BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ahmad Zahid Sasar Produk Wanita UMNO Tembus Pasaran Antarabangsa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Ahmad Zahid Sasar Produk Wanita UMNO Tembus Pasaran Antarabangsa​

626c9f94a01077edbdc42a40c9aeb9ab6aa27787cba6e

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu produk keluaran usahawan wanita parti itu menembusi pasaran antarabangsa berikutan kualiti produk tempatan yang semakin baik.

“Jangan berhenti (menjual produk) setakat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), (tetapi) ia mesti benar-benar dipasarkan di seluruh dunia.

“Itu yang terbaik kerana produk-produk kita benar-benar berkualiti,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Laman Wanita Kreatif bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di WTC Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata usaha memperluas pasaran itu boleh dilaksanakan menerusi inisiatif Gate to Global, satu program khas di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang bertujuan melonjakkan produk usahawan Bumiputera ke pasaran antarabangsa serta industri halal global.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut memuji program Laman Wanita Kreatif yang dianjurkan bersempena dengan PAU 2026 sebagai usaha membantu usahawan wanita memasarkan produk mereka.

Laman Wanita Kreatif anjuran Sekretariat Pembangunan Ekonomi dan Kewangan Wanita UMNO Malaysia menghimpunkan 26 usahawan Wanita UMNO dari seluruh negara yang menjual produk-produk buatan tempatan, termasuk produk kesihatan, kraf tangan serta makanan tradisional seperti kerepek dan kuih-muih.

 
Back
Top
Log in Register