BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanted Anak Ayam Kampung

Lama tak update...

Anak ayam yang 10 ekor telah di masukkan sekali bersama ibu dan bapak yam. Harap tidak terjadi kes penderaan seperti yang berlaku di dalam lif sebelum ni...

Masih mencari harga untuk anak ayam kampung..
 
Hari Pertama 23-8-2013


Semalam 23-8-2013 jam 10.00 malam sebanyak 104 ekor anak ayam telah dapat di perolehi. Dan selamat di masukkan ke dalam reban kecik. Pasang lampu mentol 2 biji setinggi 3 jengkal dari kepala anak ayam serta di pasang jaring halus untuk menghindarkan gigitan nyamuk . Sebanyak 6 bekas makanan dedak dan juga 2 bekas air minuman di campurkan ubat protin diletakkan . Alas suratkabar di letakkan di lantai reban supaya anak ayam dapat mencengkam. Seuanya selesai pada jam 12.30 malam.
Pastu releks dan tengok perangai anak ayam ni coz asyik bebunyi jer hampir 2 jam..

Pagi ni jam 5.30 pagi hujan lebat pulak dahhh. Dalam hujan tu sibuk lak aku memastikan kawasan keliling reban diselindung dari terkena tempias. Aku selimut dengan cadar katil lama. Aku turunkan juga lampu hingga sejengkal dari aras kepala anak ayam. Pastu tukar alas lantai . Guna suratkabar baru , tambah air , tambah dedak . Ayam dah tak berap bising .
 
Hari Kedua..

Pagi ni tengok ayam semua sihat.. alhamdulilah..

Tukar alas surat kabar tambah dedak dan air...

Cuaca pun baik jadi lampu mentol di padamkan di siang hari...
 
terbaik ni TT...ade gambar letak le leh jadi pnduan kawan2 dimasa depan "zero to hero" ..
 
Hari Ketiga (ahad)

Dari 33 biji telur yang dimasukkan ke inkubator sebanyak 25 biji telah berjaya di tetaskan. Di sediakan satu lagi besen dan masukkan pada jam 8.00m pagi kedalam reban sementara.

Seperti kebiasaan rutin pagi - untuk anak ayam yang sebanyak 100 ekor saya tukarkan alas surat kabar tambah dedak dan air.. . Di dapati berlaku 1 kematian . kemungkinan berlaku kesesakan . Juga seekor ayam dalam keadaan tidak cergas (paling kecil) di ambil serta di minumkan. Selepas itu baru ada sedikit kecergasan.
 
hari keempat.

Pagi ni sebelum pergi kerja macam biasa tukarkan alas surat kabar tambah dedak dan air. berlaku lagi 1 kematian . mungkin ayam yang semalam.
Hingga hari ni (hari keempat)sebanyak 4 kilo dedak ayam telah di gunakan Kebiasaannya saya beli 2 kilo setiap 2 hari.Harga 2 kilo dedak (brand gold coin) adalah RM2.50 . Air yang saya gunakan ialah air dari mesin yang boleh di beli di kedai dan di campukan dengan ubat merah (Protin kata kedai jual dedak. ) harga RM3.00 1 botol.
 
Back
Top
Log in Register