BTC USD 79,899.5 Gold USD 4,349.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Sesama Muslim

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,715
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,715
Reaction score
3,506
Points
211
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Mahmud bin Ghailan, diceritakan oleh Waki', daripada Sufyan, daripada Zubaid, daripada Abu Wail, daripada Abdullah bin Mas'ud,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Celaan terhadap seorang Muslim
adalah kefasikan.

Sedangkan membunuhnya (Muslim)
adalah kekufuran."


(Hadith Tirmidzi no. 2559)


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh 'Abdullah bin Maslamah bin Qa'nab, diceritakan oleh Al Mughirah (Al Hizami), daripada Abu Al Zinad, daripada Al A'raj,
daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Jika salah seorang daripada kalian berkelahi
dengan saudaranya (sesama Muslim),

maka elakkan daripada
memukul bahagian muka."


(Hadith Muslim no. 4728)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
IMG_20220708_081355_929.jpg

TUNTUTAN MENJAGA HUBUNGAN PERSAUDARAAN

Islam mendidik umatnya untuk saling menyayangi antara satu sama lain kerana dengan persaudaraan itulah yang akan menguatkan hubungan ukhuwah umat Islam.

Orang yang sentiasa memelihara hubungan silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang murah.
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Washil bin Abdul A'la, berkata, diceritakan oleh Asbath, daripada Al A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa meringankan satu kesusahan
seorang Muslim di dunia,
maka Allah akan meringankan daripadanya
satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat.

Barangsiapa memberi kemudahan
kepada orang yang sedang kesulitan,
maka Allah akan memberikan kemudahan kepadanya
di dunia dan di akhirat.

Barangsiapa menutup aib seorang Muslim,
maka Allah akan menutup aibnya
di dunia dan di akhirat.

Dan Allah akan selalu menolong seorang hamba
selama hamba tersebut mahu menolong saudaranya (sesama Muslim)."


(Hadith Abu Daud no. 4295)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu Ath Thahir & 'Amru bin Sawwad, diceritakan oleh Ibnu Wahb, diceritakan oleh Malik bin Anas, daripada Muslim bin Abu Maryam, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah s.w.t.
dua (2) kali dalam seminggu.

Iaitu pada hari Isnin
dan Khamis.

Lalu Allah mengampuni dosa
setiap hamba-Nya yang Mukmin.

Kecuali orang yang bermusuhan.

Maka dikatakan kepada mereka,
"Tinggalkanlah dahulu kedua-dua orang ini
sehingga mereka berdamai."


(Hadith Muslim no. 4654)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
IMG_20230311_103313_708.jpg


Menggapai Kesatuan Umat Melalui Persaudaraan

“Janganlah kamu saling membenci, jangan saling iri hati, saling bermusuhan, saling memutuskan hubungan dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. [HR Bukhari No : 5605]

Seorang yang membina persaudaraan kerana Allah SWT akan dipelihara hubungan kesatuan sesama manusia di akhirat.
 
IMG_20230317_215427_559.jpg


SESAMA MUKMIN UMPAMA SATU JASAD

عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَرَى الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

Maksudnya:

Daripada An-Nu'man bin Basyir r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Engkau akan melihat (keadaan) orang-orang mukmin itu saling kasih-mengasihani, cinta-mencintai dan saling tolong menolong bagaikan satu jasad. Apabila ada salah satu anggota tubuh sakit, nescaya seluruh anggota tubuh yang lain akan ikut turut tidak dapat tidur (terjaga) dan merasa demam.” (Riwayat al-Bukhari dalam sahihnya, no. hadith 6011, Muslim, no. hadith 2586)
 
IMG_20230331_101232_483.jpg


Sesama Mukmin Ibarat Cermin

Seorang Mukmin apabila melihat akhlak mulia pada diri saudara mukminnya, maka dia akan mencontohinya.

Seorang mukmin juga akan saling tolong bantu sesama mukmin jika berada di dalam kesusahan dan membela mukmin yang lain jika mereka dianiaya atau dizalimi.
#jumaatmubarak
 
Back
Top
Log in Register