BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amerika luluskan jualan kit naik taraf sistem roket canggih AS$73 juta kepada SG

adi19

Fun Poster
Messages
768
Joined
Oct 30, 2013
Messages
768
Reaction score
3
Points
25

Amerika luluskan jualan kit naik taraf sistem roket canggih AS$73 juta kepada SG​

screenshot_2026-06-19_141353.jpg

Sebuah sistem roket canggih HIMARS ditembak sebagai sebahagian daripada sesi latihan tentera bersama antara Filipina dengan Amerika Syarikat di Fort Magsaysay, Nueva Ecija pada 16 April 2026. (Gambar: AFP/Ted Aljibe)

SINGAPURA: Amerika Syarikat meluluskan permohonan Singapura untuk menaik taraf Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi M142 (HIMARS) Singapura dalam perjanjian yang dianggarkan bernilai AS$73 juta (S$94.3 juta).

Dalam kenyataan media pada Isnin (15 Jun), Jabatan Negara Amerika menyatakan Singapura memohon untuk membeli 18 kit naik taraf Sistem Kawalan Tembakan Bersama (CFCS) bagi sistem artileri roket tersebut.

IKLAN

Menurut penerbitan industri pertahanan, CFCS menggunakan pemprosesan digital untuk mengawal pelancar dan menguruskan senjata, memperbaiki ketepatan sasaran dan keberkesanan operasi secara keseluruhan.

"HIMARS adalah aset serangan jitu berpangkalan darat yang digunakan Angkatan Bersenjata Singapura sejak 2010," menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Seiring dengan usaha pemodenan berterusan Angkatan Bersenjata Singapura, HIMARS kekal sebagai komponen penting dalam keupayaan operasinya dan akan dinaik taraf untuk memastikan ia berupaya memenuhi keperluan operasi dan latihan yang berubah-ubah pada tahun-tahun mendatang."

Penjualan tersebut meliputi peralatan sokongan, dokumentasi teknikal, alat ganti, latihan, sokongan teknikal kontraktor dan pemerintah Amerika, khidmat sokongan logistik dan kejuruteraan serta sokongan pejabat lapangan.

Jabatan Negara Amerika menyatakan keputusan untuk menjual kit naik taraf itu "tidak akan menjejas keseimbangan ketenteraan asas di rantau berkenaan".

IKLAN

Namun, ia akan meningkatkan keupayaan Singapura, yang dianggap Washington sebagai "rakan kongsi strategik yang merupakan kuasa penting bagi kestabilan politik dan perkembangan ekonomi di Asia", untuk menangani ancaman masa hadapan dan sedia ada.

Menurut laman MINDEF, pelancar HIMARS biasanya menembak enam roket berpandu dari permukaan-ke-permukaan berkaliber 227mm yang mampu menyerang sasaran sejauh 70km.

Setiap roket membawa kepala peledak seberat 90kg dengan bahan letupan berkuasa tinggi yang menghasilkan serpihan terkawal.

Ia memerlukan kurang 20 saat untuk disiapkan bagi pelancaran dan satu muatan penuh pelancar yang terdiri daripada enam roket boleh dilancarkan dalam masa 45 saat.

Kelulusan pada Isnin itu menyusuli satu lagi pembelian berkaitan HIMARS yang diumumkan oleh MINDEF pada April.

IKLAN

MINDEF pada ketika itu mengesahkan ia membeli pod Kepala Peledak Alternatif M30A2 GMLR5 bagi sistem itu, dalam satu perjanjian yang dianggarkan bernilai sekitar AS$83.1 juta (S$107 juta) oleh Jabatan Negara Amerika.

Pada Mac 2025, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada ketika itu berkata pelancar HIMARS Tentera Singapura, yang sudah berkhidmat sejak 2010, akan dinaik taraf kepada roket-roket yang lebih berupaya.

Berhubung penjualan kit naik taraf HIMARS kepada Singapura, Jabatan Negara menyatakan perjanjian itu "tidak mempunyai kesan buruk terhadap kesiapsiagaan pertahanan Amerika".

HIMARS kini digunakan oleh Ukraine dalam perang dengan Rusia, dan digunakan tentera Amerika Syarikat dalam perang terhadap Iran baru-baru ini.

 
Back
Top
Log in Register