BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Analisis Pemenang & Kekalahan Calon PRU15

Berpuas hati dengan keputusan PRU15 kali ini?

  • Ya

  • Tidak

  • Tidak Pasti


Results are only viewable after voting.
Banduan Tak Boleh Keluar Kenyataan Berkaitan Kempen PRU15

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Mereka yang sedang menjalani hukuman di penjara tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Supri Hashim. Beliau berkata larangan itu turut termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Setakat ini apa-apa kenyataan yang mahu dikeluarkan oleh banduan dalam penjara sememangnya tidak dibenarkan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara yang disempurnakan Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri Datuk Kalsom Nordin, di Melaka hari ini.

“Jabatan Penjara tiada kena mengena dengan politik dan kami hanya laksanakan tanggungjawab waima apa pun kerajaan yang memerintah,” kata Supri, serta menambah bahawa sebarang surat yang mahu dihantar kepada keluarga, dokumen atau apa jua urusan, akan ditapis terlebih dahulu oleh pihak Jabatan Penjara.​

1666256871344.png
 
Orang Asli Cadang Ambil Tindakan Undang-Undang

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Sekumpulan aktivis Orang Asli bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) selepas pejabatnya di Gua Musang mengeluarkan arahan melarang masyarakat di situ menerima pelawat tanpa kebenaran. Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Nasir Dollah (gambar judul, atas) turut menyoal jika arahan itu mempunyai motif politik kerana ia dikeluarkan ketika menjelang PRU15. Nasir berkata larangan itu boleh memudaratkan kebajikan masyarakat kerana ia menghalang mana-mana pihak luar termasuk NGO daripada memasuki perkampungan Orang Asli di Gua Musang tanpa kebenaran Jakoa, Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

"Saya secara peribadi memang tidak berapa bersetuju dengan tindakan Jakoa melarang orang luar masuk kerana yang pertamanya, hari ini adalah kita akan menghadapi PRU dan sudah tentu saya fikir pihak lawan akan memberi satu tanggapan yang negatif tentang perkara ini. Mungkin pihak lawan akan berkata ini satu sekatan atas parti-parti lawan untuk masuk kampung Orang Asli dan ini beri gambaran tidak baik kepada demokrasi negara," katanya kepada Malaysiakini.

Nasir berkata arahan itu dilihat tidak wajar dan diharapkan kerajaan mempertimbangkannya semula apatah lagi saat berhadapan musim tengkujuh.

"Saya bimbang bila berlaku bencana seperti banjir. Selalunya manusia yang pertama membantu Orang Asli di pendalaman adalah NGO dan disusuli agensi-agensi kerajaan. Jadi kalau sekatan ini diberi tumpuan lebih pada NGO dan orang perseorangan, ini saya lihat tidak sepatutnya berlaku. Kerana kalau berlaku banjir, sudah tentu NGO dan individu-individu yang beri bantuan tidak dapat masuk jadi Orang Asli tak dapat dibantu," katanya lagi.

Semalam, tular satu salinan surat Pejabat Jakoa Gua Musang yang mengandungi arahan kepada semua ketua kampung Orang Asli di daerah ini supaya melarang orang luar dari memasuki kawasan mereka tanpa kebenaran ketiga-tiga agensi berkenaan. Arahan bertarikh semalam (19 Okt) menyatakan keputusan itu dibuat semasa mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana daerah Gua Musang pada 12 Okt lalu. Malaysiakini telah menghubungi ibu pejabat Jakoa untuk mendapatkan ulasan mengenai perkara itu.

1666257031600.png


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/640415
 
Orang Asli Cadang Ambil Tindakan Undang-Undang (Bersambung ..)

Kesahihan Arahan


Katanya lagi, Nasir turut menyoal keabsahan arahan itu dan memetik Perlembagaan Persekutuan yang memberi jaminan kepada setiap warganegara Malaysia untuk bebas berpesatuan dan bergerak.

"Kita mempertimbangkan untuk ambil tindakan undang-undang disebabkan tiada perbincangan dengan semua pihak," jelasnya.

Sementara itu, peguam Rajesh Nagarajan yang aktif mewakili masyarakat Orang Asli dalam memperjuangkan hak mereka ke atas tanah adat berkata Jakoa tidak mempunyai sebarang urusan untuk menghalang Orang Asli menerima pelawat. Dia berkata arahan supaya pengunjung mendapatkan kebenaran daripada tiga agensi berasingan juga adalah tidak sah.

"Ini adalah perintah yang jelas menyalahi undang-undang. Jakoa adalah sebuah badan yang sepatutnya menjaga kebajikan Orang Asli dan tiada urusan menyekat hak mereka untuk menerima pelawat. Keperluan yang didakwa oleh Jakoa untuk mendapatkan kebenaran daripada tiga badan berkanun berasingan bukan sahaja membebankan tetapi juga jelas menyalahi undang-undang kerana Orang Asli adalah rakyat Malaysia dan berhak menerima pelawat yang difikirkan sesuai oleh mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Rajesh juga memetik Perlembagaan Persekutuan, mengatakan bahawa arahan yang dikeluarkan oleh jabatan itu berpotensi melanggar perlembagaan.

"Menjadi pendapat undang-undang kami bahawa Jakoa telah bertindak di luar kewajipan berkanunnya dengan bertindak bertentangan dengan kepentingan Orang Asli. Jakoa mesti bertindak demi kepentingan Orang Asli dan mesti memastikan Orang Asli dirujuk, dan persetujuan mereka diperoleh sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

1666257136562.png
 
Pengundi Muda 10.6 Juta Bakal Penentu Kerajaan Menjelang PRU15

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Seramai 10.6 juta pengundi berusia 18 hingga 39 tahun di seluruh negara akan turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).Menurut statistik yang dikeluarkan SPR, 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18-20 tahun manakala 4,614,429 pengundi berusia antara 21-29 tahun. Jumlah umur pengundi tertinggi antara 30-39 tahun melibatkan seramai 4,681,348 orang.

Negeri dengan jumlah pengundi tertinggi pula ialah di Selangor iaitu sebanyak 3,688,848 pengundi diikuti Johor (2,593,562) dan Perak (2,005,362). Bilangan pengundi muda berkenaan adalah 50.4 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi pada PRU kali ini iaitu 21,173,638 orang. Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menetapkan tarikh 19 November sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Abdul Ghani berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala hari mengundi awal pula pada 15 November. Katanya, tarikh itu juga melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya di Sabah.​

1666251928651.png
aku perati kan..kalau Gov ke agensi gov ke...kalau meeting mesti ada makanan atas meja...memang adat turun kemurun ke?
mati ke kalau tak makan masa meeting? nak meeting ke nak makan?
 
Henfon dengan kamera sudah wujud lebih 20 tahun lalu.

Masa PH menang PRU14, henfon juga wujud.

Sudah dilaksanakan 12 Pilihan Raya Kecil dan 4 Pilihan Raya Negeri sejak PRU14.

Tiba-tiba Tun M kata henfon boleh menidakkan rahsia pengundi serta membawa kepada rasuah dan penipuan dalam PRU15.

Tiba-tiba dia mahu henfon dilarangkan pada hari mengundi PRU15.

Kenapa masa Tun M jadi PM7, dia tak pernah larangkan?

 
aku perati kan..kalau Gov ke agensi gov ke...kalau meeting mesti ada makanan atas meja...memang adat turun kemurun ke?
mati ke kalau tak makan masa meeting? nak meeting ke nak makan?
Jabatan mn tu makanan atas meja tu...bg spesific sikit....aku meeting xdk plk makanan atas meja...hbs meeting br pi mkn
 
aku perati kan..kalau Gov ke agensi gov ke...kalau meeting mesti ada makanan atas meja...memang adat turun kemurun ke?
mati ke kalau tak makan masa meeting? nak meeting ke nak makan?

Habis meeting baru letak
 
aku perati kan..kalau Gov ke agensi gov ke...kalau meeting mesti ada makanan atas meja...memang adat turun kemurun ke?
mati ke kalau tak makan masa meeting? nak meeting ke nak makan?
Bukan adat tapi mmg ada diperuntukkan. Skala yg dibenarkan ialah 2 biji kuih dan 1 cawan kopi/teh. Kalau lebih drpd tu tak tau lah diorang ejas camne :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register