BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanted Anak Ayam Kampung

Hari ke lapan.

Ayam sah semakin cergas dan kepak anak ayam telah mula kelihatan .Najis anak ayam juga semakin menebal. Takut pulak nanti akan mengakibatkan kematian coz dah macam nak becak besen tempat anak ayam tu bermaustatin .Hari cuti ni rasanya nak pindahkan kereban di belakang rumah . tapi masalahnya nak tarik lampu tu jauhnya dalam 100 meter.

Macam biasa rutin harian di teruskan . Anak ayam ni pun dah kuat makan .
2 kilo pagi dan 2 kilo petang. kosnya RM10.00 sehari. Air pulak setiap pagi dan setiap petang kena tambah.

Jumlah anak ayam uyang masih hidup adalah sehingga hari ke lapan adalah 104 ekor + 25 ekor - 2 = 127 ekor. Yang mati adalah dari anak ayam yang di beli. Yang ditetaskan masih teguh berdiri..
 
I like... Ayam gini buat mkn sendiri pun baguih...sihat, tanpa chemical. :)cgrock
 
Hari kesembilan (sabtu)

Pagi ni pergi beli seguni dedak gold coin 50 kg dari penternak yang berdekatan. Seperti biasa tugasan saya di pagi hari tukar kertas alas, air dan tambah dedak . sebanyak 15 ekor anak ayam yang di tetaskan menggunakan inkubator sampai lagi pagi ni dihantar oleh sahabat saya yang mempunyai alat penetas tersebut. kemudain saya memberinya semula 13 biji telur untuk di tetaskan.

Sempat juga saya memotong rumput dan membersihkan kandang ayam di belakang rumah utuk saya tempatkan anak anak ayam esok harinya.

Hari kesepuluh (ahad)

Pagi ni kesemua anak ayam di hantar ayam di belakang rumah . Jaraknya lebih kurang 100 meter. Walaupun tiada berlampu pada waktu malam, saya harapkan anak anak ayam tersebut akan dapat hidup. Dedak dan air minuman di berikan selepas 1 jam supaya anak ayam tidak terlalu stress kerana berada di penempatan baru. DAri jam 1 hingga 6 petang hujan tidak berhenti . di dapati ada kebocoran pada atap yang menempatkan anak anak ayam tersebut . Ada kelapangan nanti saya nak tampal.Jam 6.00 petang anak ayam di berikan lagi dedak dan air minuman .. Malam tu masih lagi hujan....
 
parent aku bela dulu..last2 abes kna kebas ng bdk2 kg..20 ekor kna time mlm..
 
Hari kesebelas

Pagi ni tengok anak ayam semua sihat walaupun lampu tidak di pasang. Dedak jenama gold coin di beri dalam 3 bekas dan air minuman tiga bekas.
 
dh besar nanti bole jual harga promosi kt sini tt......:D
 
Nih aku belanja gambar ayam kampung masa aku bela 2 tahun lepas . kalau ada nak join untuk tahun nih boleh pm aku.
 

Attachments

  • 226.5 KB Views: 50
  • 223.2 KB Views: 48
  • 212.1 KB Views: 47
  • 219.2 KB Views: 47
Market dkt mana tt ?
Ayam hidup / telur ?
Disebabkan mslh nak dpt ayam kg ori , sy pun terpaksa bela sikit2 jgk ni.
Beli ayam yg dh matang ..... dpt telur nanti tetaskan dkt org yg ada incubator.
Nak tny soalan sikit .... telur ayam kg tu brp lama blh simpan sblm msk inkubator.
Klu sehari sebiji jenuh plk nak menghantar ke incubator.
* lama lagi nak bertelur, persiapan awal.
 
Back
Top
Log in Register