BTC USD 80,709.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran dan Rakan-rakan - PART 189: ......?

alhamdulillah.. kojo setel utk hari ni..
lepak2 jap.. setel melepak nanti, insyaallah den sambung.. :D
 
Last edited:
Part 18 : Basikal Si Buah Hati

Kali ini Amran takkan lepaskan peluang. Tiba2 dia terfikir untuk pinjam basikal Tuk Said. Mungkin Tuk Said akan bermurah hati mengizinkannya memandangkan dia perlu segera menghantar borang biasiswa Nora ke sekolah.

"Amran....." nada Tuk Said bagaikan melepaskan satu keluhan panjang sebaik sahaja Amran menyuarakan permintaannya.
"Tak dapek ese nak bagi pinjam biska tu doh Amran oi..." sambungnya.

Amran sedikit terkejut berbaur kecewa. Tidak disangkanya bakal bapa mertua idamannya itu bersikap kedekut.

"Takpo la tuk.." balas Amran. Suaranya tenggelam kerana rasa terkejut dan kecewa dengan Tuk Said.
"Ese mintak diri dulu la yo. Takut lambek lak sampai sekolah Nora tu kang.." Amran segera menghulur tangan untuk bersalaman dengan Tuk Said.

Tuk Said sambut salam Amran. "Mintak maap la Amran yo. Tak dapek tuk nak boghi pinjam biska tu doh. Kut nak pinjam jugak, kono la tanyo tuan eh.." kata Tuk Said sambil tersengih.

"Tuan eh?" tanya Amran. Dia tak faham apa yg dimaksudkan oleh Tuk Said.

"Biska tu tuk dah wariskan kek Iha. Kut nak pinjam, tanyo la dio" jawab Tuk Said sambil menepuk2 sofa tempat duduk Vespanya.

Barulah Amran faham. Tuk Said sudah tak perlukan basikal itu kerana dia baru sahaja membeli sebuah Vespa terpakai dan basikalnya kini secara rasmi menjadi milik Fariha.

Amran ketawa kecil atas gurauan Tuk Said itu. Sementara Tuk Said pula ketawa besar kerana merasakan lawaknya tadi sangat kelakar. Amran mengalihkan pandangannya ke arah Fariha yang duduk di sisi ibunya di atas tangga. Dia turut tersengih2, terhibur dengan jenaka bapanya.

"Ontah apo2 abah ni. Kesian Amran.." sejuk hati Amran mendengarkan luahan simpati ikhlas dari pujaan hatinya itu.

"Kojap Am yo.. Iha ambik kunci biska jap.." kata Fariha tanpa menunggu Amran meminta basikalnya untuk dipinjam dan terus masuk ke dalam rumah.

Tuk Said sudah masuk ke dalam rumah. Begitu juga Makcik Fasha. Manakala Makcik Ramlah dan Makcik Leha sudahpun beransur pulang ke rumah masing2. Bila Tuk Said sudah pulang ke rumah, Makcik Fasha akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri untuk menghidangkan sarapan. Oleh itu, sesi bergosip atas tangga pagi itu ditangguhkan ke hari lain.

Amran mengekor Fariha ke bawah rumah di mana basikal Fariha diletakkan. Fariha terbongkok untuk membuka kunci yg merantai basikalnya pada tiang rumah. Amran perasan, Fariha masih lagi tersenyum simpul. Amran tak cuba untuk fikirkan apa yg bermain dalam fikiran Fariha hinggakan dia asyik tersengih2 sejak mula operasi mencari borang biasiswa tadi lagi. Dia lebih berminat menikmati keindahan ciptaan Tuhan yang semakin indah dipandang bila disulamkan dengan senyuman yg manis itu.

"Am.." kata Fariha, perlahan seolah2 berbisik. Matanya masih tertancap pada rantai basikal yang sedang cuba dibuka kuncinya.
"Aa..?" balas Amran yg tak tau nak cakap apa.
"Assalamualaikum.." kata Fariha, masih lagi dengan nada berbisik dan matanya tidak memandang Amran.

"Er.. Waalaikum salam.." jawab Amran sedikit kehairanan.

Selepas rantai basikal itu berjaya dibuka, Fariha sorong basikal itu sedikit kepada Amran. Amran menyambutnya.

"Elok2 bawak. Ni biska Iha ni, bukan biska abah ni doh.. hihihi..." pesan Fariha sambil meninggalkan Amran.

Basikal sudah bertukar tangan. Tetapi ada suatu persoalan yang Amran sangat tak faham.

"Iha.." panggil Amran semasa Fariha baru menapak anak tangga rumahnya. Fariha sekadar menjeling.

"Alak tetibo yo bagi salam?" tanpa fikir panjang, Amran meluahkan kekeliruannya.

"Am tu la.. entah apo2" balas Fariha yg masih tersenyum simpul sambil terus naik ke rumah, meninggalkan Amran tanpa penjelasan.

..... bersambung.


PART 19 : HAPAK
 
Last edited:
Kuiz... :D

Soalan : Kenapa Fariha tiba2 beri salam?

Jika anda pembaca setia siri ini, mungkin anda dapat jawab punca perilaku pelik Fariha sepanjang pagi di mana kemuncaknya, beliau tiba2 memberi salam.

Jelaskan jawapan anda sejelas2nya..
Jawapan pertama yang cukup jelas akan mendapat hadiah berupa...
PART 19 TERUS KE PRIVATE MESSAGE ANDA SEKURANG2NYA 12 JAM SEBELUM DIUPDATE DALAM THREAD...

Sila jawab dalam thread. Jawapan dlm PM tak diterima.
Untuk menjawab, sila quote mesej ini terlebih dahulu.

Hahaha... macam bagus je penulis ni kan.. :)) :p

sudah dijawapi...

Sebab amran selalu kirim salam kat Fariha tu melalui sepupunya, Leman .......
 
Last edited:
iha ni sweet la..bole rasa dlm hati ni kesweetan die tu masa baca
 
Soalan : Kenapa Fariha tiba2 beri salam?

Jika anda pembaca setia siri ini, mungkin anda dapat jawab punca perilaku pelik Fariha sepanjang pagi di mana kemuncaknya, beliau tiba2 memberi salam.

Jelaskan jawapan anda sejelas2nya..
Jawapan pertama yang cukup jelas akan mendapat hadiah berupa...
PART 19 TERUS KE PRIVATE MESSAGE ANDA SEKURANG2NYA 12 JAM SEBELUM DIUPDATE DALAM THREAD...

Sila jawab dalam thread. Jawapan dlm PM tak diterima.
Untuk menjawab, sila quote mesej ini terlebih dahulu.

Hahaha... macam bagus je penulis ni kan.. :)) :p

mano eh tak bagi salam klo iha sendiri pun tergagap nak cokap apa :))
 
Soalan : Kenapa Fariha tiba2 beri salam?

Jika anda pembaca setia siri ini, mungkin anda dapat jawab punca perilaku pelik Fariha sepanjang pagi di mana kemuncaknya, beliau tiba2 memberi salam.

Jelaskan jawapan anda sejelas2nya..
Jawapan pertama yang cukup jelas akan mendapat hadiah berupa...
PART 19 TERUS KE PRIVATE MESSAGE ANDA SEKURANG2NYA 12 JAM SEBELUM DIUPDATE DALAM THREAD...

Sila jawab dalam thread. Jawapan dlm PM tak diterima.
Untuk menjawab, sila quote mesej ini terlebih dahulu.

Hahaha... macam bagus je penulis ni kan.. :)) :p

Sebab amran selalu kirim salam kat Fariha tu melalui sepupunya, Leman .......
 
Back
Top
Log in Register