BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran dan Rakan-rakan - PART 189: ......?

Part 182

Ketiadaan Makcik Kiah tidak merunsingkan Amran. Dia teruskan sahaja rancangannya utk berbaring makan angin di beranda rumah. Otaknya kosong. Dia rasa malas semalas2nya. Dia tak berminat utk buat apa2. Biasanya dia tak putus akal dan rancangan untuk mengisi masa. Dalam kebuntuan, Amran terlena dibuai angin sepoi2 bahasa dan hanya terjaga apabila Pakcik Latif mengejutkannya.

PAKCIK LATIF: Ombung.. Tau tak omak kau ke mano?
AMRAN: Eh.. Lom balik ko deh lagi? Ado bunyi kek dapur tu. Tongah masak agak eh.
PAKCIK LATIF: Mano lak.. Udo yg masak tu.
AMRAN: Alamak.. Takleh jadi ni bah.
PAKCIK LATIF: Ala.. Pandai la deh balik kang tu. Ado la deh menyinggah mano2. Tongah membawang la tu.
AMRAN: Pasal omak tu tak kisah bona bah. Biar la deh nak membawang lamo2 pun. Tapi masalah eh Udo tu.
PAKCIK LATIF: Apolak masalah eh?
AMRAN: Dio masak tak sodap.

Tak lama kemudian baru muncul Makcik Kiah, masih dengan unifom menorehnya. Dengan laju dia memanjat anak2 tangga beranda sambil diperhatikan oleh Amran dan Pakcik Latif.

MAKCIK KIAH: Mintak maap la bang. Terleko lak berburak mo akak Fasha tadi.
PAKCIK LATIF: Oo.. Takpo la.
MAKCIK KIAH: Udo ko yg masak kek dapur tu?
PAKCIK LATIF: A ah..
MAKCIK KIAH: Alamak..

Makcik Kiah melajukan langkahnya menuju ke dapur. Ternyata dia berkongsi pendapat yg sama dgn Amran bila berhadapan situasi Nora memasak di dapur.


..... Bersambung.
 
Part 183

Semua org membisu seribu bahasa sambil menjamu selera. Hidangan ikan kembong goreng yg sebelah hangus, sebelah kurang masak serta sayur kobis goreng yg dipotong besar2, masih juga boleh lalu di celah tekak Amran dan ahli keluarganya untuk mengenyangkan mereka tengah hari itu.

Amran hanya nampak Leman di surau semasa solat Zohor. Salim dan Razak tak kelihatan. Amran percaya Salim mungkin masih sibuk di stor menyiapkan bilik Ah Tong. Dia dan Leman menghala ke stor getah selepas selesai solat berjemaah. Hanya kelihatan Salim, Ahtong dan Razak sahaja di tapak pembinaan masih rancak memaku.

AMRAN: Huih.. Dah nak siap ni. Kau buek bertigo yo?
SALIM: Tak la. Tadi ramai jugak menolong. Tapi dah balik la masing2.
LEMAN: Den pun ado dtg tadi. Dah tongah hari, den balik la.
RAZAK: Den bukan dr pagi tadi. Elok den sampai tadi, Leman pun balik. Kau dah sampai ni Am, buleh la den balik pulak.
AMRAN: Den balik rumah dulu la. Tukar baju. Kang den datang balik.
LEMAN: Den pun..
SALIM: Den pun nak balik jugak ni. Makan dulu.
AH TONG: Buleh siap ko potang ni Lim?
SALIM: Kalau cuaco baik, buleh raso eh.

Amran dan Leman beriringan meninggalkan stor getah.

LEMAN: Balik dr stor gotah pagi tadi den nampak omak kau.
AMRAN: Kek mano?
LEMAN: Rumah Iha. Dio tongah beburak mo Acik Fasha.

Kalau Leman kata rumah Tuk Said, atau rumah Acik Fasha, atau rumah Along Sahak, mungkin Amran tak rasa apa2. Tapi bila nama Fariha disebut, hati Amran rasa terjentik.

AMRAN: Apo yg diburak eh?
LEMAN: Mano la den tau. Den nampak dr jauh yo, bukan den ikut berburak sekali.



..... Bersambung.
 
Part 184

Hendak saja Amran tanyakan kpd Makcik Kiah tentang hal yg dibincangnya dgn Makcik Fasha tadi. Tapi soalan itu tak terkeluar dari kerongkongnya. Maka dipendamkannya sahaja di dalam hati.

Kerja2 menambah bilik di tepi stor getah berjalan lancar. Beberapa org kampung turut sama menyumbang tenaga. Sepanjang kerja2 digotong-royongkan, fikiran Amran masih celaru. Pelbagai kemungkinan bermain2 di benaknya. Yang merimaskan Amran, kemungkinan2 yg bermain dalam kepalanya kebanyakannya kemungkinan yg membahagiakan masa depannya sahaja. Dia sedaya upaya cuba menyapu jauh2 kemungkinan sebegitu demi menjaga hatinya sendiri, takut kecewa.

Selepas Maghrib, mereka berempat menyambung semula perbincangan semalam.

AMRAN: Bagi den, ikut masing2 la. Sapo nak pogi, pogi. Sapo taknak, takyah la pogi.
RAZAK: Takkan camtu lak. Tak best la. Apo2 kito buek,elok samo2.
AMRAN: Bukan apo.. Kalau ikut halo masing2 pun, kito masih lagi kawan.
SALIM: Ado boto eh tu. Kito ni walaupun org kato sekepalo, tapi hati totap lain2.
LEMAN: Bagi den, memang lagi baik la kalau samo2. Den tak kisah kalau samo2 pogi atau samo2 tak pogi.
AMRAN: Kau camno, Jak?
RAZAK: Den ok yo. Macam Leman jugak.
SALIM: Den pun.
AMRAN:Den pun pikir yg samo jugak.
RAZAK: Jadi camno? Nak pogi samo2 ko, samo2 tak payah pogi ni?

Semua terdiam. Masing2 tak sudi membuat keputusan memandangkan apa saja cadangan yg terkeluar akan segera dituruti oleh rakan yg lain. Seolah2 tidak sanggup menjadi pemutus kata yg melibatkan masa depan rakan2 yg lain.

AMRAN: Nampak.. Sumo sonyap. Tu yg den koba an tadi. Ikut masing2. Memang kito kawan rapat skrg ni. Tapi satu maso nanti kito totap akan ikut haluan sendiri jugak.
RAZAK: Boto yo tu. Macam nak kawin jugak. Takkan kito sumo nak kawin dgn pompuan yg samo. Kut kito ni pompuan, buleh la jugak bermadu ramai2.
SALIM: Kut kito pompuan pun tak ondak den bermadu mo kau doh Jak..
LEMAN: Jadi camno?
RAZAK: Kut nak pogi, lapor diri luso kan?
AMRAN: Aah..
SALIM: Semayang istikharah.
AMRAN: Buleh yo tu. Kito pecayo, hal joki ni, kalau memang dah ditulih joki kito, takkan dapek kek org lain.
SALIM: Osah tu. Kut bukan joki kito, dikojar camno pun, takkan dapek.
RAZAK: Kalau bukan kek Kentaki, mungkin joki kito kek lain. Tapi takleh jugak menolak joki.
AMRAN: Jadi, sapo nak pogi, pogilah. Sapo taknak, tak payah. Keputusan masing2. Jgn ado yg raso tersisih lak. Tu yg ponting.
LEMAN: Den setuju tu, Am. Tapi den sendiri pun tak putuih lagi nak pogi ko tak ni.
SALIM: Malam ni pikir masak2. Nak semayang istikarah ko, nak baling siling ko, terpulang masing2 la. Yg ponting, apo2 pun kito tak putuih kawan.
RAZAK: Lopeh Maghrib esok la baru cakap.
AMRAN: Ok.. 24 jam lagi utk pikir.

Perbincangan ditangguh lagi.



..... Bersambung.
 
Aku lajukan la.. Biar cepat habis. :p
 
laju² maraton konar baring den setuju, laju² lalu short cut den bangkang.
sonyap yo macam dah tak berselero, macam dah takdo sambutan.
 
laju² maraton konar baring den setuju, laju² lalu short cut den bangkang.
sonyap yo macam dah tak berselero, macam dah takdo sambutan.

Kono shortcut jugak bang. Takpo la.. Dah habih nanti sonang hati.
Kek luar cg pun ado yg menanyo bilo nak sambung. Haha..
 
Part 185

Tiada apa aktiviti hendak dibuat. Rumahnya tiada tv. Malah tiada radio. Wifi jauh sekali. Ahli2 keluarganya yg lain juga tiada apa2 aktiviti yg hendak dibuat. Masing2 sudah bersedia untuk tidur.

Amran juga sudah mula berbaring di tepi dinding ruang tamu. Sepotong perbualannya dgn Pakcik Latif semasa baru melangkah masuk ke rumah sebaik pulang dari surau tadi terngiang di benaknya.

PAKCIK LATIF: Jadi ko poi kojo Kentaki?
AMRAN: Ontah la bah.
PAKCIK LATIF: La.. Esok kan stat kojo?
AMRAN: Luso bah. Itu pun bukan start kojo lagi. Kono poi kursus dulu kek Kolumpo.
PAKCIK LATIF: Ooo..
AMRAN: Kut Ombung pogi takpo ko bah? Takdo org lak nak tolong motong.
PAKCIK LATIF: Ala.. Sikit yo pokok gotah kito tu.

Amran tak tahu apa yg membuatnya sukar membuat keputusan. Selama ini dia sering amat jelas dengan perancangannya. Kalaupun bukan merancang sendiri, dia ada rakan2 rapatnya yg berkongsi idea dan saranan. Tentang hal tawaran bekerja di KFC, dia tahu, rakan2nya juga sama. Masing2 tidak mahu menjadi faktor pendorong rakan2 yg lain.

Amran fikirkan Salim yg perlu menjaga adik2nya. Mungkin Salim akan keberatan utk meninggalkan kampung dan bekerja di Bahau. Walaupun hakikatnya kampung mereka hanya beberapa puluh kilometer dari pekan Bahau.

Tentang hal perbualan ibunya dgn Makcik Fasha juga merunsingkannya. Di satu sudut hati Amran sangat berharap apa saja yg mereka bualkan tiada kaitan dengannya atau Fariha. Walaupun Amran tak pasti sama ada Makcik Kiah menghidu apa2 kaitan dirinya dgn Fariha, namun dia tahu bahawa Nora tahu. Jika Nora tahu, tak mustahil ibunya juga tahu.

Di sudut yg lain pula, dia harap sememangnya hal yg dibualkan oleh ibunya dgn ibu Fariha berkaitan dgnnya. Mungkin dari situ akan terbit harapan utk masa hadapannya.

Amran pekup muka dengan tangannya. Sesungguhnya dia tidak mahu dikecewakan harapan palsu yg dicipta sendiri. Dalam kekaburan, Amran terlena seketika sebelum terjaga semula beberapa saat kemudian. Tiba2 dia mendapat ilham tentang keputusan utk bekerja di KFC.

Yg dirisaukannya hanyalah Salim. Baginya Salim paling berat utk meninggalkan kampung, berbeza dengan Razak dan Leman. Jadi Amran memutuskan akan mengikut keputusan Salim. Kalau Salim hendak menerima tawaran KFC, Amran juga akan terima. Kalau Salim menolak, Amran akan tolak juga.

Sedikit bebanan otaknya mengendur. Amran kembali menutup mata lalu berlayar ke alam mimpi.


..... Bersambung.
 
Part 186

Selesai menoreh, Amran maklumkan kpd ayahnya yang dia hendak terus ke stor getah untuk membantu Salim menyelesaikan kerja membina bilik utk Ah Tong. Sementara Pakcik Latif pula hendak ke kedai Borhan, seperti katanya kepada Makcik Kiah.

Langkah Amran ke stor terhenti apabila dia terfikir utk melencong dahulu ke arah rumah Tuk Said. Ada kemungkinan ibunya menghala ke sana seperti semalam. Tanpa dapat dikawal, hati Amran rasa berdebar dan mula berbolak balik sama ada ingin meneruskan rancangan mengintai rumah Tuk Said atau kembali ke landasan menuju ke stor. Dalam pada itu, sedar tak sedar dia sudahpun berada di lorong menuju ke rumah Tuk Said.

Siasatan Amran membuahkan kecewa. Tiada langsung tanda2 Makcik Kiah menyinggah di rumah Tuk Said. Pangkin bawah rumah kosong. Beranda juga kosong. Pintu hadapan ternganga, menunjukkan ada org di dalam rumah. Namun hanya kelihatan sepasang selipar di bawah tangga. Sandal getah berwarna merah yg dipakai Makcik Kiah tidak kelihatan. Mustahil Makcik Kiah bertamu ke rumah Tuk Said dengan memakai sandal getah ke dalam rumah. Lagi pula, Leman kata semalam dia nampak dari jauh Makcik Kiah dan Makcik Fasha berbual di rumah Tuk Said. Sudah tentu mereka berbual di pangkin bawah rumah atau di atas beranda.

Amran sedikit kecewa. Jangkanya, kalaupun tidak dapat mendengar isi perbualan ibunya dengan Makcik Fasha dari jauh,sekurang2nya mimik muka mereka semasa berbual tentu sedikit sebanyak boleh membawakan gambaran tentang isu yg dibualkan. Maka Amran kembalikan hala langkahnya menuju ke stor getah.

Salim sedang sibuk dengan kerjanya. Turut membantunya adalah Razak, Leman dan Ah Tong sendiri.

Dipendekkan cerita, menjelang petang bilik tambahan utk Ah Tong sudahpun siap dibina.



..... Bersambung.
 
Back
Top
Log in Register