BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Analisis Pemenang & Kekalahan Calon PRU15

Berpuas hati dengan keputusan PRU15 kali ini?

  • Ya

  • Tidak

  • Tidak Pasti


Results are only viewable after voting.
Tempoh Kempen 14 Hari Mencukupi - PM

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tempoh 14 hari berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah mencukupi. Naib Presiden Umno itu berkata adalah menjadi tanggungjawab setiap parti politik untuk membuat perancangan bagi memastikan tempoh yang diberikan SPR itu mencukupi untuk mereka berkempen bagi menghadapi pilihan raya.

“14 hari cukup. Dulu pun 14 hari, ada masa kurang dari 14 hari jadi parti-parti politik kena buat perancangan masing-masing untuk pastikan cukup masa 14 hari tersebut. Kalau terlampau lama orang mengadu juga terlalu lama, penat kerja dan macam-macam. Jadi SPR dah tentukan, jadi kita akur dengan SPR dan bekerja berdasarkan jumlah hari yang disediakan untuk berkempen,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor di Puncak Alam di Kuala Selangor, hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani hari ini mengumumkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov. Berikutan itu, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 5 Nov sehingga pukul 11.59 malam, 18 Nov.​

1666245981023.png
 
MP Batu Kawan DAP Undur Diri, Nafi Di Gugur

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Kasthuri Patto tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Batu Kawan di Pulau Pinang, yang disandangnya sejak 2013. Anak perempuan mendiang pemimpin kanan DAP, P Patto itu berkata dia mahu memberi ruang kepada pemimpin baharu dan menafikan bahawa dirinya digugurkan sebagai calon

Menyifatkannya, sebagai keputusan paling sukar dalam hidupnya, Kasthuri berkata: "Saya ingin mengumumkan bahawa saya berundur dengan rela dan tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang untuk memberi laluan kepada pemimpin baru dalam DAP dan demi untuk Malaysia.

“Saya akan sentiasa terhutang budi kepada parti kerana menyediakan platform untuk saya berkhidmat kepada rakyat dan negara selama dua penggal sebagai ahli Parlimen Batu Kawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kasthuri, dia mahu menumpukan masanya untuk memperjuangkan isu hak asasi manusia.

“Khususnya mengenai pemansuhan hukuman mati, menjenayahkan perkahwinan kanak-kanak, keterangkuman jantina, kebebasan sivil dan keadilan sosial untuk semua pada platform berbeza dengan Malaysia dekat di hati saya dan prinsip DAP sebagai kompas moral saya. Memetik kata-kata bijaksana (veteran DAP) Lim Kit Siang, parti sedang melonjakkan saya ke dunia dan saya menghargai sokongan parti untuk meneruskannya," tambahnya.

Kasthuri turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan pengundinya di Batu Kawan kerana memberi peluang kepadanya mewakili mereka di Dewan Rakyat selama dua penggal.​

1666246104744.png
 
Calon Bebas Batu, Siti Kasim Akan Sokong PH Jika Parlimen Tergantung

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Sudah tentu, saya akan bersama Pakatan Harapan dan menyokong kerajaan mereka, kata calon Bebas kerusi Parlimen Batu, Siti Kasim tentang siapa yang akan disokongnya jika terpilih dan Dewan Rakyat tergantung pada pilihan raya umum akan datang. Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temu bual eksklusif, peguam itu berkata dia lebih berkemungkinan akan menyokong PH sekiranya calon bebas seperti dirinya dan kumpulan calon Bebas Gerak menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Katakanlah, jika calon Bebas menang, dan jika tiada pihak atau parti yang mahu menubuhkan kerjaan, jadi calon Bebas mempunyai pilihan. Kamu fikir saya akan bersama siapa? Adakah kamu fikir saya akan bersama BN atau Perikatan Nasional (PN)? Sudah tentu saya akan bersama PH dan menyokong mereka untuk menubuhkan kerajaan,” kata Siti.

5e5d21940c651b103ecc65587af213e9.jpg


Peguam hak asasi manusia itu menambah bahawa ini di sebalik dia tidak sehaluan dengan gabungan itu dalam isu-isu tertentu.

“Walaupun ada perkara tertentu tentang mereka saya tidak bersetuju tetapi sebenarnya ada lebih banyak tentang mereka yang saya bersetuju. Jadi jelas saya akan sokong mereka itu, tetapi itu tidak bermakna saya akan mengikut semua yang mereka katakan. Parti politik ada ketua,” kata Siti, memetik rayuanPpengerusi PH Anwar Ibrahim terhadap undian blok semasa perbahasan Bajet 2021.

Rancangan Siti untuk bertanding sebagai calon bebas di kerusi parlimen Batu pada pilihan raya umum - yang kini ditetapkan pada 19 Nov - didedahkan awal tahun ini.


Tiada Rancangan Sertai Parti Politik

Aktivis itu memberitahu Malaysiakini bahawa dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menyertai parti mana-mana politik, dan bahawa dia akan bertanding sebagai calon bebas kerana keinginannya untuk bercakap secara bebas mengenai "isu rakyat seharian".

Katanya, jika parti politik di negara ini boleh dipercayai, dia tidak akan bertanding sebagai calon bebas di Batu.

“Jika parti politik kita boleh dipercayai, saya tidak akan tanding sebagai calon Bebas. Mengapa mahu menyusahkan diri sendiri untuk semua ini? Saya perlu memohon dan merayu untuk dapatkan dana. Kamu fikir ini mudah? Ini tidak mudah.

66acdba7f86755ee5b9f8259b8d0e110.jpg


“Ia tidak banyak tetapi cukup untuk saya menjalankan kerja-kerja kempen saya. Saya tidak akan kaya seperti parti politik yang mempunyai jutaan ringgit. Saya tidak dapat berjuta-juta tetapi dengan penganjuran yang betul, kamu boleh jalankan kempen dengan RM50,000. Sudah tentu, saya akan gunakan apa sahaja yang ada, buat apa yang mampu," katanya.

Mengenai pembiayaan, dia menjelaskan bahawa pembiayaan kempennya dibiayai oleh rakyat.

“Orang akan kata saya dapat wang daripada Illuminati, Yahudi, Israel, dan macam-macam. Kamu boleh lihat wang yang masuk kerana saya ada akaun khusus untuknya dan pusat perkhidmatan. Kita perlu mengaudit itu juga supaya apabila selesai, saya akan terbitkannya," jelasnya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/640375
 
Save Kelantan Ucap 'Takziah' Buat Husam

20.10.2022 - Kuala Lumpur, Bekas naib presiden Amanah, Husam Musa, dikhabarkan tidak dicalonkan untuk bertanding mana-mana kerusi parlimen di Kelantan setakat ini. Seorang aktivis Save Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, memberi gambaran berhubung perkara itu melalui hantaran di Facebook semalam.

"Takziah Dato Husam Musa, pengerusi Save Kelantan merangkap Ketua Amanah Kota Bharu tidak tercalon kerusi Parlimen pada PRU ke-15 nanti di Kelantan," katanya ringkas.

Husam merupakan bekas pemimpin kanan PAS yang pernah menjadi naib presiden parti itu sebelum berlaku krisis dalaman yang membawa dia menyertai Amanah. Melalui Amanah-Pakatan Harapan (PH), dia yang pernah mejadi exco kanan Kelantan diletakkan untuk bertanding di kawasan parlimen Kota Bharu pada 2018. Bagaimanapun dia tewas kepada calon PAS, Takiyuddin Hassan dengan majoriti 5,869 undi.

Sebagai rekod pada Sept 2020, dia meletakkan jawatan naib presiden Amanah dan kemudiannya aktif bergerak bersama Save Kelantan. Sementara itu Malaysiakini difahamkan Amanah akan mempertaruhkan Ketua Wanita Amanah Kelantan Dr Hafidzah Mustakim sebagai calon di Kota Bharu. Selain itu sumber memaklumkan Amanah bertanding di tujuh kerusi parlimen di Kelantan iaitu Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, Tumpat, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Kubang Kerian.​


 
kalu tengok ramalan water tide 19/11/2022 air rendah, cuaca elok kalu hujan tak lah banjir sangat...
 
Back
Top
Log in Register