BTC USD 81,102.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Ilmu

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,716
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,716
Reaction score
3,506
Points
211
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Yahya bin Ayyub, Qutaibah (Ibnu Sa'id) & Ibnu Hujr, diceritakan oleh Isma'il (Ibnu Ja'far), daripada Al 'Ala', daripada ayahnya, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Apabila salah seorang manusia meninggal dunia,
maka terputuslah segala amalannya
kecuali tiga (3) perkara,

1) sedekah jariah,

2) ilmu yang bermanfaat (yang ditinggalkannya),

3) dan anak soleh yang selalu mendo'akannya."

(Hadith Muslim no. 3084)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ishaq bin Manshur, diceritakan oleh Katsir bin Hasyim, diceritakan oleh Ja'far (Ibnu Burqan), diceritakan oleh Yazid bin Al Asham, diceritakan oleh Mu'awiyah bin Abu Sufyan,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa dikehendaki Allah,
kebaikan padanya,
maka Allah akan memberi kefahaman padanya
dalam memahami masalah agama.

Dan sentiasa ada sekelompok daripada kaum Muslimin
yang memperjuangkan kebenaran
dan selalu menang
ke atas orang yang memusuhinya
sampai hari Kiamat."


(Hadith Muslim no. 3549)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Nashr bin Ali Al Jahdlami, diceritakan oleh Abdullah bin Daud,
daripada 'Ashim bin Raja` bin Haiwah, daripada Dawud bin Jamil, daripada Katsir bin Qais,


"Ketika aku sedang duduk di samping Abu Darda di Masjid Damsyik,

tiba-tiba datang seseorang seraya berkata,
"Hai Abu Darda, aku bertermu anda dari kota Madinah, kota Rasulullah s.a.w.
kerana satu hadith yang telah sampai kepadaku,
bahawa engkau telah menceritakannya daripada Rasulullah s.a.w.!"

Lalu Abu Darda bertanya,
"Apakah engkau datang kerana berniaga?"

Orang itu menjawab,
"Bukan."

Abu Darda bertanya lagi,
"Apakah kerana ada urusan yang lainnya?"

Orang itu menjawab,
"Bukan."

Abu Darda berkata,
"Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa meniti jalan untuk mencari ilmu,
Allah akan permudahkan baginya jalan menuju ke syurga.

Para Malaikat akan membentangkan sayapnya
kerana redha dengan penuntut ilmu.

Dan seorang penuntut ilmu akan dimintakan pengampunan
oleh penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air.

Sungguh, keutamaan seorang alim berbanding seorang ahli ibadah
adalah ibarat bulan purnama berbanding semua bintang.

Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi,
dan para Nabi tidak mewariskan dinar atau pun dirham,
akan tetapi mereka mewariskan ilmu.

Barangsiapa mengambilnya (ilmu),
maka dia telah mengambil bahagian yang sangat besar."

(Hadith Ibnu Majah no. 219)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hadith Ibnu Majah no. 249
Darjat: Hasan

Diceritakan oleh Hisyam bin 'Ammar, diceritakan oleh Hammad bin Abdurrahman, diceritakan oleh Abu Kuraib Al 'Azdi, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa menuntut ilmu

untuk meremehkan orang-orang bodoh,
atau untuk berdebat dengan para ulama,
atau untuk menarik perhatian manusia,

maka dia akan masuk ke dalam neraka."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
banyakkan infaq masa hidup ni
duit juta-juta pun x guna
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu Bakr bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Suraij bin An Nu'man, diceritakan oleh Fulaih, daripada Abu Thuwalah Abdullah bin Abdurrahman bin Ma'mar Al Anshari, daripada Sa'id bin Yasar, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa mempelajari suatu ilmu
yang sepatutnya
kerana Allah a.w.j.

Namun dia tidak mempelajarinya
kecuali untuk mendapatkan habuan dari dunia.

Maka dia tidak akan mendapat bau Syurga
pada Hari Kiamat."


(Hadith Abu Daud no. 3179)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Hammad bin Zaid, daripada Ayyub, daripada Abu Qilabah, daripada Abu Asma` Ar Rahbi, daripada Tsauban,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Yang aku takutkan atas umatku
adalah pemimpin-pemimpinnya yang menyesatkan.

Sekelompok daripada umatku akan sentiasa
berada di atas kebenaran
dan menang.

Tidaklah membahayakan mereka,
orang yang menghina mereka
sehingga urusan Allah tiba."


Diceritakan oleh Muhammad bin Isma'il, diceritakan oleh 'Ali bin Al Madini,
'Ali bin Al Madini menyebutkan
Hadith daripada Nabi s.a.w.,


"Sekelompok daripada umatku
akan sentiasa menang
di atas kebenaran."


'Ali bin Al Madini berkata,
"Mereka adalah ahli Hadith."

(Hadith Tirmidzi no. 2155)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Penuntut Ilmu Sentiasa Dirahmati

عَنْ صَفْوَانَ بْنَ عَسَّالٍ الْمُرَادِيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ خَارِجٍ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ إِلَّا وَضَعَتْ لَهُ الْمَلَائِكَةُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا بِمَا يَصْنَعُ

Daripada Shafwan bin Assal Al Muradi, ia berkata, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Tidaklah seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu kecuali para malaikat akan mengembangkan sayap-sayapnya untuk orang tersebut kerana redha dengan apa yang ia kerjakan." (Sunan Ibnu Majah No: 222) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Menuntut ilmu adalah suatu tuntutan ke atas setiap Muslim

2. Setiap Muslim yang keluar dari rumah untuk menuntut ilmu akan sentiasa dinaungi para Malaikat.

3. Menuntut ilmu tidak hanya terhad kepada golongan pelajar di peringkat sekolah mahupun Institut Pengajian Tinggi, malah setiap masa, tempat dan usia seperti di kuliah dan ceramah di masjid, surau dan lain-lain.

4. Allah mengangkat darjat orang yang berilmu lebih tinggi dari yang lain:

يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]

Rasulullah mengajar kita berdoa agar mendapat ilmu bermanfaat

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Daripada Ummu Salamah berkata, "Selepas salam dalam solat subuh Nabi SAW mengucapkan: Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima (Ibn Majah No 915) Status: Hadis Sahih

Marilah kita memulakan azam tahun baru 2024 ini untuk sentiasa menambah ilmu. Semoga dengan ilmu yang bermanfaat, kita menjadi warganegara Malaysia yang “celik” “bijak” dan “cerdik” bukan hanya di dunia malah juga di hari akhirat kelak.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

06hb Januari 2024
24hb Jamadil Akhir 1445H
 
Back
Top
Log in Register