BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Analisis Pemenang & Kekalahan Calon PRU15

Berpuas hati dengan keputusan PRU15 kali ini?

  • Ya

  • Tidak

  • Tidak Pasti


Results are only viewable after voting.
Orang Asli Cadang Ambil Tindakan Undang-Undang

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Sekumpulan aktivis Orang Asli bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) selepas pejabatnya di Gua Musang mengeluarkan arahan melarang masyarakat di situ menerima pelawat tanpa kebenaran. Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Nasir Dollah (gambar judul, atas) turut menyoal jika arahan itu mempunyai motif politik kerana ia dikeluarkan ketika menjelang PRU15. Nasir berkata larangan itu boleh memudaratkan kebajikan masyarakat kerana ia menghalang mana-mana pihak luar termasuk NGO daripada memasuki perkampungan Orang Asli di Gua Musang tanpa kebenaran Jakoa, Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

"Saya secara peribadi memang tidak berapa bersetuju dengan tindakan Jakoa melarang orang luar masuk kerana yang pertamanya, hari ini adalah kita akan menghadapi PRU dan sudah tentu saya fikir pihak lawan akan memberi satu tanggapan yang negatif tentang perkara ini. Mungkin pihak lawan akan berkata ini satu sekatan atas parti-parti lawan untuk masuk kampung Orang Asli dan ini beri gambaran tidak baik kepada demokrasi negara," katanya kepada Malaysiakini.

Nasir berkata arahan itu dilihat tidak wajar dan diharapkan kerajaan mempertimbangkannya semula apatah lagi saat berhadapan musim tengkujuh.

"Saya bimbang bila berlaku bencana seperti banjir. Selalunya manusia yang pertama membantu Orang Asli di pendalaman adalah NGO dan disusuli agensi-agensi kerajaan. Jadi kalau sekatan ini diberi tumpuan lebih pada NGO dan orang perseorangan, ini saya lihat tidak sepatutnya berlaku. Kerana kalau berlaku banjir, sudah tentu NGO dan individu-individu yang beri bantuan tidak dapat masuk jadi Orang Asli tak dapat dibantu," katanya lagi.

Semalam, tular satu salinan surat Pejabat Jakoa Gua Musang yang mengandungi arahan kepada semua ketua kampung Orang Asli di daerah ini supaya melarang orang luar dari memasuki kawasan mereka tanpa kebenaran ketiga-tiga agensi berkenaan. Arahan bertarikh semalam (19 Okt) menyatakan keputusan itu dibuat semasa mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana daerah Gua Musang pada 12 Okt lalu. Malaysiakini telah menghubungi ibu pejabat Jakoa untuk mendapatkan ulasan mengenai perkara itu.

1666257031600.png


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/640415

aku ingatkan felda, undi pos je penyelamat umno.. org asli pon di perguna.. hebakkkk umno
 

KJ bertembung setiausaha akhbar MB di Kuala Pilah?​

SYAMILAH ZULKIFLI
20 OCT 2022

1951946.jpg


Norazman, Khairy


SEREMBAN – Kerusi Parlimen Kuala Pilah kemungkinan bakal menyaksikan pertembungan antara Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Setiausaha akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Norazman Mohamad yang bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebelum ini Khairy disebut bertanding di Parlimen Port Dickson, namun sejak akhir-akhir ini namanya disebut pula bertanding di Kuala Pilah memandangkan kerusi itu dilihat lebih selamat buat penyandang kerusi Parlimen Rembau itu.

Ia berikutan Parlimen Kuala Pilah antara kubu kuat UMNO yang mana empat daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Juasseh, Seri Menanti, Senaling dan Johol merupakan milik UMNO manakala Pilah milik PH di bawah calon PKR.

Menurut sumber UMNO, Khairy perlu bertanding di kerusi selamat bagi memastikannya menang kerana beliau merupakan aset parti dan mempunyai masa depan cerah dalam politik.

“Jadi kerusi Port Dickson tidak sesuai buat Khairy dan ada juga cadangan untuk letakkan beliau di Kuala Pilah, tengoklah nanti keputusan parti macam mana,” katanya.

Nama Norazman pula disebut sebagai calon PH memandangkan Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan itu anak kelahiran Johol.

Meskipun Norazman masih baharu dalam PKR, namun penglibatannya dalam politik sudah lama dan pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam Pas sebelum ini.

“Kita tahu Kuala Pilah merupakan antara kubu kuat UMNO dan memberi cabaran besar buat PH.

“Tapi dengan pengalaman Norazman selain menjawat jawatan penting dalam PKR Negeri Sembilan dan pada masa sama berasal dari Kuala Pilah, ia menjadi faktor kenapa dia dipilih,” kata sumber PKR.

Untuk rekod, Parlimen Kuala Pilah kini disandang oleh Datuk Eddin Syazlee Shith dari Bersatu.

Sumber rapat den ckp MB tanding parlimen kuala pilah. Surat sokongan pun da keluar
 

Darurat boleh diisytihar jika banjir besar hari mengundi​


taki-1-696x392.jpg


KOTA BHARU: Sekiranya berlaku bencana banjir besar ketika hari mengundi kerajaan ada pilihan untuk membuat pengisytiharan darurat bagi mengelakkan pilihan raya daripada diteruskan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan darurat boleh dilakukan kerajaan apabila berlaku banjir besar pada hari pengundian.

“Hanya satu perkara yang boleh menghalang pilihan raya daripada diadakan iaitu melalui pengisytiharan darurat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kelantan Go Digital di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu penamaan calon 5 November dan pengundian awal 15 November manakala hari mengundi 19 November 2022.

Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) berkata, PAS akur dengan keputusan tarikh pengundian seperti diumumkan SPR.

Menurutnya PAS sebagai sebuah parti politik menerima keputusan apa yang ditetapkan SPR.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi dan nama calon yang akan bertanding, kata beliau setakat ini masih dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan.

Katanya pada dasarnya, PAS telah mengemukakan senarai nama ke peringkat pusat dan sekarang pada fasa menentukan siapa calon yang akan bertanding.

“Kita ada calon muka baharu dan lama akan ditampilkan, kita juga ada terima tawaran untuk bertanding di kerusi lain, namun sekiranya tidak sesuai kita tidak akan terima,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/10/2022
 

Zahid Hamidi tidak bertanding PRU15?​

21 Oktober 2022 09:03amMasa membaca: 2 minit

1952244.jpg

Ahmad Zahid



SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Sinar Harian difahamkan tempat beliau akan diganti oleh sama ada anaknya, Nurulhidayah atau pun orang kanan beliau sendiri.

Pemimpin berusia 69 tahun itu membuat keputusan besar tersebut sebagai satu pengorbanan agar nama dan isu yang menyelubungi dirinya tidak dijadikan modal kempen lawan dalam PRU15 yang telah pun ditetapkan pada 19 November ini oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Langkah itu sekali gus menjawab teka-teki berhubung sokongan penuh UMNO-UMNO Bahagian kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) ditakdirkan menang.

Pada 23 September lalu, Ahmad Zahid dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen atas 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung projek VLN pada Jun 2019.

Bagaimanapun, beliau masih berdepan dengan 47 pertuduhan lagi dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan kes dakwaan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi.


Ahmad Zahid dilahirkan pada 4 Januari 1953 dan beliau merupakan anak sulung daripada sembilan beradik.

Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri mulai 29 Julai 2015 sehingga 2018 di dalam kerajaan BN selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri dari 2013 sehingga 2018 dan sebelum itu berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013.

Di awal kerjaya politiknya, Zahid merupakan Setiausaha Politik kepada Najib, Senator Dewan Negara dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum menjadi ketua sayap Pemuda UMNO.

Selepas BN mengalami kekalahan buat pertama kali dalam PRU14 dan tidak lagi menjadi kerajaan Persekutuan, Ahmad Zahid mengambilalih kepimpinan dalam UMNO dan BN iaitu selepas Najib melepaskan kedua-dua jawatan tersebut.

Namun pada 18 Disember 2018, beliau membuat keputusan untuk bercuti daripada jawatan tersebut dan hanya kembali semula menerajui UMNO enam bulan selepas itu.

Dibawah kepimpinan beliau, BN telah berjaya memenangi beberapa pilihan raya kecil yang diadakan dan yang terbaharu ialah pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor yang menyaksikan kemenangan besar BN.

PRU15: Laporan Ahmad Zahid tidak bertanding adalah tidak benar​

Afiezy Azaman
Oktober 21, 2022 11:21 MYT

PRU15: Laporan Ahmad Zahid tidak bertanding adalah tidak benar


Menurut sumber yang rapat dengan Presiden UMNO itu, laporan oleh sebuah akhbar tempatan itu adalah fitnah dan tidak sahih. - Foto fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Dakwaan mengenai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini adalah tidak benar.

Menurut sumber yang rapat dengan Presiden UMNO itu, laporan oleh sebuah akhbar tempatan itu adalah fitnah dan tidak sahih.

"Saya menerima beberapa panggilan berhubung dakwaan Ahmad Zahid akan diganti oleh sama ada anaknya, Nurul Hidayah atau pun orang kanan beliau sendiri, namun perkara berkenaan tidak benar," katanya kepada Astro AWANI, pada Jumaat.

Ditanya sekiranya Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) tetap akan bertanding untuk PRU15, sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkannya.

"Saya tidak boleh beritahu sama ada Ahmad Zahid akan bertanding atau tidak, tetapi laporan berita oleh akhbar tempatan itu adalah tidak benar," ujarnya.

Pada Jumaat, sebuah akhbar tempatan melaporkan Ahmad Zahid tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandangnya sejak empat penggal lalu dalam PRU15.

BACA: Zahid Hamidi tidak bertanding PRU15?

Akhbar itu menyatakan tempat beliau akan diganti oleh sama ada anaknya, Nurul Hidayah atau pun orang kanan beliau sendiri.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Mohd Sumali Reduan ketika dihubungi turut menafikan laporan itu dan menganggap ia hanya sekadar propaganda pihak tertentu untuk menjatuhkan kredibiliti Ahmad Zahid.

“Tiada, tiada, tiada. Itu hanya propaganda. Tiada sebarang kenyataan rasmi dari Presiden,” katanya lagi.

Seorang sumber yang rapat dengan kepimpinan UMNO memberitahu Astro AWANI, bahawa laporan itu sekadar agenda ‘nakal’ untuk memeriahkan suasana PRU15.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan itu adalah agenda Pembangkang kerana mereka sedia maklum bahawa Ahmad Zahid mempunyai strategi yang cukup ‘ampuh’ untuk memenangkan BN kali ini.

“Mereka telah berjaya memenjarakan Najib dan dgn cubaan mengatakan Zahid tidak bertanding adalah untuk melemahkan semangat serta strategi UMNO.
“PRU15 kali ini tanpa Najib dan Ahmad Zahid harus menjadi kepala perang untuk memastikan BN menang di PRU15,” katanya lagi.

Sumber itu berkata, Ahmad Zahid perlu bertanding bukan semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi bagi memastikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus kekal memegang jawatan itu, sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan kelak.

Sementara itu, Pengarah Media Pejabat Presiden UMNO Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican menganggap laporan itu sebagai fitnah dan sebarang kenyataan Presiden parti mesti melalui media rasmi UMNO atau BNCOMMS.

Astro Awani
 
Back
Top
Log in Register