Hadits Ibn Majah no. 3974
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani
Matan
Daripada ash-Sha`bi (`Amir ibn Sharahil),
“Aku mendengar an-Nu`man ibn Bashir (
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ) berkata
di atas mimbar
dan beliau (an-Nu`man ibn Bashir) mengisyaratkan dua jarinya ke telinganya,
“Aku mendengar Rasul Allah
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,
“Yang halal itu jelas.
Dan yang haram itu jelas.
Dan di antara kedua-duanya,
ada perkara-perkara samar (shubhah),
tidak diketahui (hakikatnya) oleh ramai manusia.
Maka barang siapa yang menjaga diri
daripada perkara-perkara shubhah,
dia telah membersihkan (menyelamatkan) agama
dan maruahnya.
Dan barang siapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara shubhah,
(bererti) dia terjatuh ke dalam yang haram.
Umpama penggembala di sekitar kawasan larangan,
hampir-hampir (ternakannya) meragut rumput
di dalamnya (kawasan larangan).
Ketahuilah, setiap raja memiliki kawasan larangan.
Ketahuilah, kawasan larangan Allah ialah
perkara-perkara yang Dia haramkan.
Ketahuilah, dalam jasad ada seketul daging.
Jika ia baik, baiklah seluruh jasad.
Dan jika ia rosak, rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah, itulah qalbu (jantung)."
Teks Arab
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ عَنْ الشَّعْبِيِّ قَالَ
سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَهْوَى بِإِصْبَعَيْهِ إِلَى أُذُنَيْهِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ كَالرَّاعِي حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?