BTC USD 82,904.9 Gold USD 4,118.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran dan Rakan-rakan - PART 189: ......?

mcm masih panjang je cerito ni loie......
maso dopan amran tu pun jauh loie....
 
Part 171: GOTONG ROYONG

Mujur tiada soalan yg terlalu mencabar diajukan. Amran hanya ditanya tentang pertemuannya dgn Abg Tapa. Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Amran untuk melobi Abg Tapa. Semua usaha Abg Tapa diungkitnya. Termasuk cadangannya utk memajukan koperasi kampung. Ditambah pula dengan kata2 penguat yg direkanya sendiri. Harapannya supaya Tuk Said menerima keputusan Abg Tapa dan tidak lagi memandang serong kepadanya. Amran juga ceritakan tentang rancangan Abg Tapa utk pergi sendiri berjumpa dgn Fariha petang tadi.

TUK SAID: Memang la takleh nak dinafikan jaso Tapa tu. Bukan den tak paham masalah dio. Cumo sebuleh2 eh den nak la pertunangan ni ditoruih an.
PAK IMAM: Ese paham tuk.. Nak kato malu, memang la. Tapi hal ni dalam kampung kito yo. Kalau sumo org paham cerito ni, sumo org patut buleh terimo. Tuk org bosa dlm kampung, Tapa pun org ponting, bosa jaso eh kek kampung ni.
TUK SAID: Iyo lah.. Takleh nak diikut an bona malu tu. Kut malu pun, kut org mengumpek pun, seminggu duo sonyap la sumo eh. Seminggu duo yo. Bukan lamo bona. Tak adil lak kalau disobab an den nak elak malu seminggu duo tu, Tapa kono tanggung sekso tigo taun.
PAK IMAM: Boto tu tuk..

Utk seketika, Amran hanya mendengar sahaja. Tiada apa lagi yg perlu diperkatakannya. Para jemaah saling berbual sesama sendiri. Masing2 dengan buah fikiran sendiri. Namun, semuanya senada tidak menyalahkan mana2 pihak dalam kes pemutusan pertunangan Abg Tapa dan Fariha. Bila Amran menmaling ke belakang, dilihatnya Salim dan Razak bersandar di dinding belakang surau. Amran meminta diri dari Tuk Said dan Pak Imam untuk ke belakang, meninggalkan kelompok di depan surau itu.

Amran duduk sahaja bersama rakan2nya. Perbualan org2 tua di hadapan mereka masih rancak. Sedikit sebanyak singgah juga ke telinga mereka.

SALIM: Esok kito bagitau Abg Tapa. Sonang la hati eh sikit nanti.
RAZAK: Boto tu. Tuk Said pun nampak eh buleh terimo tu.
AMRAN: Yo lah..
SALIM: Malam ni ado kojo sikit.
AMRAN: Kojo apo?
SALIM: Pasang balik kerusi belakang van.
RAZAK: Mlm ni jugak ko nak buek?
AMRAN: Ala.. Pagi esok la. Golap stor tu. Lampu sebijik yo. Tu pun kek dalam.
SALIM: Mmm.. Yo lah.
AMRAN: Kalau tak pun, potang sok. Pagi sok den sensorang yo la poi Somban, ambik Leman.
SALIM: Yg tu den tak setuju.
RAZAK: Den pun. Esok pagi2 kito basuh van, lopeh tu pasang tompek duduk belakang.
SALIM: Aah.. Kut lambek siap, poi ambik Leman tongah hari pun takpo.
AMRAN: Hahaha.. Takyah basuh van dulu pun takpo.
RAZAK: Alak? Bau lantun tu..
AMRAN: Kito pun nak poi ambik Leman. Dah tontu Leman tu pun busuk. Dari semalam baju tak bertukar.
SALIM: Hahahaha..

Bilal bangun utk melaungkan azan Isyak. Ahli2 jemaah yg duduk berkelompok di bahagian depan surau mulai bersurai. Ada yg keluar surau, mungkin utk mengambil wuduk. Tuk Said juga turut bangun. Dia menuju ke arah tempat perkumpulan Amran dan rakan2nya.

TUK SAID: Esok kau nak poi ambik Leman kan?
AMRAN: Aah tuk..
TUK SAID: Puko berapo nak poi tu?
AMRAN: Tak tau laie tuk. Nak basuh van dgn pasang tompek duduk belakang eh dulu.
TUK SAID: Tuk nak ikut. Nak jumpo sendiri mo Tapa. Kalau buleh keluar awal sikit.
SALIM: Kalau camtu tuk, kono pasang tompek duduk malam ni la.
RAZAK: Kito bawak van ke sini la malam ni. Pasang kek sini. Surau ni torang sikit. Air paip pun ado. Sonang nak basuh.
AMRAN: Buleh ko tuk?
TUK SAID: Buleh yo.

Maka malam itu, mereka bertiga bergotong royong membersihkan van dengan bersuluhkan lampu surau dan diairi dengan air paip surau. Cuma sabun basuh dan berus sahaja dibawa dari rumah masing2.


..... Bersambung.
 
Part 172: TAK SEKUFU

Sambil mencuci, mereka berbual.

SALIM: Am.. Kau donga tak yg Wak CopyLeft cakap kek Tuk Said tadi tu.
AMRAN: Donga..
SALIM: Camno..?
AMRAN: Camno apo pulak..?
RAZAK: Ekau ni Am.. Buek tak ghoti yo kan..
AMRAN: Boto la apo wak cakap tu. Tuk Said pun setuju. Apo masalah eh..
RAZAK: Masalah eh, ekau.
AMRAN: Apo lak kono mengono mo den..
SALIM: Ni la deh kau.. Copek menyorah.

Amran buat tak dengar. Berusannya dikuatkan. Bergegar sedikit badan van dengan sentalan keras Amran ke atas lantai ruang belakang van itu.

AMRAN: Siap an ni copek. Kang buleh copek balik. Copek tido. Esok copek bangun. Sapo lambek sok, den tingga an yo..

Melihatkan Amran sudah seakan hilang minat meneruskan isu yg berbangkit, Salim dan Razak tidak mengungkitnya lagi. Namun mereka mengerti jiwa Amran kembali resah. Bagi Amran pula, walaupun dia cuba utk tidak memikirkan hal itu, namun fikirannya langsung tidak dapat dilarikan. Sepatah demi sepatah perbualan antara Wak CopyLeft dgn Tuk Said di muka tangga selepas solat Isyak tadi terngiang dalam benaknya.

"
WAK CL: Tuk.. Pasal Tapa tu nanti insyaallah jumpo la deh jodoh yg lain nanti tu.
TUK SAID: Insyaallah.. Kut wak kona sapo2 buleh la dikenenkan mo Tapa tu.
WAK CL: Takdo pulak.. Tapi kalau utk anak tuk, ese ado calon eh.
TUK SAID: Eh.. Usah. Iha tu biar deh habih belajar dulu.
WAK CL: Bukan apo tuk.. Kalau lelaki ado pelajaran kawin mo pempuan biaso2, itu org tak heran. Tapi kalau pempuan ado pelajaran macam Iha tu, pasang eh elok yg ado pelajaran jugak. Macam Tapa tu sesuai la. Ado diploma, kojo pun elok. Bilo dah tak jadi mo Tapa ni, ese nak kenen an mo anak sedaro se.. Baru habih belajar. Cikgu jugak, tongah tunggu posting ni.
TUK SAID: Hah.. Yo ko.. Tapi Iha tu mudo laie. Den pun silap jugak tunang an dio copek bona. Dio pun lom sedio lai tu.
WAK CL: Iyo tu. Ese pun sajo cakap yo ni. Cumo tu lah.. Kalau nak cari an utk Iha tu, elok la yg ado pelajaran, setarap mo dio. Sekufu, kato org..
TUK SAID: Boto yo tu.
WAK CL: Kek kampung kito berapo korek bona la anak2 daro yg ado pelajaran peringkek tinggi macam Iha tu..
"

Tuk Said betul2 setuju dgn pandangan Wak CopyLeft. Bila Amran fikir2kan dalam2, dia sendiri tidak dapat menyangkalnya. Namun, untuk membincangkan hal itu bersama Razak dan Salim sambil mencuci van, Amran tidak mahu. Melihatkan riak Amran yg teramat serius, Salim dan Razak mengunci mulut masing2 daripada menyebut hal itu lagi.

Lewat malam, segala kerja selesai. Amran pandu van ke stor. Kali ini dia sendirian di tempat duduk hadapan. Kedua2 Salim dan Razak mengada2 hendak duduk di belakang. Basikal juga disumbat di celah aofa yg sudah dipasang semula.

Amran lihat Salim agak sugul. Mungkin dia rasa bersalah membangkitkan isu yg dibualkan oleh Wak CopyLeft dgn Tuk Said tadi. Sebelum bersurai pulang ke rumah masing2, Amran tepuk bahu Salim dari belakang. Tapak tangannya dibiarkan melekap di atas bahu itu utk seketika. Salim menoleh ke arah Amran.

AMRAN: Ekau jgn risau la Lim.. Nora tu koleh 5 Dodol. Tak ke mano deh tu doh. Paling jauh pun dio buleh sambung belajar menjahit baju kurung yo tu. Hahaha..

Salim menyambut lawak Amran itu dengan ketawa hambar.



..... Bersambung.
 
ado laie.... maso dopan imran cmno?
xkan la nak kojo kentaki......
cmno hero nak ganding dongan heroin yg ado pelajaran tu... x kono ehh....
buek la sesuatu kejayaan yg boleh dobanggokan buak imran tu..... den kesian ke dio......

Den tertarik dgn komen ekau ni..
Jadi tema utk part 172.. :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register