kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
Amylea Azizan bercerai, sudah tamat idah" PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Amylea Azizan mengesahkan rumah tangganya bersama Mohammad Aqbar Mohamad sudah berakhir selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan, Amylea, 38, memaklumkan sudah selesai melalui tempoh idah dan masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya.
“Assalamualakum, berat rasa hati untuk memaklumkan yang saya bukan lagi isteri kepada Mohammad Aqbar Mohamad. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.
“Saya sangat hormati dan sayangi ibu mentua serta seluruh keluarga bekas suami dan anak-anak tiri saya.
“Kami masih berhubungan baik. Saya sudah lama tamat idah dan dalam keadaan sejahtera,” katanya dalam hantaran Instagram.
Pada masa sama, pelantun lagu Tak Pernah Hilang itu berharap agar insan-insan tersayangnya tidak melalui kesedihan seperti yang dialaminya.
“Saya doakan kesedihan seperti saya tidak akan berulang kepada semua orang yang saya sayangi.
“Sesungguhnya saya ikhlas dalam perkahwinan kami dan sekarang reda dengan takdir Allah.
“Doakan saya. Berita ini tak sepenting hal yang berlaku di dunia tapi saya hanya nak mengelakkan fitnah,” ujarnya.
Bagaimanapun, Amylea tidak mendedahkan tarikh sebenar perceraian mereka.
Sebelum ini, Amylea mendirikan rumah tangga dengan Aqbar atau lebih dikenali sebagai Ash pada 27 November 2023. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alahai Amylea, dah biasa drama kan. Kadang2 rasa macam hidup ni spesis telemovie pun ada. Patut la IG tu sunyi je, rupanya ada cerita seram begini. Harap move on la lepas ni.
Amylea Azizan bercerai, sudah tamat idah
PETALING JAYA - Tiada angin tiada ribut, pelakon Amylea Azizan mengesahkan rumah tangganya bersama Mohammad Aqbar Mohamad sudah berakhir selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
www.kosmo.com.my