BTC USD 76,399.0 Gold USD 4,346.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Suami & Isteri

1781252258629.png


Hadits Bukhari no. 28
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Ibn `Abbas (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Aku diperlihatkan neraka,
maka tidak disangka-sangka,
kebanyakan penghuninya ialah wanita.

(Kerana) mereka kufur (ingkar).”

Ditanyakan (oleh para sahabat),
“Adakah mereka kufur (ingkar) kepada Allah?”

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) menjawab,
“Mereka kufur (ingkar) terhadap suami.

Dan mereka kufur (ingkar)
terhadap ihsan (jasa suami).

Kalaulah kau (suami) berbuat baik
kepada salah seorang daripada mereka (isteri)
sepanjang masa,

kemudian dia (isteri) melihat sesuatu (yang dibencinya)
daripada kau (suami),

dia (isteri) berkata,
“Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan
daripada kau.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register