Part 181
Tinggal beberapa hari sahaja untuk mereka memutuskan sama ada menyahut tawaran KFC itu atau mengabaikannya. Perbincangan ringkas selepas solat Maghrib di bawah pokok ceri di halaman surau tidak membuahkan keputusan yg pasti.
Mungkin masa antara Maghrib dan Isyak yg pendek menjadi faktornya. Namun, bagi Amran dia dapat merasa keterujaan utk menerima tawaran tersebut agak kendur. Bukan dirinya sahaja, malah rakan2nya yg lain juga dilihat kurang beriya.
Pulang ke rumah, Amran kembali berkira2 sendiri. Sungguh dia tak pasti apa yg dia mahu, apa yg dia perlu. Dirasanya seakan-akan tiada apa yg hendak dikejarnya. Namun membayangkan masa depannya hanya sebagai pewaris kebun getah ayahnya, Amran tidak rasa itu yg dia harapkan.
Esoknya dia membantu ayah dan ibunya menoreh getah macam biasa. Memandangkan tiada apa2 rancangan utk hari itu, Amran terus menoreh hingga siap. Kerja2 menoreh siap awal. Pokok getah milik ayahnya bukanlah banyak sangat.
Pakcik Latif tidak terus pulang ke rumah. Katanya dia hendak ke kedai kopi Borhan. Sejak pendapatan hasil menoreh agak baik, ayahnya sudah kembali ke tabiat asal. Hanya pada musim pendapatan sangat merudum dulu, Pakcik Latif terus balik ke rumah selepas habis menoreh.
Makcik Kiah pula melangkah dahulu meninggalkan Amran. Amran kira, ibunya akan terus pulang ke rumah walaupun mungkin masih awal jika hendak menyiapkan juadah makan tengah hari.
Amran termangu sendirian. Kelibat kedua2 org tuanya sudah tidak kelihatan. Begitu pun, Amran masih setia di kebun getah ayahnya, tak tahu ke mana hendak dituju. Fikiran Amran kosong. Tiada rancangan utk hari ini. Lebih buruk lagi, tiada juga rancangan utk hari esok dan seterusnya.
Balik rumah - tiada apa yg menarik. Cuma ada Nora yg mungkin sedang mengemas rumah. Dan emaknya yg mungkin akan tidur sebenatar selepas membersihkan diri. Kalau Amran balik rumah, tiada apa yg dia boleh buat.
Ke kedai kopi Borhan - pun mustahil bagi Amran. Sudah pasti kedai itu dipenuhi dgn org2 tua kampung yg bersidang berbekalkan secawan kopi berjam2 lamanya. Di situlah medannya bagi kaum lelaki kampung utk bertukar2 informasi sesama sendiri. Tapi tabiat itu bukan utk golongan muda sepertinya.
Stor getah - mungkin destinasi yg agak boleh membawa faedah. Salim sudah katakan malam tadi, dia hendak segera siapkan bilik di stor utk dijadikan tempat bermalam Ah Tong selepas dipersetujui oleh Tuk Said. Kalaupun tidak pandai bertukang, dia mungkin boleh bantu angkat papan atau apa saja kerja yg sesuai.
Namun satu sudut hatinya menolak cadangan itu dengan satu alasan yg sangat konkrit, malas. Akhirnya Amran putuskan utk pulang ke rumah saja. Mandi kemudian baring di beranda, itu rancangan paling menarik, fikirnya.
Nora sedang menyapu halaman semasa Amran tiba. Amran tidak menghiraukannya. Langkahnya terus sahaja dihayun ke arah tangga rumah. Nora yg masih tekun dengan kerjanya juga tidak menghiraukannya.
Hala Amran terus dituju ke dapur. Dengan hanya bertuala, selepas unifom menorehnya digantung di dinding dapur, Amran melangkah keluar pintu dapur utk ke bilik air di luar rumah.
Selesai membersihkan diri, Amran perasan kelibat Makcik Kiah langsung tak kelihatan. Ibunya itu tiada di dapur mahupun di ruang tamu. Agak mustahil Makcik Kiah sedang tidur di dalam bilik. Mana ada org boleh tahan berbaring di dalam bilik yg panas di waktu pagi yg cerah itu.
AMRAN: Do.. Omak mano?
NORA: Ontah. Bolum balik lagi.
..... Bersanbung.