BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alat Pengupas Kelapa Ciptaan Pengusaha Kampung Sasar Pasaran Antarabangsa

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Alat Pengupas Kelapa Ciptaan Pengusaha Kampung Sasar Pasaran Antarabangsa​

564137466ef3490ede37ff972f1bc78b6a545fb8a684c

Pemilik ladang kelapa, Che Adnan Che Kadir, 56, mengupas kelapa dengan menggunakan alat pengupas hasil daripada inovasinya ketika ditemui BERNAMA di Kampung Limau Purut, Rantau Panjang di sini.

Bermula sebagai penyelesaian bagi memudahkan kerja di ladang, inovasi alat pengupas kelapa mudah alih ciptaan seorang pengusaha tempatan kini berpotensi dikomersialkan untuk pasaran luar negara.

Pemilik ladang kelapa, Che Adnan Che Kadir, 56, berharap hasil ciptaannya itu dapat dimanfaatkan pengusaha kelapa, industri santan, usahawan kecil serta orang ramai sebelum berkembang sebagai produk buatan Malaysia yang mampu bersaing di peringkat global.

“Matlamat saya bukan sekadar menghasilkan alat untuk kegunaan sendiri tetapi membangunkan satu produk tempatan yang boleh dimanfaatkan pengusaha kelapa, industri santan, usahawan kecil serta orang ramai.

“Kalau dapat dikomersialkan nanti, saya mahu hasil inovasi ini menjadi produk buatan tempatan yang mampu bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata idea menghasilkan alat itu tercetus daripada kebimbangan terhadap risiko kemalangan ketika pekerja menggunakan parang selain keperluan meningkatkan kecekapan kerja apabila pengeluaran kelapa tua semakin bertambah.

Che Adnan berlata prototaip pertama dibangunkan menggunakan besi terbuang, bearing, komponen mekanikal (aci) dan bahan kitar semula sebelum diubah suai melalui kerja kimpalan bagi menghasilkan mata pengupas yang lebih berkesan.

“Inovasi ini mampu mengurangkan tempoh memproses sebiji kelapa daripada dua hingga tiga minit secara manual kepada kira-kira satu minit, malah pekerja mahir boleh menyiapkannya dalam tempoh antara 40 hingga 45 saat.

“Ini bermakna dalam tempoh sejam, seorang pekerja mampu menyiapkan antara 50 hingga 60 biji kelapa bergantung kepada saiz dan varieti tanpa perlu menambah tenaga kerja,” katanya.

Che Adnan berkata alat seberat 3.5 kilogram itu direka dalam bentuk mudah alih bagi membolehkan kerja dilakukan terus di kebun sebelum hasil dihantar kepada pembeli, sekali gus mengurangkan kos pengangkutan.

 
Back
Top
Log in Register