BTC USD 85,574.3 Gold USD 4,343.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Sesama Muslim

1780079978398.png


1780079990031.png


Hadits Muslim no. 4023
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Haq seorang Muslim
ke atas Muslim yang lain
ada enam (6).”

Ditanya (oleh para sahabat),
“Apakah enam (6) itu,
wahai Rasul Allah?”

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) menjawab,

“1) Apabila kau bertemu dengannya,
maka ucapkan salam kepadanya.

2) Apabila dia menjemputmu,
maka penuhilah jemputannya.

3) Apabila dia meminta nasihat daripadamu,
maka berilah nasihat kepadanya.

4) Apabila dia bersin
lalu memuji Allah,
maka doakanlah dia.

5) Apabila dia sakit,
maka ziarahilah dia.

6) Apabila dia meninggal dunia,
maka iringilah jenazahnya.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَقُتَيْبَةُ وَابْنُ حُجْرٍ قَالُوا حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
1780158071300.png


Hadits Abu Dawud no. 4377
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

"Apabila salah seorang daripada kalian bersin,
maka hendaklah dia menyebut,

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
(Segala puji bagi Allah
dalam setiap keadaan).

Dan hendaklah saudaranya
atau temannya menyebut (membalasnya),

يَرْحَمُكَ اللَّهُ
(Semoga Allah merahmatimu).

Lalu dia (orang yang bersin) menyebut (membalasnya),

يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
(Semoga Allah memberi petunjuk kepada kalian
dan memperbaiki keadaan kalian)."

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَلْيَقُلْ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ وَيَقُولُ هُوَ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1780286389509.png


1780286403292.png


Hadits Muslim no. 1575
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Tsawban (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
bekas hamba Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ,
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Barang siapa yang dirikan solat jenazah,
maka baginya satu (1) qirath (pahala).

Jika dia turut menyaksikan pengebumiannya,
maka baginya dua (2) qirath (pahala).

Satu (1) qirath (pahala) itu
seumpama (gunung) Uhud.”

Teks Arab
و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى يَعْنِي ابْنَ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنِي قَتَادَةُ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ مَعْدَانَ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ الْيَعْمَرِيِّ عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَلَّى عَلَى جَنَازَةٍ فَلَهُ قِيرَاطٌ فَإِنْ شَهِدَ دَفْنَهَا فَلَهُ قِيرَاطَانِ الْقِيرَاطُ مِثْلُ أُحُدٍ
و حَدَّثَنِي ابْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ وَحَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ عَنْ سَعِيدٍ ح و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا أَبَانُ كُلُّهُمْ عَنْ قَتَادَةَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ وَفِي حَدِيثِ سَعِيدٍ وَهِشَامٍ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْقِيرَاطِ فَقَالَ مِثْلُ أُحُدٍ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1786429374953.png


1786429384992.png


Hadits Abu Dawud no. 4193
Status: Hasan - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Seseorang itu berada di atas
agama sahabat rapatnya.

Maka hendaklah setiap seorang daripada kalian
melihat siapa yang dijadikannya
sahabat rapat.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا ابْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ وَأَبُو دَاوُدَ قَالَا حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ حَدَّثَنِي مُوسَى بْنُ وَرْدَانَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register