BTC USD 84,393.2 Gold USD 4,273.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran dan Rakan-rakan - PART 189: ......?

Kul bapo laei nak sambung nie TT oiii...

den nak poei boli borgor jap nie ahh...

nunggu citer TT buet den lapor jo...

poi la boli.. jgn la beriyo bona nunggu..
adeh.. sampai tak jadi kojo lak menunggu..
anggap camni yo la..

part 8
tiba2 mereka berempat sakit perut..
rupanya aiskrim sirap yg mereka makan tu beracun sebab kakak razak spray lipas berhampiran bancuhan sirap semasa buat aiskrim sirap tersebut.
mereka berempat pun mati..
tamat!

dah.. poi boli bogo kau tu..
gastrik pulak kang.. sesio yo..
 
bilolah nak abih cito nie....asik be sambong jo...
maun sampai ghayo baru abis cito ko ni jang..
apo2 pun den totap nunggu sambongan eh
kipidap tt
:D:D:D:D:D:D

timo kasih ateh sokongan..
jgn lupo, kalau lapar poi makan..
kalau ngantuk tido..
jgn buek macam mzak tu.. bahayo utk kesihatan.. :eek:
 
Part 8 : Resah Berpanjangan

selepas makan sambil dihiburkan dengan bebelan Makcik Kiah, Amran terus keluar semula. dia perlu menenangkan hati. tempat paling sajak tentulah ke surau. bukan niat nak iktikaf. saja baring2.

dengan berbantalkan beberapa helai sejadah yg dilipat tebal2, lengan kanannya melekap di dahi manakala tapak tangan kirinya di perut.

satu hal sahaja dirisaukannya. takut perhatian Fariha lebih terarah kepada Razak. sedang dia sudah mula menyimpan hati pada gadis itu sejak tingkatan 4 lagi.

"kono cakap kek Leman. takleh jadi ni.." akhirnya Amran buat keputusan. hanya Leman yg rapat dgn Fariha. nak tak nak dia terpaksa percayakan Leman.

Leman hampir nak ketawa besar bila Amran tiba2 datang ke rumah dan ajak dia berbual di belakang reban ayam lalu meluahkan kebimbangannya yg entah di mana asasnya. lucu sangat baginya melihatkan rakannya yg kental itu tiba2 jadi sentimental. namun ditahannya ketawa itu kerana dia nampak satu peluang yg terhidang.

selama ini, Amranlah yg paling berpengaruh dalam kumpulan mereka. manakala Leman sering menjadi mangsa sendaan rakan2nya. dengan pengaruh Fariha, dia harap dapat menguasai Amran selepas ini. tambahan pula, dia sendiri sudah lama memerhatikan Nora yg kini sedang belajar dalam tingkatan 5.

"ok la.. kirim salam kek Iha yo" kata Amran sebagai amanat terakhir perbualan ringkas itu.
"iyo la.." jawab Leman ringkas.
"selamo ni den kirim salam kek Iha, ekau sampaikan tak? takdo lak dio kirim salam balik kek den.."
"iyo la.. nanti den suruh la dio kirim salam balik kek kau.."

"kirim salam nak kono suruh.. keh3.." Leman sekadar ketawa dalam hati.

..... bersambung.

PART 9 : LUPAKAN PASAL PEREMPUAN
 
Last edited:
oh part 8 dah sampai..sedut jgn xsedut haha
 
xpyh serius2..nnt jd boring..serius :))

santai2 kelakar2 mcm amran n the geng ni ok..serius :))

haha..
maksud den, cerito amran ni main2 yo.. khas utk cg..
yg serius tu utk diterbitkan kalau ado rezki.. :D
 
Part 9 : Lupakan Pasal Perempuan

sebagaimana telah dipersetujui dalam mesyuarat pertama, keesokan harinya akan diadakan mesyuarat ke 2 pada waktu yg sama tapi tempat berbeza bagi mengelakkan pakatan mereka dihidu oleh sesiapa.

lokasi mesyuarat ke 2 ditetapkan di pinggir kebun getah pusaka datuk Amran. jadi Amran tak perlu ponteng menoreh sebaliknya dia cuma perlu menunggu di sana.

9.30 pagi, Makcik Kiah dan Pakcik Latif sudah siap menoreh. pelik pula mereka kerana Amran masih ada dan sedang duduk bersandar pada sebatang pokok getah sambil menggaru2 ketingnya.

pasangan mak dan ayah Amran itu sekadar berlalu tanpa menghiraukan anak bujang mereka. mereka teringat pesan org tua2, kalau ternampak atau terdengar benda pelik dalam kebun getah, jangan tegur.

tak lama menunggu, Razak, Salim dan Leman tiba sambil tersengih2. Razak dan Salim melebar sengihnya. tapi Leman agak kelat sikit sengihnya. sengih yg dibuat2.

"camni la, Am.. kito tumpu kek projek Kentaki kito ni. hal pompuan kito tolak topi dulu." tiba2 Razak bersuara. Amran kaget. nasib baik dia berkulit gelap. kalau cerah, tentu boleh nampak pipinya berubah jadi warna merah.

Amran yakin, Leman dah pecah lubang. tapi Salim tolong pertahankan Leman drpd dipersalahkan sepenuhnya oleh Amran.

"den nampak kau burak2 mo Leman kek belakang ghoban ayam semalam. tu sobab den tanyo dio. mano buleh buek rancangan sendiri tak bagitau ahli lembago pengarah yg lain. den tak sangko pulak pasal Iha yg kau risaukan. hahahaa.. sorry la, Am.." jelas Salim.

"kito lupo an dulu pasal pompuan. ekau jgn risau la. den cumo suko tengok yo si Iha tu. taknak den makwo kampung ni doh. den nak cari makwo kampung lain." sambung Razak pula. Amran masih membisu.

mesyuarat hari ke 2 itu tak berapa lancar. tiada penambahbaikan idea, tak banyak lawak jenaka memeriahkan suasana. semuanya angkara skandal cinta bersegi2. hanya Razak dan Salim yg banyak bercakap. Leman masih takut2 kalau dipersalahkan oleh Amran. Amran pula dah macam jadi orang lain.

pukul 11.30 mesyuarat ditangguhkan. mereka berempat beriringan meninggalkan kebun getah pusaka datuk Amran. sedang berjalan, perhatian mereka tertumpu ke satu arah. di kejauhan kelihatan Fariha dan dua org gadis kampung itu sedang beriringan menunggang basikal.

tak berkedip mata Amran.
"kan dah koba tadi, lupo an dulu pasal pompuan..." Razak mengingatkan.
"den bukan tengok Iha.." balas Amran.
"habih.. kau tengok Azi mo Ina tu ko?" celah Salim pula.
"tak jugak.. den tengok biska. kalau kito dapek pinjam biska sapo2, dapek duo bijik cukup la, dah tontu panjang langkah kito.." jelas Amran. laju pula otaknya menjana idea sedangkan dia memang asyik memerhatikan Fariha sebentar tadi.

ternyata idea itu menarik minat sahabat2nya yg lain..

..... bersambung.

PART 10 : MISI JIMAT MASA DAN BELANJA
 
Last edited:
Brooo kasi tepek kobon gotah dan pemandangan bahau cantik gak.. Lama tak ke sana..
 
Brooo kasi tepek kobon gotah dan pemandangan bahau cantik gak.. Lama tak ke sana..

aisehmen.. den pakai hp yo ni..
laptop macam dah ghusak..
tak ghoti nak upload pakai hp.. hee..
 
Back
Top
Log in Register