BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Analisis Pemenang & Kekalahan Calon PRU15

Berpuas hati dengan keputusan PRU15 kali ini?

  • Ya

  • Tidak

  • Tidak Pasti


Results are only viewable after voting.
Pengundi Muda 10.6 Juta Bakal Penentu Kerajaan Menjelang PRU15

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Seramai 10.6 juta pengundi berusia 18 hingga 39 tahun di seluruh negara akan turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).Menurut statistik yang dikeluarkan SPR, 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18-20 tahun manakala 4,614,429 pengundi berusia antara 21-29 tahun. Jumlah umur pengundi tertinggi antara 30-39 tahun melibatkan seramai 4,681,348 orang.

Negeri dengan jumlah pengundi tertinggi pula ialah di Selangor iaitu sebanyak 3,688,848 pengundi diikuti Johor (2,593,562) dan Perak (2,005,362). Bilangan pengundi muda berkenaan adalah 50.4 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi pada PRU kali ini iaitu 21,173,638 orang. Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menetapkan tarikh 19 November sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Abdul Ghani berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala hari mengundi awal pula pada 15 November. Katanya, tarikh itu juga melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya di Sabah.​

1666251928651.png
 
'Jangan Sebut Nama Azmin, Geli Aku Dengar' - Amirudin

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari sekali lagi menempelak bekas mentornya, Azmin Ali yang baru-baru ini menyerang pentadbirannya di Selangor. Berucap pada ceramah Pakatan Harapan (PH) di Pahang malam semalam, Amiruddin menyifatkan Azmin yang melompat parti daripada PKR sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PH pada 2020 ‘sebagai tidak sedarkan diri'.

 
'Jangan Sebut Nama Azmin, Geli Aku Dengar' - Amirudin

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari sekali lagi menempelak bekas mentornya, Azmin Ali yang baru-baru ini menyerang pentadbirannya di Selangor. Berucap pada ceramah Pakatan Harapan (PH) di Pahang malam semalam, Amiruddin menyifatkan Azmin yang melompat parti daripada PKR sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PH pada 2020 ‘sebagai tidak sedarkan diri'.


Nama abang Anwar dia tak geli pulak
 
Calon Bebas Batu, Siti Kasim Akan Sokong PH Jika Parlimen Tergantung

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Sudah tentu, saya akan bersama Pakatan Harapan dan menyokong kerajaan mereka, kata calon Bebas kerusi Parlimen Batu, Siti Kasim tentang siapa yang akan disokongnya jika terpilih dan Dewan Rakyat tergantung pada pilihan raya umum akan datang. Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temu bual eksklusif, peguam itu berkata dia lebih berkemungkinan akan menyokong PH sekiranya calon bebas seperti dirinya dan kumpulan calon Bebas Gerak menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Katakanlah, jika calon Bebas menang, dan jika tiada pihak atau parti yang mahu menubuhkan kerjaan, jadi calon Bebas mempunyai pilihan. Kamu fikir saya akan bersama siapa? Adakah kamu fikir saya akan bersama BN atau Perikatan Nasional (PN)? Sudah tentu saya akan bersama PH dan menyokong mereka untuk menubuhkan kerajaan,” kata Siti.

5e5d21940c651b103ecc65587af213e9.jpg


Peguam hak asasi manusia itu menambah bahawa ini di sebalik dia tidak sehaluan dengan gabungan itu dalam isu-isu tertentu.

“Walaupun ada perkara tertentu tentang mereka saya tidak bersetuju tetapi sebenarnya ada lebih banyak tentang mereka yang saya bersetuju. Jadi jelas saya akan sokong mereka itu, tetapi itu tidak bermakna saya akan mengikut semua yang mereka katakan. Parti politik ada ketua,” kata Siti, memetik rayuanPpengerusi PH Anwar Ibrahim terhadap undian blok semasa perbahasan Bajet 2021.

Rancangan Siti untuk bertanding sebagai calon bebas di kerusi parlimen Batu pada pilihan raya umum - yang kini ditetapkan pada 19 Nov - didedahkan awal tahun ini.


Tiada Rancangan Sertai Parti Politik

Aktivis itu memberitahu Malaysiakini bahawa dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menyertai parti mana-mana politik, dan bahawa dia akan bertanding sebagai calon bebas kerana keinginannya untuk bercakap secara bebas mengenai "isu rakyat seharian".

Katanya, jika parti politik di negara ini boleh dipercayai, dia tidak akan bertanding sebagai calon bebas di Batu.

“Jika parti politik kita boleh dipercayai, saya tidak akan tanding sebagai calon Bebas. Mengapa mahu menyusahkan diri sendiri untuk semua ini? Saya perlu memohon dan merayu untuk dapatkan dana. Kamu fikir ini mudah? Ini tidak mudah.

66acdba7f86755ee5b9f8259b8d0e110.jpg


“Ia tidak banyak tetapi cukup untuk saya menjalankan kerja-kerja kempen saya. Saya tidak akan kaya seperti parti politik yang mempunyai jutaan ringgit. Saya tidak dapat berjuta-juta tetapi dengan penganjuran yang betul, kamu boleh jalankan kempen dengan RM50,000. Sudah tentu, saya akan gunakan apa sahaja yang ada, buat apa yang mampu," katanya.

Mengenai pembiayaan, dia menjelaskan bahawa pembiayaan kempennya dibiayai oleh rakyat.

“Orang akan kata saya dapat wang daripada Illuminati, Yahudi, Israel, dan macam-macam. Kamu boleh lihat wang yang masuk kerana saya ada akaun khusus untuknya dan pusat perkhidmatan. Kita perlu mengaudit itu juga supaya apabila selesai, saya akan terbitkannya," jelasnya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/640375
Teman mmg tak suka die ni
 

PRU15: Agong ingatkan jangan fitnah, provokasi semasa kempen​

Astro Awani
Oktober 20, 2022 15:39 MYT

PRU15: Agong ingatkan jangan fitnah, provokasi semasa kempen


Seri Paduka Baginda mengingatkan, nilai-nilai murni dan adab perlu dijaga oleh calon dan penyokong mereka dalam kehangatan berkempen. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru calon-calon dan penyokong parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengamalkan pendekatan berhemah sepanjang tempoh berkempen.

Dalam satu kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan, Seri Paduka Baginda menasihatkan semua calon bertanding secara sihat dengan mengelakkan kempen menyerang dan akur dengan garis panduan, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Al-Sultan Abdullah mengingatkan nilai-nilai murni dan adab perlu dijaga oleh calon dan penyokong mereka dalam kehangatan berkempen.

"Jauhkanlah sifat fitnah, provokasi, caci-mencaci dan cela-mencela dengan memburuk dan memperlekehkan sesiapa sahaja semasa berkempen.

"Seri Paduka Baginda menzahirkan bahawa sifat-sifat tersebut adalah tidak bertepatan dengan nilai-nilai murni.

"Sifat-sifat tersebut juga bukan sahaja tersasar daripada landasan kemanusiaan yang sebenar, malah boleh mencetuskan kekacauan serta keadaan huru-hara," katanya.

Ahmad Fadil menjelaskan, pada hemat Seri Paduka Baginda, kerjasama dari semua pihak amat penting di samping menghormati dan menjunjung tinggi institusi kehakiman negara serta sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan menjadikan kerjasama politik antara parti lebih harmoni.

Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat bersama mendoakan semoga perjalanan PRU15 kelak lancar dan selamat dan semoga rakyat dan negara sentiasa diberkati, dirahmati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

Ahmad Fadil juga memaklumkan, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani bin Ghazali, di Istana Negara pada Rabu.

"Dalam sesi menghadap itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima sembah taklimat berkenaan persiapan pihak Polis Diraja Malaysia dan agensi yang berkait bagi tempoh perjalanan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan banjir, yang melibatkan seramai 99,133 pegawai dan anggota," katanya lagi.

PRU15 akan diadakan pada 19 November nanti selepas 14 hari berkempen bermula selepas penamaan calon pada 5 November.

Astro Awani
 
Cabaran Sasar 80% Keluar Mengundi - IDE

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Menjadi cabaran parti politik dan rakyat Malaysia termasuk masyarakat sivil untuk membina momentum agar peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15(PRU15) dapat dilonjakkan melebihi 80 peratus. Begitu kata Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin Mohd Munir pada satu kenyataan hari ini.

"Kebiasaan juga mengundi hari Sabtu dijadikan hari mengundi bagi kebanyakan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Justeru, cabaran parti-parti politik kini dan rakyat Malaysia termasuk masyarakat sivil ialah bagaimana membina momentum agar peratusan turun mengundi boleh dilonjakkan melebihi 80 peratus turun mengundi. Adakah faktor hari mengundi pada hari Sabtu boleh melonjak sikap rakyat untuk berpartisipasi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dalam proses pilihan raya," soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, SPR menetapkan tarikh pengundian PRU15 ditetapkan pada 19 Nov. Hari penamaan calon pula pada 5 Nov, dengan tempoh berkempen 14 hari. Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR Ghani Salleh pada sidang media di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi. PRU15 diadakan selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membubarkan parlimen pada 10 Okt. Untuk rekod hari Sabtu telah dipilih sebanyak lima kali sejak 1959. Dalam pada itu, Khairul Arifin berkata banyak faktor akan melatari peratusan turun mengundi melibatkan sikap pengundi, kaedah kempen, mobilisasi kesedaran rakyat dan paling penting soal cuaca khususnya musim tengkujuh pada bulan Nov hingga Dis.

"Selain itu, prinsip ‘kemudahan untuk mengundi’ harus juga dijadikan asas dalam membantu proses keluar mengundi. Bagi sekolah-sekolah yang terlalu sesak dengan jalan masuk yang kurang sesuai harus diperluaskan ke beberapa pusat mengundi tambahan. Ini akan mengelakkan kesesakan lalu lintas dan mengelakkan pengundi beratur panjang," katanya lagi.

Katanya lagi, pusat-pusat mengundi perlu diperbanyakkan bagi memudahkan rakyat turun mengundi berdekatan dengan tempat kediaman.​

1666256749628.png
 
Back
Top
Log in Register