BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran dan Rakan-rakan - PART 189: ......?

Part 179: MERISIK

Segala yg dirancang berjalan lancar. Malah bagi Amran, terlalu lancar. Seakan2 semua laluannya dipermudahkan.

Pakcik Alias berada di rumah ketika rombongan Haji Murad yg dipandu oleh Amran tiba. Walaupun sedikit terkejut, namun hasrat rombongan itu dengan mudah difahami oleh Pakcik Alias dan Makcik Rashidah. Mereka turut menyatakan sokongan sepenuh hati.

Makcik Rashidah yg berseloroh kononnya rombongan dari Senaling itu datang meminang Rosmah utk Leman membuatkan hal skandal Leman dan Rosmah tidak lagi menjadi rahsia. Tanpa segan silu, apabila Pakcik Alias mengarahkan Rosmah memberitahu hal rombongan merisik Kak Sakinah itu kepada Imam Ramli, Leman menawar diri utk menemankan.

Makcik Rashidah menambah kuantiti sajian makan tengah hari keluarganya utk menjamu tetamu2nya. Maka mereka semua makan tengah hari di rumah Pakcik Alias sebelum berarak pula ke masjid. Di masjid, mereka berkenalan dgn Imam Ramli yg sudah sedia dimaklumkan tentang hasrat Haji Murad merisik anak perempuannya. Nyata Imam Ramli sangat menyambut baik hasrat rombongan. Namun mereka tidak berbicara panjang. Semuanya akan disambung di rumah semasa menjalankan adat merisik nanti.

Selesai solat Zohor, mereka kembali ke rumah Pakcik Alias utk membuat persiapan. Rombongan Haji Murad dikepalai oleh Pakcik Alias sendiri. Memandangkan tiada ahli rombongan dari kalangan wanita, Pakcik Alias mencadangkan supaya Makcik Rashidah tidak ikut serta. Namun Makcik Rashidah tetap ingin turut serta. Dia akan masuk ikut pintu belakang, sekadar utk dengar2 isi perbualan sahaja katanya.

Kehadiran rombongan Haji Murad disambut mesra oleh Imam Ramli. Sebaik mereka melabuhkan punggung di atas tikar yg terbentang di ruang tamu, mereka dihidangkan dgn minuman dan makanan ringan.

Memandangkan duduk perkara sudah sedia Iman Ramli dan keluarganya maklumi, proses merisik menjadi mudah. Kedua2 pihak terus rancak berbual utk mengenali bakal menantu masing2. Hasrat rombongan Haji Murad diterima sepenuh hati oleh Imam Ramli dan keluarganya.

Hampir pukul 4 petang, barulah perkumpulan rombongan merisik itu ditamatkan. Memandangkan mereka tiada membawa apa2 sebagai tanda, Haji Murad memutuskan akan datang semula ke rumah Imam Ramli minggu hadapan utk menghantar tanda serta membincangkan hal2 selanjutnya tentang majlis pertunangan dan seterusnya pernikahan. Dia akan membawa rombongan dari kalangan ahli keluarganya utk menjalankan semula proses merisik dgn cara yg lebih betul mengikut adat.

Di dalam van, hal risikan yg baru berlalu tadi masih menjadi topik bualan anggota rombongan. Amran menumpukan perhatian kepada pemanduannya sementara rakan2nya yg lain senyap sahaja, tidak mahu mencelah perbualan org tua2 yg lain. Hampir sampai ke simpang masuk kampung, barulah Amran bersuara.

AMRAN: Nak hantar balik rumah masing2 ko ni, acik2?
TUK SAID: Dah nak masuk Asar ni. Kito toruih poi surau la.



..... Bersambung.
 
Tongah menaip tadi ni. Tapi lom siap. Potang kang sambung..
Panjang wooo.. :))
 
Part 180: ALKISAH AH TONG

Selepas Asar, org tua2 itu masing2 berjalan kaki sahaja pulang ke rumah. Cerita2 yg dibawa dari Seremban dan Seri Menanti menjadi topik hangat perbualan antara jemaah2 surau. Betul seperti jangkaan, tiada siapa pun memandang serong tentang hal merisik di Seri Menanti. Mungkin kerana kredibiliti Abg Tapa di mata penduduk kampung, ditambah pula hal itu disokong penuh oleh Tuk Said sendiri.

Hanya Amran dan rakan2 sahaja naik van utk diparkir di stor getah. Tiada apa yg mereka bualkan kerana semuanya sudah terlalu jelas.

RAZAK: Sonyap yo memasing..
SALIM: Apo nak diburak an?
RAZAK: Ado.. Hal ponting ni.
LEMAN: Apo deh?
RAZAK: Rilek dulu la. Lepak2 kek stor kang la cerito.
AMRAN: Ekau ni goma cakap tergantung2 la Jak. Haiyo..

Amran, Leman dan Salim tidak mendesak Razak. Sebentar lagi mereka akan sampai di stor getah. Mereka memang bercadang nak bersantai2 sebentar di situ sebelum masing2 pulang ke rumah. Sudah hampir dgn stor getah, kelihatan tempat parkir van tidak kosong, tetapi telah diisi dgn sebuah lori. Lori Ah Tong. Mungkin terdengar bunyi deruman enjin van yg bergerak menghampirinya, Ah Tong menjengah keluar dari dalam stor. Terus sahaja dengan sengihan lebarnya, Ah Tong menyapa Amran dan rakan2.

Sebaik keluar dari perut van, mereka terus mendapatkan Ah Tong. Ah Tong genggam erat tangan Amran dan rakan2 apakala mereka bersalaman. Suasana masih janggal. Kemesraan antara mereka masih belum dapat dirasa. Namun dari genggaman tangan Ah Tong semasa bersalaman, Amran seakan dapat rasakan keikhlasan dan kekesalan apek itu.

Sambil bertimpuh di atas tikar, mereka berbual. Dimulakan dgn permohonan maaf penuh keinsafan dari Ah Tong atas kesalahannya yg lalu. Diteruskan dgn rancangan Ah Tong utk menebus kembali kesalahannya. Namun semua itu sudah sedia dimaklumi oleh Amran dan rakan2.

RAZAK: Yg ese bolum tau ni.. Apo punco eh acik mongak duit org kampung? Ikut an, kito ni dah macam sedaro dah.
AH TONG: Boto tu.. Kito sedaro. Pasal punco tu, Tapa takdo cerito ko?
AMRAN: Ado. Tapi takdo la dio berio2 nak cerito. Dio lobih tumpu an pasal rancangan maso dopan stor ni.
AH TONG: Iyo yo tu. Tak ponting bona pun dio nak becerito pasal den.

Lalu Ah Tong mula bercerita hal yg mendesaknya hingga sanggup menipu duit org kampung yg sudah dianggapnya sebagai saudara. Segalanya berpunca dari isterinya yg kini sudah boleh digelar sebagai bekas isterinya. Wanita materialistik yg sentiasa tidak puas dgn harta yg ada. Sampai sanggup mengugut Ah Tong, kononnya akan lari mengikut lelaki lain jika kemahuannya tidak dituruti. Tambah besar masalah Ah Tong apabila dia berhutang dgn jumlah yg besar dgn bapa mentuanya, masih lagi gara2 memuaskan nafsu material bekas isterinya itu. Bapa mentuanya mensyaratkan, dia tidak boleh menceraikan isterinya selagi hutang masih belum selesai.

Memandangkan punca pendapatan utamanya adalah dari stor getah itu, dia membuat keputusan utk mengkhianati saudara2nya di kampung ini. Sebak nada suara Ah Tong bila menceritakan bahagian ini. Nyata kekesalannya sangat besar.

Hinggalah tembelangnya pecah bila stor getah diserbu org2 kampung. Namun mujur baginya, dia masih berupaya mengelentong demi menyelamatkan diri. Walaupun berjaya melepaskan batang tubuhnya daripada sebarang tindakan fizikal org kampung, namun dia sedia maklum, masalah hidupnya akan bertambah besar dan serius.

Apabila hal kekantoian itu diketahui oleh isterinya, terus sahaja perempuan puaka - seperti yg diistilahkan oleh Ah Tong - itu mengamuk. Menghempas barang, memaki hamun, malah mengugut hendak membunuh diri. Ah Tong yg dalam kekusutan tahu semua itu hanyalah drama lakonan si perempuan puaka. Bukan kali pertama, malah sudah banyak kali dia melakonkan skrip aksi yg lebih kurang sama. Selama ini Ah Tong berlembut dan cuba memujuk. Tapi kali ini, perempuan puaka itu menerima akibatnya. Berbekalkan lebam di pipi, kesan tapak tangan Ah Tong, dia berlari sambil meraung keluar dari rumah.

Sampai bahagian itu, cerita Ah Tong disambut meriah oleh Amran dan rakan2. Puas hati mereka mendengar cerita apabila perempuan puaka itu menerima hukuman. Namun, bagi Ah Tong, tragedi itu membawa episod malapetaka yg lebih besar dalam hidupnya.

Si perempuan puaka lari balik rumah ayahnya. Malam itu, bapa mentua Ah Tong datang ke rumah. Ah Tong sebenarnya sudah menjangkakannya. Dia sudah membulatkan hati, akan cuba hadapi apa sahaja yg bakal timbul. Ah Tong diminta ceraikan isterinya, selesaikan semua hutang dgn bapa mentuanya yg bernilai $4200 serta merta dan tinggalkan rumah yg didudukinya ketika itu kerana rumah itu sememangnya milik keluarga mentuanya.

Ah Tong boleh memenuhi permintaan pertama dan ke tiga. Namun utk menyelesaikan hutang serta merta, dia tiada jalan penyelesaian. Abg iparnya mencadangkan Ah Tong serahkan sahaja lorinya sebagai bayaran hutang. Ah Tong tidak setuju. Harga lori itu jauh lebih mahal drpd nilai hutangnya. Namun Ah Tong terpaksa setuju apabila dicadangkan lori itu dijual memandangkan itu sahaja aset yg dia ada. Hasil jualan akan diguna utk membayar hutang dan selebihnya akan diserahkan kepada Ah Tong.

Esoknya, Ah Tong keluar rumah bersama beg pakaian. Lori diserah kepada abg iparnya yg akan mecarikan pembeli utk lori itu. Hala Ah Tong adalah ke Juasseh utk mencari adiknya yg bernama Ah Tong juga itu memandangkan itu sahajalah saudara darah dagingnya yg masih melata di muka bumi.

AMRAN: Ai..? Kalau lori tu dah dijual, kek luar tu lori sapo pulak?
AH TONG: Bilo den cerito kek adik den, dio toruih topikir mentuo den mungkin akan jual lori tu murah2. Asalkan cukup nak bayar hutang. Kalau la dijual eh $5000 misal eh.. Berobut org nak tu. Dio tak rugi, asal an utang langsai. Yg rugi den la. Den tak topikir pasal tu mulo eh.

Jadi, adik Ah Tong terus membawa Ah Tong merayau mencari rakan2nya utk meminta pinjam duit. Selepas dia sendiri bersedia menyumbang $400, Ah Tong memerlukan $3800 lagi utk menyelesaikan hutangnya. Sambil itu, Ah Tong membantu adiknya yg bekerja memandu lori menghantar barang2.

Sambil menghantar barang, mereka mencari rakan2 adik Ah Tong utk meminta ihsan pinjaman wang tunai. Habis semua rakan dan kenalan adik Ah Tong dicari, mereka dapat mengumpul $2650 sahaja.

Pada suatu ketika, apakala Ah Tong dan Ah Tong berhenti sebentar di suatu lorong sebelum ke Batu Kikir utk mengambil barang yg hendak dihantar kerana Ah Tong rasa hendak terkencing, dia terperasan kereta Abg Tapa dihentikan tidak jauh dari mereka. Kemudian keluar kelibat empat org pemuda kampung yg sangat mereka kenali. Ah Tong segera masuk ke dalam lori dan cuba membatukan diri. Peristiwa itu masih segar juga dalam ingatan Amran dan rakan2. Mereka tidak lupa yang mereka terserempak dgn lori adik Ah Tong yg berhenti di satu lorong di Juasseh semasa mereka dalam perjalanan ke Bahau untuk menikmati KFC dgn menaiki kereta Abg Tapa.

AH TONG: Maso tu den memang comeh. Tak sangko lak kau dapek cari den. Tapi maso tu jugak den raso menyosa amek menipu org kampung. Den berazam, apo nak jadi, jadilah. Den totap akan cubo boto an keadaan. Selain adik den tu, org2 kampung ni yo la sedaro maro yg den ado.

Nada Ah Tong sedikit sebak. Ah Tong menyambung lagi ceritanya. Beberapa hari kemudian, dia memutuskan utk mencari Abg Tapa. Hanya Abg Tapa yg boleh dijumpainya di luar kampung kerana Abg Tapa bekerja di Seremban. Mujur baginya kerana Abg Tapa sudi menerimanya semula dan berjanji akan mengusulkan pengembaliannya ke kampung.

Dengan kepala otak Abg Tapa yg ligat, dia dapat fikirkan rancangan yg bernas. Abg Tapa sendiri yg meletakkan syarat harga getah yg akan dibayar kepada org kampung jika Ah Tong hendak kembali ke kampung. Ayat Abg Tapa masih tersemat dalam memori Ah Tong.

AH TONG: Tapa koba kek den sambil jari telunjuk eh topat ke mato den.. "kalau boto ekau anggap org kampung tu sedaro kau, kau tak patut ambik untung dari sedaro sendiri."
SALIM: Apo makno eh tu?
AH TONG: Dio mintak den bayar hargo gotah samo macam hago den jual kek kilang. Tak ambik untung langsung. Makno eh, den cumo kumpo gotah, lopeh tu tolong jual an kek kilang. Duit hasil eh, sumo org kampung punyo. Den tak pikir panjang. Biar hilang harto, yg ponting bagi den maso tu, den tak nak hilang sedaro.

Semangat Ah Tong sedikit sebanyak membuatkan Amran rasa sebak. Namun diselindungkannya dgn baik. Ah Tong menyambung lagi. Setelah Abg Tapa yakin dgn semangat persaudaraan Ah Tong, dia sendiri menawarkan sedikit wang utk mencukupkan dana membayar hutang Ah Tong kepada bapa mentuanya. Tambahan pula, ikutkan perancangan Abg Tapa, dia perlukan perkhidmatan Ah Tong bersama lorinya sekali. Lori Ah Tong berjaya ditebus dan Ah Tong kini berjanji memberikan komitmen penuh utk org kampung.

Selesai Ah Tong bercerita, segalanya dilihat seakan berakhir dgn kegembiraan. Tiada siapa yg kena bakar, tiada juga yg disimenkan dan dihumban ke dalam laut. Namun ada satu lagi kemelut Ah Tong yg belum selesai.

AH TONG: Den nak mintak tolong kau sikit, buleh tak Salim?
SALIM: Tolong apo?
AH TONG: Lawa stor baru yg kau buek ni. Den tgk kek belakang tu ado lagi lobihan papan. Buleh tak kau buek an satu bilik kek topi bolah sanun tu?
SALIM: Bilik apo pulak?
AH TONG: Den ni takdo rumah. Skrg menumpang rumah adik den. Tapi sehari duo ni nampak bini eh dah start muncung2 dah. Jadi, den ingat nak tido sini la. Buleh tak?
SALIM: Eh.. Buleh amek. Papan tu cukup tu.
AMRAN: Nanti.. Kan Abg Tapa koba nak jadikan stor ni pusek operasi koperasi kampung?
SALIM: Aah la..
RAZAK: Kono bincang mo Abg Tapa dulu.
AH TONG: Kut tak buleh, takpo la.
LEMAN: Takpo.. Kito bincang dulu mo Abg Tapa.

Setelah disepakati bahawa mereka akan bawakan usul tentang pembinaan bilik utk AhTong itu kpd Abg Tapa, Amran dan rakan2nya beransur pulang. Niat mereka hendak tinggalkan van di stor ditarik balik. Lebih baik van itu diparkir sahaja di rumah Amran memandangkan tugas van itu bukan lagi untuk menghantar getah.

LEMAN: Jak.. Kau kato tadi ado bondo ponting.
RAZAK: Aah la.. Lupo lak.
AMRAN: Apo deh?
RAZAK: Dah nak Maghrib ni. Lopeh Maghrib kang la kito bincang kek pokok ceri.
SALIM: Ala.. Cakap yo la apo tajuk eh..
RAZAK: Setakek nak cakap tajuk tu sompek la. Selobih eh kang, kito bincang lopeh Maghrib yo.
AMRAN: Iyolah.. Apo deh?
RAZAK: Tajuk eh.. Surat panggilan latihan Kentaki.
LEMAN: Aah la.. Den sampai dah terlupo pasal tu.
RAZAK: Dah.. Balik rumah memasing dulu. Malam kang kito bincang.


..... Bersambung.
 
raya ni buatla amran dan rakan-rakan BUMPER RAYA
 
Sambungan akan diusahakan..
Bumper raya akan tidak diusahakan.. Hehe.. :p
 
Back
Top
Log in Register