda rosak bermula dengan BAD HABIT..

Just newbie opinion

JC
 
Bracketed market ..dari tf 1H-4H.
sudah beberapa hari.,I do expected trend move during london/new y session hari ini.
Pada masa begini sempat melihat-lihat apa yang terjadi.
Salah satu dalam imbangan fikiran saya adalah diagonal triangle.
Saya cuba nyatakan apa yg saya ingat tentang diagonal triangle.(kalau salah betulkanlah sebab ni dari ingatan -yg sikit shja)

2 type-
1.diagonal type 1-ending diagonal.
2.diagonal type 2- leading diagonal.

Saya cuba sesuaikan dgn counting saya.

diagonal type 2- biasanya pada wave 1/A/X,jarang2 sekali pada wave 5/C.Pada intraday chart-wave yang kecil2 sahaja.
Perbezaan dgn diag type 1 selain pada kedudukan wave mana biasa berlaku adalah subwave-5-3-5-3-5(diag type 1 =3-3-3-3-3)
ianya juga tidaklah disertai dgn violent trend change seperti mana diag type2),kerana berlaku pada permulaan wave kecuali jika berlaku pada wave 5/C--yg mana jrg berlaku type ini)
Wave 4 overlap wave 1,3 is not the shortest,wave 1 is the longest dan wave 5 the shortest.
Jangan kelirukan dengan corrective wave-diagonal adalah a sort of impulse wave tetapi mempunyai sedikit sifat berbeza seperti subwave nya dan overlapping of wave 4-1).


Saya cuba melihat pada tf 4H subdivision wave pada GJ sekarang-oleh kerana tf 4H hanya beberapa bar dan kelihatan seperti 3-3-3-3-3 saya zoomkan ke tf30/15 min-Mungkin anda akan lihat 5-3-5-3-5.Dan pada subwave 1/3/5 anda boleh lihat semuanya 'diagonal yg lebih kecil lg'-interesting..
Pada masa ini Saya masih mempunyai sebab untuk kemungkinan up-kecuali 209.40 ditembusi.

Ada yang membuat symmetrical triangle, saya juga telah melukis sebagai asc triangle sebelumnya, dan dua2 tl ditembusi ...ini mengikut chart pattern.,hari ini saya menggunakan EW pattern.
Good Luck-DAT 7447.
Entry adalah mengikut sistem anda/ini hanyalah analisa...dan hampir semuanya berpendapat bearish-ya possibly right..saya hanyalah mempunyai idea yg pusing2 dan melihat kemungkinan keatas.

gj4h-22.gif
 
Last edited:
nak turun nih GJ nih..tggu aja la..

riban2 nih bro..ekekekek >:)
 
maafkan saya-lama tak post.,tiada masa untuk posting dan terputus hubungan,trade pun hanya putus2 di office-haha.
Berlaku pembetulan pada wave 4,yang lainnya tetap sama.(wave 4 sebelumnya adalah pada 209.40 tetapi telah berlaku movement yang lebih cantik bg lokasi wave 4 207.98.
Hari ini saya melihat kepada wave b? dimana...dan seterusnya kepengakhiran wave c/5/Z..,
Take care.

gjdaily-7.gif
 
gj nie tf4hr nak buat wave ke 2 ker..?..
rasanye mcm nk naik lagi nih..
huhuhuhuh
:-? :-? :-? :-?
 
mana hari ni punye update.... bro dat nie mane ek...????
:-? :-? :-? :-? :-?
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12575
USD / JPY
157.828
GBP / USD
1.32425
USD / CHF
0.82890
USD / CAD
1.42505
EUR / JPY
177.683
AUD / USD
0.69562
Back
Top
Log in Register