BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Pemimpin / Penguatkuasa vs. Yang Dipimpin

IMG_20221119_220517_870.jpg

SIFAT PEMIMPIN YANG MENJADI AHLI SYURGA

Daripada Iyad bin Himar al-Mujashi’i RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu hari menyampaikam khutbah dan Baginda SAW bersabda : Dan sesungguhnya ahli syurga itu ada tiga jenis, iaitu ⤵️

1. Pemimpin yang adil pemurah serta diberikan hidayah
2. Lelaki yang penyayang yang memiliki hati yang lembut buat ahli keluarganya dan seluruh kaum muslimin
3. Lelaki yang menjaga kehormatan diri di samping menyara keluarganya

HR Muslim (2865)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Ishaq bin Ibrahim Al Handlali, diceritakan oleh Isa bin Yunus, diceritakan oleh Al Auza'i, daripada Yazid bin Yazid bin Jabir, daripada Ruzaiq bin Hayyan,
daripada Muslim bin Qaradlah, daripada 'Auf bin Malik,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Sebaik-baik pemimpin kalian adalah
mereka mencintai kalian
dan kalian mencintai mereka.
Mereka mendoakan kalian
dan kalian mendoakan mereka.

Dan seburuk-buruk pemimpin kalian adalah
mereka yang membenci kalian
dan kalian membenci mereka.
Mereka mengutuk kalian
dan kalian mengutuk mereka."

Rasulullah s.a.w. ditanya,
"Wahai Rasulullah,
tidakkah kita boleh memerangi mereka?"

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidak.
Selagi mereka mendirikan solat
bersama kalian.

Jika kalian melihat daripada pemimpin kalian,
sesuatu yang tidak baik,
maka bencilah tindakannya.

Dan janganlah kalian meninggalkan ketaatan
kepada mereka."


(Hadith Muslim no. 3447)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh 'Amr bin Ali, diceritakan oleh Yahya, daripada Sufyan, daripada Abu Hashin, daripada Asy Sya'bi, daripada 'Ashim Al 'Adawi, daripada Ka'ab bin 'Ujrah,

"Rasulullah s.a.w. keluar menemui kami.
Ketika itu kami sembilan orang.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya akan ada setelahku para pemimpin.

Barangsiapa yang mempercayai kedustaan mereka
dan membantu kezaliman mereka,
maka dia bukan termasuk golonganku
dan aku bukan daripadanya.
Dia tidak akan menemuiku di telaga (al-Haudh).

Dan barangsiapa yang tidak mempercayai kedustaan mereka
dan tidak membantu kezaliman mereka,
maka dia adalah termasuk golonganku
dan aku sebahagian daripadanya.
Dia akan datang menemuiku di telaga."


(Hadith Nasa'i no. 4136)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
IMG_20230811_120616_816.jpg


PEMIMPIN YANG DICINTAI ALLAH SWT

Telah menceritakan kepada kami Fudhail dari 'Athiyyah dari Abu Said ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah 'azza wajalla pada hari kiamat dan paling dekat tempt duduknya dariNya adalah SEORANG PEMIMPIN YANG ADIL,

sedangkan orang yang paling dibenci Allah pada hari kiamat dan paling keras seksanya adalah SEORANG PEMIMPIN YANG ZALIM."

(HR Ahmad (10745)
#pelantransformasialfalah
#malaysiamadani
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pemimpin Yang Allah Tutup Rahmat dan Bantuan

عن أبي مريم الأزْدي، قال سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ شَيْئًا مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ فَاحْتَجَبَ دُونَ حَاجَتِهِمْ وَخَلَّتِهِمْ وَفَقْرِهِمْ احْتَجَبَ اللَّهُ عَنْهُ دُونَ حَاجَتِهِ وَخَلَّتِهِ وَفَقْرِهِ

Daripada Abu Maryam al-Azdiy berkata: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah 'azza wajalla serahkan kepadanya sebahagian urusan orang muslim (kepimpinan) namun ia menutup diri dari melayani keperluan mereka dan kefakiran mereka, nescaya Allah menutup diri darinya dan tidak melayani keperluannya, serta kefakirannya (pada hari kiamat)." (Sunan Abu Daud No: 2559) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap orang yang diberikan tanggungjawab kepimpinan perlu memiliki sikap amanah menunaikan kewajipan mereka yang berada di bawah kepimpinannya.

2. Antara tanggungjawab kepimpinan ialah sentiasa memenuhi keperluan orang di bawah mereka di samping membantu kesusahan yang mereka alami.

3. Pemimpin yang tidak mengindahkan keperluan dan kesusahan orang yang berada di bawah kepimpinannya, nescaya Allah juga tidak akan memenuhi keperluan dan kesusahannya pada hari Kiamat kelak.

4. Sebagai pemimpin dimana sahaja peringkat kepimpinan, berusahalah memenuhi keperluan mereka yang berada di bawah kita tanpa mengira bangsa, agama mahupun kumpulan.

5. Pemimpin yang dilantik mesti bersedia menjadi khadam kepada rakyat. Bukan rakyat yang terpaksa menjadi khadam kepada pemimpin.

Jadilah pemimpin yang berintegriti, sentiasa prihatin dan berusaha memenuhi keperluan orang yang berada di bawah kepimpinannya.

Pemimpin Khadam Rakyat

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

13hb Ogos 2023
26hb Muharam 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pemimpin Wajib Bekerja Bersungguh-sungguh Untuk Rakyat

عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ أَنَّ عُبَيْدَ اللَّهِ بْنَ زِيَادٍ عَادَ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ فِي مَرَضِهِ فَقَالَ لَهُ مَعْقِلٌ إِنِّي مُحَدِّثُكَ بِحَدِيثٍ لَوْلَا أَنِّي فِي الْمَوْتِ لَمْ أُحَدِّثْكَ بِهِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ أَمِيرٍ يَلِي أَمْرَ الْمُسْلِمِينَ ثُمَّ لَا يَجْهَدُ لَهُمْ وَيَنْصَحُ إِلَّا لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمْ الْجَنَّةَ

Daripada Qatadah dari Abu al-Malih, bahawa Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar ketika ia sedang sakit, Ma'qil kemudian berkata kepadanya, 'Sesungguhnya aku menceritakan kepadamu sebuah hadis, kalau bukan kerana aku berada di ambang kematian, nescaya aku tidak menceritakannya kepadamu. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pemimpin pun yang mengurus perkara kaum muslimin, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh bekerja untuk mereka dan menasihatinya, kecuali dia pasti tidak akan masuk syurga bersama mereka'." (HR Muslim No: 205) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Setiap pemimpin bertanggungjawab bekerja bersungguh-sungguh memberi khidmat dan memberi nasihat untuk mereka yang berada di bawah kepimpinannya.

2. Sebagai pemimpin, perlu sentiasa memikirkan bahawa seluruh tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan dihisab oleh Allah SWT satu persatu secara terperinci di Akhirat kelak.

3. Pemimpin perlu bersungguh-sungguh menjaga kebajikan, keperluan, kasih sayang, keselamatan, keselesaan dalam kalangan kakitangan atau rakyat yang dipimpin, bukannya penyokong yang memilihnya sahaja.

4. Rasulullah SAW memberi amaran kepada pemimpin yang tidak bersungguh-sungguh bekerja mengurus rakyat di bawah kepimpinannya dengan tiada jaminan syurga.

5. Saidina Umar Ibnu Khattab RA pernah menyatakan: "Andainya seekor kambing berjalan mencari makan dari Madinah ke Kufah dan patah kakinya dipinggir Sungai Dajlah lalu mati lantaran jalannya rosak, aku takut Allah SWT akan mempertanggungjawabkan ke atas aku di Akhirat kelak."

Bagi mereka yang dilantik sebagai pemimpin tidak kira diperingkat mana pun, seperti Menteri, Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan dan lain-lain, anda wajib melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan bersungguh-sungguh.
Pemimpin adalah khadam kepada rakyat.

Tunaikan tanggung jawab dan amanah yang diberi untuk mewujudkan kemakmuran dan kebahagiaan terhadap seluruh rakyat di Negara ini tanpa mengira mereka penyokong atau pembangkang.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

14hb Ogos 2023
27hb Muharam 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pemimpin Perlu Pembantu Jujur

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ

Daripada Aisyah RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri pemimpin maka Allah akan menjadikan baginya menteri (pembantu) yang jujur, apabila ia lupa maka ia akan mengingatkannya dan apabila ia ingat maka ia akan membantunya. Dan apabila Allah menghendaki selain itu (keburukan) pada diri seorang pemimpin maka Allah jadikan baginya menteri (pembantu) yang buruk, apabila ia lupa maka ia tidak mengingatakannya, dan apabila ia ingat maka ia tidak membantunya." (HR Abu Daud No: 2543) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Pemimpin memikul tugas dan tanggungjawab yang berat. Pemimpin memerlukan pembantu yang boleh meringankan tugas kepimpinan.

2. Jika Allah mahukan kebaikan kepada pemimpin, nescaya akan diberikan kepadanya pembantu yang baik dan jujur. Pembantu yang baik, akan berusaha dengan kemahiran yang ada membantu melaksanakan tugas-tugas ketua dengan cemerlang dan sentiasa diredhai Allah.

3. Pembantu dan pekerja yang baik memiliki sifat kuat (berkemampuan) dan amanah seperti firman Allah:

إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَئْجَرْتَ الْقَوِىُّ الاَمِينُ

Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah. [al-Qasas:26]

Sebaik-baik pekerja ialah yang memiliki dua sifat iaitu kuat yang merujuk kepada skill serta kemampuan melaksanakan tugas dan amanah yang merujuk kepada orang yang dipercayai dan takut kepada Allah serta tidak menyeleweng.

4. Pembantu yang baik akan memberikan maklumat yang tepat dan benar kepada ketua agar tindakan dapat diambil dengan tepat dan hikmah.

5. Pembantu yang jujur, akan mengingatkan kepada ketua jika lupa atau silap dan akan segera membantu, bukan turut sama mengiakan kesilapan.

6. Pemimpin atau ketua sewajarnya melantik pembantu yang benar-benar layak, amanah dan bertaqwa untuk membantunya memimpin organisasi atau Negara dengan baik.

7. Jika kita sebagai ketua, pastikan pembantu yang dipilih benar-benar layak dan sentiasa bersedia mengingatkan pemimpin bukan hanya pembodek dan pengambil kesempatan.

Jika kita pembantu, jadilah kita orang yang berusaha memastikan ketua kita berada di atas landasan yang betul dan diredhai Allah bukan membiarkan ketua berterusan dalam kemurkaan Allah.

Pemimpin Khadam Umat

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

15hb Ogos 2023
28hb Muharam 1445H
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 2546
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Bisyir bin Muhammad As-Sakhtiyaaniy, diceritakan oleh 'Abdullah, diceritakan oleh Yunus, daripada Az Zuhriy, daripada Salim, daripada Ibnu 'Umar r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Setiap kalian adalah pemimpin.
Dan akan diminta dipertanggungjawabkan
atas yang dipimpinnya.

Imam (ketua negara) adalah pemimpin.
Yang akan diminta dipertanggungjawabkan
atas rakyatnya.

Seorang suami dalam keluarganya adalah pemimpin.
Dan akan diminta dipertanggungjawabkan
atas keluarganya.

Seorang isteri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya.
Dan akan diminta dipertanggungjawabkan
atas urusan rumah tangga tersebut.

Seorang pembantu dalam urusan harta tuannya adalah pemimpin.
Dan akan diminta dipertanggungjawabkan
atas urusan tanggungjawabnya tersebut."


Ibnu 'Umar r.a. berkata,
"Aku merasakan beliau (Rasulullah s.a.w.) juga bersabda,

"Dan seorang anak lelaki adalah pemimpin
dalam urusan harta bapanya."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register