BTC USD 78,133.2 Gold USD 4,376.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Makan & Minum

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,715
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,715
Reaction score
3,506
Points
211
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ali bin Abdullah, diceritakan oleh Sufyan, diceritakan oleh Al Walid bin Katsir, diceritakan oleh Wahb bin Kaisan, diceritakan oleh Umar bin Abu Salamah,

"Ketika saya masih kecil dan berada di bawah jagaan Rasulullah s.a.w.,
tangan saya melintasi dulang ketika makan.

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Wahai anak kecil,

sebutlah nama Allah,
makanlah dengan tangan kanan
dan makanlah makanan yang paling hampir denganmu."


Umar bin Abu Salamah berkata,
"Maka itulah cara saya makan selepas itu."

(Hadith Bukhari no. 4957)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Hisyam bin 'Ammar, diceritakan oleh Al Hiql bin Ziyad, diceritakan oleh Hisyam bin Hassan, daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Abu Salamah,
daripada Abu Hurairah,

Nabi s.a.w. bersabda,

"Hendaknya salah seorang daripada kalian

makan dengan tangan kanan,
minum dengan tangan kanan,
mengambil (sesuatu) dengan tangan kanan
dan memberi (sesuatu) dengan menggunakan tangan kanannya.

Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri,
minum dengan tangan kiri
dan mengambil (sesuatu) dengan tangan kirinya."


(Hadith Ibnu Majah no. 3257)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Yahya bin Yahya, diceritakan oleh Abu Mu'awiyah, daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada 'Abdurrahman bin Sa'd,
daripada Ibnu Ka'b bin Malik, daripada bapanya (Ka'b bin Malik),


"Rasulullah s.a.w. makan dengan tiga (3) jari.

Dan Rasulullah s.a.w. menjilati (jari)nya
sebelum mencuci tangannya."


(Hadith Muslim no. 3790)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Isma'il bin Ja'far, daripada 'Utbah bin Muslim (bekas hamba Bani Taim),
daripada 'Ubaid bin Hunain (bekas hamba Bani Zuraiq), daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Apabila seekor lalat hinggap (terjatuh) di bekas minum
salah seorang daripada kalian,

hendaknya dia mencelupkan (lalat tersebut)
ke dalam minuman tersebut.

Kemudian membuangnya.
Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit.
Dan pada sayap lainnya terdapat penawarnya."


(Hadith Bukhari no. 5336)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Mu'alla bin Asad, diceritakan oleh Wuhaib, daripada Ayyub, daripada Abu Qilabah,
daripada Anas bin Malik r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Jika makan malam telah tersedia,
dan iqamah dikumandangkan,
maka dahulukanlah makan malam."


Daripada Ayyub, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar,

"Pada suatu kali,
Ibnu Umar pernah makan malam,
sementara dia mendengar suara bacaan imam."


(Hadith Bukhari no. 5042)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register