BTC USD 84,531.7 Gold USD 4,177.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja Wanita Maut Dihimpit Mesin Pengangkat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
14,043
Joined
Jun 13, 2023
Messages
14,043
Reaction score
291
Points
146

Pekerja Wanita Maut Dihimpit Mesin Pengangkat​

26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Seorang pekerja wanita tempatan maut dipercayai akibat terhimpit mesin pengangkat di sebuah premis perniagaan di kawasan perindustrian di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 11 pagi daripada seorang lelaki tempatan dan mangsa yang berusia awal 20-an mengalami kecederaan parah pada kepala.

“Mangsa dibawa ke klinik kesihatan pada 11.20 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Pemeriksaan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerusi talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register