BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Perkara Ghaib

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,714
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,714
Reaction score
3,506
Points
211
1764427664472.png


Hadits Abu Dawud no. 4255
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu `anhu),
Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Ada dua orang lelaki dalam Bani Isra’il
yang saling bersaudara.

Salah seorang daripada mereka sering berbuat dosa.
Manakala yang seorang lagi bersungguh-sungguh dalam beribadah.

Orang yang bersungguh-sungguh dalam beribadah itu
selalu melihat saudaranya berbuat dosa.
Sehingga dia berkata,
"Berhentilah (daripada berbuat dosa)."

Lalu pada suatu hari,
dia (ahli ibadah) kembali mendapati saudaranya berbuat dosa.
Dia berkata lagi,
"Berhentilah."

Maka saudaranya (pendosa) berkata,
"Biarkan aku dengan Tuhanku.
Apakah kau diutuskan ke atasku sebagai pengawas?"

Lalu dia (ahli ibadah) berkata,
"Demi Allah.
Allah tidak akan mengampunimu.
Atau Allah tidak akan memasukkanmu ke dalam syurga."

Lalu Allah mencabut roh kedua-duanya.
Maka mereka berdua dihimpunkan di sisi Tuhan sekalian alam (akhirat nanti).

Allah kemudian bertanya kepada si bersungguh-sungguh (ahli ibadah),
"Apakah kau mengetahui urusan-Ku (termasuk urusan perkara ghaib)?
Atau, adakah kau berkuasa atas apa yang berada di tangan-Ku?"

Dan Allah berkata kepada si pendosa,
“Pergilah, maka masuklah ke dalam syurga
dengan rahmat-Ku.”

Dan Allah berkata kepada yang seorang lagi (ahli ibadah),
“Bawalah dia ke neraka.”

Abu Hurayrah berkata,
"Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya.
Sesungguhnya, dia (ahli ibadah) telah mengucapkan satu kalimah
yang membinasakan dunia dan akhiratnya."

Nota penting
Sebarkan dan beramal hanya dengan ilmu yang sahih.
Kerana sesiapa berdusta atas nama Rasul Allah, tempatnya di neraka!
Dan sesiapa yang menyampaikan sesuatu
tetapi tidak melakukannya tanpa sebab yang dibenarkan,
dicela oleh Allah di dalam al-Qur’an!

Teks Arab

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ بْنِ سُفْيَانَ أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ ثَابِتٍ عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ قَالَ حَدَّثَنِي ضَمْضَمُ بْنُ جَوْسٍ قَالَ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كَانَ رَجُلَانِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَوَاخِيَيْنِ فَكَانَ أَحَدُهُمَا يُذْنِبُ وَالْآخَرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ فَكَانَ لَا يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ يَرَى الْآخَرَ عَلَى الذَّنْبِ فَيَقُولُ أَقْصِرْ فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ فَقَالَ لَهُ أَقْصِرْ فَقَالَ خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَيَّ رَقِيبًا فَقَالَ وَاللَّهِ لَا يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ أَوْ لَا يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ فَقَبَضَ أَرْوَاحَهُمَا فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ فَقَالَ لِهَذَا الْمُجْتَهِدِ أَكُنْتَ بِي عَالِمًا أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي وَقَالَ لِلْآخَرِ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ
قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَوْبَقَتْ دُنْيَاهُ وَآخِرَتَهُ
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register