BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Pilih Kasih dalam Menghukum

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,641
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,641
Reaction score
3,506
Points
211
1764288309355.png


1764288323698.png


Hadits Bukhari no. 3453
Status: Sohih – Ijma` `ulama’

Matan
Daripada `Aisyah radhiyallahu `anha,

“(Kaum) Quraysy merasa bimbang tentang masalah al-Makhzumiyah
(wanita daripada golongan terhormat Bani Makhzum).

Lalu mereka berkata,
“Siapa yang berani menegur hal ini,
kecuali Usamah ibn Zayd,
orang yang disayangi Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam?”

(Daripada sanad jalur 2,
daripada kitab yang ditulis oleh Ayyub ibn Musa),

“Seorang wanita daripada Bani Makhzum telah mencuri.

Maka mereka berkata,
“Siapa yang akan memberitahu Nabi sallallahu alayhi wa sallam
mengenai wanita itu?”

Tiada seorang pun yang berani memberitahu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam).

Maka Usamah ibn Zayd pun memberitahunya (Nabi sallallahu `alayhi wa sallam).

Kemudian baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,

“Sesungguhnya Bani Isra’il,
apabila ada orang terhormat mereka mencuri,
mereka membiarkannya (tidak dihukum).

Dan apabila ada orang golongan rendah mereka mencuri,
mereka memotongnya (tangannya).

Demi Allah.
Seandainya Fatimah bint Muhammad (anak Nabi sallallahu `alayhi wa sallam) mencuri,
pasti aku potong tangannya.”

Nota penting
Sebarkan dan beramal dengan ilmu yang sahih sahaja.
Kerana dusta atas nama Rasul Allah, tempatnya di neraka!
Dan sesiapa yang berkata tetapi tidak melakukannya
tanpa sebab yang dibenarkan,
dicela oleh Allah di dalam al-Qur’an!

Teks Arab

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّهُمْ شَأْنُ الْمَخْزُومِيَّةِ فَقَالُوا مَنْ يَجْتَرِئُ عَلَيْهِ إِلَّا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ حِبُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنَا عَلِيٌّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ ذَهَبْتُ أَسْأَلُ الزُّهْرِيَّ عَنْ حَدِيثِ الْمَخْزُومِيَّةِ فَصَاحَ بِي قُلْتُ لِسُفْيَانَ فَلَمْ تَحْتَمِلْهُ عَنْ أَحَدٍ قَالَ وَجَدْتُهُ فِي كِتَابٍ كَانَ كَتَبَهُ أَيُّوبُ بْنُ مُوسَى عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ امْرَأَةً مِنْ بَنِي مَخْزُومٍ سَرَقَتْ فَقَالُوا مَنْ يُكَلِّمُ فِيهَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَجْتَرِئْ أَحَدٌ أَنْ يُكَلِّمَهُ فَكَلَّمَهُ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ فَقَالَ إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَ إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ قَطَعُوهُ لَوْ كَانَتْ فَاطِمَةُ لَقَطَعْتُ يَدَهَا
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register