BTC USD 78,133.2 Gold USD 4,376.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Melampau dalam Beragama

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,715
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,715
Reaction score
3,506
Points
211
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Musa bin Isma'il, diceritakan oleh Wuhaib, diceritakan oleh Ayyub, daripada Ikrimah, daripada Ibnu Abbas,

"Ketika Nabi s.a.w. berkhutbah,
tiba-tiba terdapat seorang lelaki yang berdiri di bawah terik matahari.

Kemudian Nabi s.a.w. bertanya mengenainya.
Mereka berkata bahawa orang ini adalah Abu Israil.
Dia bernazar untuk berdiri dan tidak duduk,
tidak berteduh,
tidak berbicara
dan berpuasa.


Nabi s.a.w. berkata,
"Perintahkan dia agar berbicara,
berteduh,
duduk
dan menyempurnakan puasanya!"


(Hadith Abu Daud no. 2870)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Ali bin Muhammad, diceritakan oleh Abu Usamah, daripada Auf, daripada Ziyad bin Husayn, daripada Abu Aliyah,
daripada Ibnu Abbas r.a.,


"Nabi s.a.w. bersabda
pada pagi hari di Jumrah Aqabah
ketika berada di atas untanya,
"Tolong ambilkan aku batu kerikil."

Jadi saya berikan kepadanya
tujuh (7) biji batu kerikil,
semuanya sebesar batu kerikil untuk melontar.


Nabi s.a.w. membersihkan debu di telapak tangannya
sambil berkata,
"Dengan kerikil seperti ini
yang sepatutnya kamu lontarkan."

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda,
"Wahai manusia.
Jangan melampaui batas dalam agama.
Sesungguhnya telah binasa orang-orang
sebelum kamu
kerana melampaui batas dalam agama."


(Hadith Ibnu Majah no. 3020)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
1787636863042.png


1787636877773.png


Hadits Muslim no. 3243
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Sa`d ibn Ibrahim,

“Aku bertanya kepada al-Qasim ibn Muhammad
tentang seorang lelaki yang mempunyai tiga (3) buah rumah,

lalu dia mewasiatkan satu pertiga (1/3)
daripada setiap rumah tersebut.”

Beliau (al-Qasim ibn Muhammad) berkata,
“Kesemuanya (ketiga-tiga 1/3) itu dihimpunkan
pada sebuah rumah.”

Kemudian beliau berkata,
`A’ishah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا) telah memberitahu kepadaku bahawa
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Barang siapa melakukan suatu amalan (agama)
yang tidak berdasarkan perintah kami,

maka ia tertolak (sia-sia).”

Teks Arab
و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ جَمِيعًا عَنْ أَبِي عَامِرٍ قَالَ عَبْدٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ عَمْرٍو حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ جَعْفَرٍ الزُّهْرِيُّ عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ قَالَ سَأَلْتُ الْقَاسِمَ بْنَ مُحَمَّدٍ عَنْ رَجُلٍ لَهُ ثَلَاثَةُ مَسَاكِنَ فَأَوْصَى بِثُلُثِ كُلِّ مَسْكَنٍ مِنْهَا قَالَ يُجْمَعُ ذَلِكَ كُلُّهُ فِي مَسْكَنٍ وَاحِدٍ ثُمَّ قَالَ أَخْبَرَتْنِي عَائِشَةُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
1788239504953.png


1788239515627.png


Hadits Nasa'i no. 4928
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Anas (ibn Malik رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Tiada (sempurna) iman
seseorang daripada kalian

sehingga aku lebih dicintainya

berbanding hartanya,
dan keluarganya,
dan seluruh manusia.”

Teks Arab
أَخْبَرَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ حُرَيْثٍ قَالَ أَنْبَأَنَا إِسْمَعِيلُ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ ح وَأَنْبَأَنَا عِمْرَانُ بْنُ مُوسَى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ عَنْ أَنَسٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ مَالِهِ وَأَهْلِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1788324353228.png


Hadits Abu Dawud no. 88
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Na`amah,

“`Abd Allah ibn Mughaffal (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ) mendengar
anaknya berdoa,
“Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kepada-Mu

istana putih di sebelah kanan syurga
apabila aku memasukinya.”

Lalu beliau (`Abd Allah ibn Mughaffal) berkata,
“Wahai anakku,
mintalah kepada Allah syurga
dan berlindunglah kepada-Nya daripada neraka.

Sesungguhnya aku mendengar
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Sesungguhnya akan ada dalam umat ini
suatu kaum yang melampau

dalam bersuci (termasuk wudhu’)
dan berdoa.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ الْجُرَيْرِيُّ عَنْ أَبِي نَعَامَةَ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مُغَفَّلٍ
سَمِعَ ابْنَهُ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْقَصْرَ الْأَبْيَضَ عَنْ يَمِينِ الْجَنَّةِ إِذَا دَخَلْتُهَا فَقَالَ أَيْ بُنَيَّ سَلْ اللَّهَ الْجَنَّةَ وَتَعَوَّذْ بِهِ مِنْ النَّارِ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّهُ سَيَكُونُ فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ قَوْمٌ يَعْتَدُونَ فِي الطَّهُورِ وَالدُّعَاءِ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register